Bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.Tkepada hamba-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untukbertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Marilah kita sama-sama melipat gandakanamalan yang dituntut dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehiitu ada keberkatannya.
Alhamdulillah rasa-rasa ramai yang berpuasa kerana menyambut awal Rejab. Kadang kala bila orang berpuasa kita terasa serba salah pula untuk menayangkan resepi yang bakal mengugat keimanan. Tapi jika niat kita untuk sama-sama berkongsi ilmu insyaallah harap-harap dapat keredaanNya jua
Sebelum melangkah jauh ke resepi kita hari ini, ita ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tahniah yang tak putus-putus ita terima daripada rakan-rakan.. Alhamdulillah dan syukur.. semoga ianya menjadi semangat untuk ita berusaha lakukan yang terbaik.. doakan yang baik-baik ye.. semoga ita diberikan kesihatan dan keselesaan untuk terus berkongsi..
Kita berbalik pada resepi yang pernah tersiar dalam majalah SAJI bulan May. Resepi yang dah lama bersarang tapi tak dapat nak di publiskan kerana ita menghormati pihak penerbitan.
Rasa ramai juga yang telah mencuba kan? Ita harap sangat resepi kali ini dapat memenuhi selera semua pembaca SAJI.
Ramai juga yang menghantar email dan PM di FB, menyatakan rasa terkilan kerana masih lagi tidak dapat memiliki majalah SAJI keluaran bulan May. Katanya majalah SAJI cukup laris di pasaran hingga semua kedai yang di kunjungi habis berjual. Alahaiii.. kesian sungguh pada adik-adik akak ni.. Macam mana ye akak nak tolong.. cuba hubungi Unit penerbitan SAJI dan dapatkan maklumat bagaimana caranya untuk dapatkan majalah SAJI keluaran May. Rasa-rasanya pihak penerbitan sedia membantu.
Ok lah kepada sesiapa diluar sana yang masih tak berkesempatan melihat resepi ita dalam majalah SAJI bulan May, di sini ita kongsikan sekali lagi.
KEK KEJU OREO
Majalah SAJI MAY 2012
Mula-mula kita sediakan kek span coklat
KEK SPAN COKLAT
By: Chef Amer
Rujukan : Majalah SAJI April 2012
5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 35 mint atau sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan
* adunan ini boleh di buat 1/2 adunan sahaja.
Kalau buat 1/2 adunan telur guna gred B letak 3 biji
Kalau buat 1/2 adunan telur guna gred B letak 3 biji
KRIM KEJU
1 paket biskut oreo
250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh asen vanilla
Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang
Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan
Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan
Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.
Pastikan krim keju pada suhu bilik.
Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna
Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi
Kaup balik adunan hingga rata
Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna
Masukan adunan kedalam piping beg
Potong kek span kepada 3 lapisan
Ambil 1 lapisan dan letakkan atas lapik kek
Sediakan loose pan atau spring form pan ukuran 8 inc
Masukkan kepingan ke span coklat di dasarnya.
Untuk lebih memudahkan kita mengeluarkan kek, lapik sekeliling spring form pan dengan plastik mika
Kemudian kita paipkan satu lapisan krim keju di atas lapisan kek coklat
Susunkan kepingan biskut oreo di atasnya.
Tuangkan selapis lagi krim keju
Dan lapiskan sekali lagi dengan biskut oreo.
Tuang lapisan terakhir dengan baki krim keju
ratakan permukaannya
Simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 4 jam
Keluarkan kek dari loyang
Kemaskan tepinya ~ boleh gunakan spatula besi, celup dalam air panas lap kering dan ratakan pada tepi kek supaya permukaannya licin.
Hias kek mengikut kreativiti anda
Untuk mendapatkan potongan kek keju yang kemas dan cantik! pastikan mata pisau di rendam ke dalam air panas terlebih dahulu sebelum digunakan untuk memotong kek.
Kalau boleh carilah mata pisau yang sedikit halus.
Jangan lupa untuk mengelap mata pisau dengan kain kering selepas di rendam dalam air panas.
Boleh juga menggunakan kaedah memanaskan mata pisau di atas dapur.
Selepas setiap potongan pastikan mata pisau sentiasa di lap supaya kek tidak comot ketika dipotong.
No comments:
Post a Comment