Thursday 18 July 2013

COKLALT KEK MOIST




KEK COKLAT KUKUS (Very Moist)




Kek Coklat Kukus (very moist) 

Bahan-Bahan:



  • 1 cawan serbuk koko

  • 1 cawan gula pasir

  • 1 cawan susu cair

  • 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)

  • ½ cawan susu manis

  • 1 ¼ cawan tepung gandum

  • 1 tsp baking powder

  • 1 tsp soda bicarbonate

  • 3 biji telur

Cara Memasaknya:


  1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda bikarbonat dan baking powder di ayak.

  2. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je)


  3. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

TOPPING COKLAT 
Sumber: Puan Noor Masri
Bahan-bahan:


  • 250 g coklat masakan } potong kecil2

  • 1 sudu besar majerin

  • 130 ml double cream atau whipping cream

  • sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt)

    - optional Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli



1) KEK COKLAT MOIST 


Bahan A
3 biji telur gred b
1 cawan gula perang

Bahan B
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas mendidih

Bahan C
1cawan tepung gandum
1cawan serbuk koko
1/2 sudu teh soda bikarbonat & serbuk penaik




Cara Penyediaan 

1. Ayak bahan C. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga kembang.

3. Masukkan bahan  B. Kacau sebati.

4. Masukkan bahan C sikit demi sikit.
    Gaul hingga sebati.

5. Masukkan adunan yang telah sebati ke dalam loyang
    yang telah disapu mentega.

6. Kukus selama 30 minit dengan api perlahan.

7. Sejukkan dan sedia untuk dihias atau dimakan terus.





thats all folks !
untuk resepi yang sama tapi cakap berjela2 
sila tengok kat sini :


No comments:

Post a Comment