Showing posts with label KERANG. Show all posts
Showing posts with label KERANG. Show all posts

Friday, 28 December 2012

KARI KERANG BETIK DAN KERANG TUMIS PEDAS



KARI KERANG & BETIK......KERANG TUMIS PEDAS.

P1230774
Assalammualaikum, salam semua, dah makan tengah hari ke?..Hari ni mat masak benda berprofile tinggi, dan hehehe, gatal. kerang sapa lahh tatau kan, yang ada alahan mesti tau punya, tapi lepas tu kenalah makan ubat. Sebenarnya kan kari kerang dengan betik tu pertama kali mat dengar, tu pun lepas jalan2 k blog Kak Ida 1001 Resipi, dia ni pakar tau memasak, serius, mat nampak kak ida ni masak kari kerang dengan betik ni lah yang buat ku teringau2.
Boleh lihat di sini... Jadi semalam masa keluar, rembat lah kerang dalam 3 kilo, standard lah 3 kg = RM 5. Betik pulak harus yang mengkal, baru rasa kemanisannya...

P1230777
Lebihnya pulak mat tumis pedas, ini terpulang, kalau tak suka pedas abaikan cili padi. Kalau tak habis ambik isi kerang dan simpan. Sesuai lah nanti kalau nak goreng kue teow ke, nak buat laksa katong kaa, atau pun masak lemak cili padi dengan pucuk ubi..hmm semua boleh ikut lah apa pesen sekali pun sebab yang nak makan pun mereka dengan keluarga mereka. Perasan tak kulit kerang mat tu putih kan, hmm tau tak, abang mat yang sulung tolong cuci dengan water gun, alah yang orang guna untuk cuci kereta tuu, yelah sebab utama mat nak masak kari, bayangkan kalau kulit kerang tu berkerak jee, berjelaga, erkk nak makan kuah kari tu pun rasa "segan"...hehehe

Haa..tu dia, kerang2 yang telah di masukkan ke spa, hasilnya lain kan, dari berkaratz jadi putih, hehehe, macam ini kaloo, nak masak pun tak de lah was-was., Kalau tak de watergun tak pe, basuh je sampai bersih, kalau tak kan, bawak sekali masa pi cuci kete...haa, kan depa guna water gun kan, mintak tolong spa kan sekali si kerang tu.....Ok jom semak resipi....

KARI KERANG & BETIK...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg kerang segar, cuci bersih dan toskan
1 biji betik mengkal kekuningan, kupas kulit, buang biji dan potong kiub
250 ml pati santan
1 liter santan cair
Sedikit air jika perlu
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari ikan (mat guna "Babas")
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
7 biji bawag merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/3 inci belacan

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan rempah kari dengan bahan kisar halus. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, masukkan rempah kari + bahan kisar halus dan biar hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan kerang dan gaul rata. Masak sekejap. Tuang santan cair, kacau dan masukkan asam gelugor, biar mendidih hingga kerang masak (mudah terbuka). Masukkan betik dan tambah santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau sekali sekala. Masak dengan api sederhana..
  3. Bila betik lembut sedikit, rasa kuahnya, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...Selamat mencuba...

KERANG TUMIS PEDAS...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Kerang secukupnya, cuci dan tos
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
15 biji cili padi siam, diketuk
3/4 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai, hingga harum. Masukkan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh), kacau rata dan masukkan kerang. Kacau rata.
  2. Tuang air dan biar mendidih. Tutup kuali tadi dan biar kerang masak 10 - 15 minit, hingga kerang mudah terbuka. Jika perlu tambah sedikit lagi garam. Hidangkan panas...hmm sedap..

SAMBAL KERANG


SAMBAL TUMIS KERANG



Kerang lagi!! Hai…sejak-sejak akhir ini Kak Noor berminat dengan masakan kerang pulak. Sebenarnya Kak Noor ni peminat nombor satu sambal tumis kerang. Kalau makan dengan nasi putih, lebih-lebih lagi dengan nasi lemak, terkelu lidah untuk berkata-kata. Mestilah lidah kelu, sebab tengah menyuap kan… 

Ingat tak zaman kanak-kanak dulu semasa ibu kita meminta tolong kita mengopek kerang. Boleh kata separuh masuk ke mulut dan tinggal separuh lagi untuk dimasak. Kak Noor rasa semua orang pernah mengalami saat-saat indah mengopek kerang ini.




Nak masak sambal kerang ni perlu bersusah-susah dulu, berenak-enak kemudian. Apa taknya, banyak proses yang perlu dilakukan sebelum kerang dapat disajikan sebagai satu masakan yang enak. Kerang perlu dibersihkan dulu sehingga kulit kerang nampak putih. Kemudian direbus (setengah orang suka rebus setengah masak, tetapi Kak Noor rebus sehingga masak). Selepas itu kerang dikopek untuk mengeluarkan isinya. Kalau saiz kerang besar, senanglah dikopek, laju aje….. Tetapi kalau saiz kerang kecil, berpeluh juga mengopeknya. Tangan pula akan terasa kegatalannya disebabkan air rebusan kerang. Mulalah nak menggaru.  Last-last sekali sampai satu lengan gatal.  `Masalah-masalah’ beginilah yang memendamkan hasrat Kak Noor untuk memasak kerang, walaupun masakan ini adalah favourite Kak Noor.  

Tetapi sekarang bila dah boleh dapat isi kerang rebus secara`instant’, maka rajinlah sedikit untuk Kak Noor memasak sajian ini. Dalam N3 terdahulu, Kak Noor ada muatkan resepi rendang pedas kerang. Cubalah memasaknya mengikut resepi. Hari ini N3 Kak Noor ialah masakan sambal tumis kerang. Tips untuk menjadikan sambal tumis kerang ini sedap ialah menggunakan bawang besar yang banyak. Rasa sambalnya pula mestilah menepati citarasa iaitu cukup rasa manisnya, masinnya, pedasnya, dan lemaknya. Bagi membangkitkan rasa seimbang manis dan lemak dalam masakan ini, Kak Noor gunakan gula perang. Sambal akan rasa lebih sedap sekiranya kita gunakan gula perang dicampur dengan gula putih dalam masakan.   


Bahan-bahannya:
600 gram isi kerang rebus
2 biji bawang besar – dihiris bulat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar pati asam jawa
2 helai daun limau purut – dicarikkan
2 sudu besar gula perang
Gula putih secukupnya (sebagai tambahan kepada gula perang)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan dikisar:
4 senduk nasi cili kering kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci panjang kunyit hidup
2 batang serai
1 inci halia
1 inci belacan

Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
2. Masukkan sedikit air, pati asam jawa, gula perang, gula putih dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
3. Kemudian masukkan kerang diikuti dengan bawang besar dan daun limau purut. Kacau sebati dan perlahankan api. Biarkan ia mereneh di atas dapur sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan bersalut dengan kerang. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.