Cheesekut
Haiii..atas permintaan ramai (#mata ke atas), maka saya nak sharekan resepi cheesekut yang sedap yang saya bawak masa gathering hari tu. Asal namanya cheesecake biskut tapi saje je nak memendekkan namanya maka jadiklah cheesekut. Nak buatnya amat lah senang.
So bahan-bahannya adalah seperti berikut (macam chef..muahaha) :
Susu pekat manis tu pun saya lebih suka guna F&N sebab rasanya kurang manis sket berbanding brand lain macam Teapot ke, Goldcoin ke dll.
Tapi biskut tu memang kena guna Deluxe Crackers. Biasanya saya jumpa yang brand Hup Seng ni je. Jangan tersilap beli cream crackers plak. Deluxe crackers ni rasanya memang da lemak-lemak masin gitu so itu yang membangkitkan kesedapan cheesekut ni.
Panjang ceritanya pasal bahan ek. Jom tengok step plak.
Selamat mencuba! Da buat nanti korang upload plak hasilnye eh. Bye, da pukul 5 nak ambik Saif..
So bahan-bahannya adalah seperti berikut (macam chef..muahaha) :
- 1 paket biskut Deluxe Crackers
- Sedikit fresh milk
- 1/2 tin susu pekat manis
- 250gm cream cheese
Ni rupa Philadelphia cream cheese. Jangan salah beli cheddar block plak sebab packaging nya sama je cuma nama je lain.
Susu pekat manis tu pun saya lebih suka guna F&N sebab rasanya kurang manis sket berbanding brand lain macam Teapot ke, Goldcoin ke dll.
Tapi biskut tu memang kena guna Deluxe Crackers. Biasanya saya jumpa yang brand Hup Seng ni je. Jangan tersilap beli cream crackers plak. Deluxe crackers ni rasanya memang da lemak-lemak masin gitu so itu yang membangkitkan kesedapan cheesekut ni.
Panjang ceritanya pasal bahan ek. Jom tengok step plak.
1. Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. Kalau takde mixer, guna blender pun boleh. Kembang tu means creamcheese tu da jadik lembut la pastu color dia jadik cerah sket.
2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Tuang sikit-sikit. Rasa dulu, kalau kurang manis baru tambah lagi. Pukul lagi.
3. Tambah sket fresh milk anggaran satu sudu ke 2 sudu. Tengok kepekatan bancuhan tu. Jangan cair sebab nanti kek jadik lembik susah nak potong. Kalau pekat sangat plak nanti bancuhan jadik sket plak so lapisan kek pun tak dapat buat banyak. So ikut naluri masing-masing la ye.
4. Ni dia bancuhan yang da siap. Tak pekat sangat n tak cair. Senang je kan.
5. Pastu ambik biskut n celup dalam fresh milk. Celup tu means dalam sesaat je sudah. Diingatkan celup je tau, bukannya rendam. Dah celup tu terus susun dalam bekas. Jangan korang susun dalam mulut korang plak ye.
6. Susun biskut2 yang da dicelup tu macam ni. Susun lebih kurang je. Ni bekas pun saya just guna bekas putih plastik tu je. Baking paper tu tak payah letak pun takpe. Saje saya letak baking paper tu supaya senang nak kuarkan n potong. Tapi setakat nak makan sendiri, potong terus je la then korek je macam korang buat masa gathering hari tu. heheh..
7. Then lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi.
8. Macam ni. Tak payah tebal sangat. Cukup sekadar menutupi.
9. Then lapis lagi biskut2 yang da dicelup atasnya plak. Time lapis biskut ni tekan2 sket bagi dia mampat sket. Ulang lagi step 8 dan 9 sampai abes bancuhan creamcheese tadi.
10. Atas sekali mesti lapisan creamcheese ye. Macam ni. Bancuhan saya sket sebab creamcheese saya guna tu tak sampai 250gm pun so tak dapat banyak layer. It's ok.
11. Tutup then simpan dalam peti ais. Biar semalaman ye bagi dia keras sket senang nak potong.
12. Sok pagi bukak peti ais, taraaaa!!! Hasilnya..
Selamat mencuba! Da buat nanti korang upload plak hasilnye eh. Bye, da pukul 5 nak ambik Saif..
No comments:
Post a Comment