Wednesday, 3 July 2013

NASI DAGANG TRENGGANU FULL DIRECTION

Aduhaaiii Sedap Nyeerr Nasi Dagang Terengganu Dengan Gulai Ikan Tongkol


Sedap memang sedap.  Saya memang tak boleh tahan, 3 pinggan habis tadi.  Minta ampun lah, esok saya akan diet.  Ini lah kali pertama saya memasak sendiri Nasi Dagang Terengganu dengan Gulai Ikan Tongkol serta Acar Timun.  Lama dulu saya pernah memasak nasi dagang Kelantan semasa majlis open house rumah kami di USJ.  Itu pun dah berbelas tahun lamanya.  Bukan apa, saya malas nak memasak sendiri nasi dagang kerana anak anak bukan suka sangat makanan macam macam ni.  Mereka suka masakan moden dan western jer.

Rasa macam tak percaya hari ini saya berjaya memasak nasi dagang yang memang rasa macam nasi dagang yang dimakan di Terengganu atau di USJ yang memang dijual oleh emak Nadia yang berasal dari Terengganu.  Projek memasak nasi dagang ni bermula dalam pukul 4 apabila dapat mesej inbox dari Rozilah yang dia telah hantar rempah gulai cap bunga rose.  Oleh kerana beliau tersalah rumah, saya terpaksa menjejak rumah yang dikatakan oleh Rozi.  Nasib baik jumpa dan dapat berkenalan dengan tuan rumahnya, Azlina yang baikhati.  Dari situ, kami terus ke kedai runcit mencari ikan tongkol yang berbatik yang biasa diguna sebagai ikan untuk gulai nasi dagang Terengganu. Memang susah nak dapatkan ikan ni.  Sesampai di rumah terus ke dapur untuk mula merebus ikan dan mula memasak gulai dan nasi dagang.  Pukul 5, siap untuk dimakan panas panas lagi.  Jangan tak tahu, saya menambah sampai 3 kali dek sedap nya yang tak terkata, baunya yang sangat semerbak terutama bau halba ... 

Jom lah kita layan resepi dan gambar gambarnya ...   

Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:
5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise
1 biji kelapa - (2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 in halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur ke dalam santan pekat

Cara membuat:
Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.



Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.






Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.




Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.






Kemudian rata dan kemaskan nasi.  Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.




Gulai Ikan Nasi Dagang 





Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam saiz besar (lebih kurang 1 kg) 
1 biji kelapa - ambil santan
3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi
1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air)
8 gram rempah masak cap bunga rose 
10 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia -kisar
2 hiris lengkuas -kisar
2 keping asam gelugur
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 cili kecil
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara membuatnya: 
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam  gelugor dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap. 


Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.






Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula. 

 


Masukkan cili padi. Renihkan sebentar.  Bolehlah angkat dan dihidangkan.




Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal.  Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.




Acar Timun




Timun - hiris memanjang
Karot - hiris memanjang
1/2 biji bawang besar
Gula
Cuka secukupnya
Garam

Timun dan karot yang dihiris direndam dalam air garam.


Satukan cuka, gula dan garam sehingga hancur.  Gula mesti lebih baru nampak ianya berkilat.

Masukkan bawang besar dan sayuran yang dihiris tadi.  






Sesuaikan rasa dan siap dihidangkan.




Selamat menjamu selera dengan nasi dagang yang sangat lembut dan wangi ini. Cubalah, pasti makan menambah nambah 




Enjoy ...

No comments:

Post a Comment