Saturday 20 January 2018

TONIK AJAIB UBAT SAKIT JANTUNG DAN ATASI MASAALAH CHOLESTROL

Ada 2 cara untuk membuat tonik ajaib ini. Sukatan yang tepat adalah dengan menggunakan juicer. Namun begitu bagi mereka yang tiada juicer, boleh juga menggunakan blender sahaja

CARA MENGGUNAKAN JUICER

Contoh Juicer dipasaran


5 bahan yang digunakan dalam pembuatan
Tonik Ajaib ini ialah cuka epal, lemon, bawang putih, 
halia dana madu asli.



Contoh cawan yang digunakan. Kedua-duanya mempunyai
isipadu yang sama iaitu 240 ml.



Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-

1. Satu cawan teh Jus lemon (4 atau 5 biji lemon untuk memperolehi 240 ml jus lemon)
2. Satu cawan teh Jus Halia (1/2 kilo halia untuk memperolehi 240 ml jus halia.)
3. Satu cawan Jus Bawang Putih (1/2 kilo untuk memperolehi 240 ml jus bawang putih)
4. Satu cawan (240 ml ) Cuka Epal
5. Tiga cawan Madu Asli (240 ml ).




Lemon dikupas kulitnya . Halia juga dibuang kulit luarnya dan dipotong nipis-nipis. 
Manakala bawang putih dibuang kulitnya tetapi tidak perlu dipotong-potong.

CARA MEMASAKNYA:

1) Gabungkan jus halia, jus bawang putih, jus lemon dan cuka epal ke dalam periuk. Ini bermakna kita gabungkan sebanyak 4 cawan bahan diatas dan masak dengan api yang perlahan supaya kita tidak merosakkan segala mineral dan vitamin dalam tonik yang bakal dihasilkan. Masak hingga bahan diatas berkurang dari 4 cawan menjadi 3 cawan sahaja. Biasanya proses ini mengambil masa selama 1 jam hingga 2 jam.

2) Sejukkan terlebih dahulu bahan di atas sebelum mencampurkan 3 cawan madu asli. 

PERINGATAN:
Semua bahan diatas disukat dengan menggunakan cawan yang sama agar kita dapat hasil yang terbaik. Botolkan tonik itu dan simpan di dalam peti ais. Namun begitu bagi mereka yang tidak ada peti ais, tidak menjadi masaalah sekiranya tonik itu disimpan ditempat yang sejuk dan tidak berhampiran dapur memasak.


CARA MENGGUNAKAN BLENDER


Contoh blender di pasaran


Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-

1. Satu cawan teh Jus lemon (4 atau 5 biji lemon untuk memperolehi 240 ml jus lemon. Lemon itu di belah dua dan diperah dengan mencucuk garfu ditengahnya untuk memperolehi jus yang maksima. Tapis supaya dapat pisahkan segala biji-biji lemon)

2. Satu cawan teh Jus Halia (1/4 kilo halia untuk memperolehi 240 ml jus halia. Tambah air sedikit demi sedikit hingga halia itu dapat dikisar dengan halusnya. Potong halia senipis-nipisnya agar senang hancur tanpa menggunakan air yang banyak)

3. Satu cawan Jus Bawang Putih (1/4 kilo untuk memperolehi 240 ml jus bawang putih. Bawang putih dipotong kecil-kecil agar senang hancur dengan menggunakan kuantiti air yang sedikit mungkin)

4. Satu cawan (240 ml ) Cuka Epal.

5. Tiga cawan Madu Asli (240 ml ).


Proses memasaknya sama seperti cara menggunakan Juicer


PEMERHATIAN:

Kita akan dapati bahawa kuanti halia dan bawang putih berbeza bagi penggunaan Juicer dibandingkan dengan penggunaan Blender. Penggunaan Juicer adalah LEBIH TEPAT DAN TERBAIK. Bagi mereka yang ada Juicer, itu adalah kelebihan. Namun begitu kita masih dapat menikmati Tonik Ajaib ini dengan menggunakan kaedah blender dan kesannya juga sangat memuaskan.

SUKATAN MEMINUM TONIK AJAIB
1) Bagi mereka yang mempunyai masaalah jantung dan cholestrol, hendaklah mengambil satu sudu besar selepas bangun tidur(perut kosong) dan satu sudu besar sebelum tidur.

2) Bagi mereka yang tidak ada sebarang masaalah dan ingin mencegah sebelum terlambat, ambil satu sudu besar selepas bangun tidur.







No comments:

Post a Comment