Showing posts with label NASI DAGANG TRENGGANU. Show all posts
Showing posts with label NASI DAGANG TRENGGANU. Show all posts

Wednesday, 3 July 2013

NASI DAGANG TRENGGANU FULL DIRECTION

Aduhaaiii Sedap Nyeerr Nasi Dagang Terengganu Dengan Gulai Ikan Tongkol


Sedap memang sedap.  Saya memang tak boleh tahan, 3 pinggan habis tadi.  Minta ampun lah, esok saya akan diet.  Ini lah kali pertama saya memasak sendiri Nasi Dagang Terengganu dengan Gulai Ikan Tongkol serta Acar Timun.  Lama dulu saya pernah memasak nasi dagang Kelantan semasa majlis open house rumah kami di USJ.  Itu pun dah berbelas tahun lamanya.  Bukan apa, saya malas nak memasak sendiri nasi dagang kerana anak anak bukan suka sangat makanan macam macam ni.  Mereka suka masakan moden dan western jer.

Rasa macam tak percaya hari ini saya berjaya memasak nasi dagang yang memang rasa macam nasi dagang yang dimakan di Terengganu atau di USJ yang memang dijual oleh emak Nadia yang berasal dari Terengganu.  Projek memasak nasi dagang ni bermula dalam pukul 4 apabila dapat mesej inbox dari Rozilah yang dia telah hantar rempah gulai cap bunga rose.  Oleh kerana beliau tersalah rumah, saya terpaksa menjejak rumah yang dikatakan oleh Rozi.  Nasib baik jumpa dan dapat berkenalan dengan tuan rumahnya, Azlina yang baikhati.  Dari situ, kami terus ke kedai runcit mencari ikan tongkol yang berbatik yang biasa diguna sebagai ikan untuk gulai nasi dagang Terengganu. Memang susah nak dapatkan ikan ni.  Sesampai di rumah terus ke dapur untuk mula merebus ikan dan mula memasak gulai dan nasi dagang.  Pukul 5, siap untuk dimakan panas panas lagi.  Jangan tak tahu, saya menambah sampai 3 kali dek sedap nya yang tak terkata, baunya yang sangat semerbak terutama bau halba ... 

Jom lah kita layan resepi dan gambar gambarnya ...   

Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:
5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise
1 biji kelapa - (2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 in halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur ke dalam santan pekat

Cara membuat:
Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.



Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.






Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.




Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.






Kemudian rata dan kemaskan nasi.  Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.




Gulai Ikan Nasi Dagang 





Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam saiz besar (lebih kurang 1 kg) 
1 biji kelapa - ambil santan
3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi
1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air)
8 gram rempah masak cap bunga rose 
10 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia -kisar
2 hiris lengkuas -kisar
2 keping asam gelugur
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 cili kecil
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara membuatnya: 
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam  gelugor dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap. 


Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.






Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula. 

 


Masukkan cili padi. Renihkan sebentar.  Bolehlah angkat dan dihidangkan.




Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal.  Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.




Acar Timun




Timun - hiris memanjang
Karot - hiris memanjang
1/2 biji bawang besar
Gula
Cuka secukupnya
Garam

Timun dan karot yang dihiris direndam dalam air garam.


Satukan cuka, gula dan garam sehingga hancur.  Gula mesti lebih baru nampak ianya berkilat.

Masukkan bawang besar dan sayuran yang dihiris tadi.  






Sesuaikan rasa dan siap dihidangkan.




Selamat menjamu selera dengan nasi dagang yang sangat lembut dan wangi ini. Cubalah, pasti makan menambah nambah 




Enjoy ...

NASI DAGANG TRENGGANU

Nasi Dagang Terengganu


Ingat hari cuti ni nak gi jalan-jalan..., dalam dok berkira-kira nak gi jalan, masa pun berlalu..., plan nak berjalan tak temui lagi destinasinya.

Teringat plak nak makan Nasi Dagang. Dah beberapa kali gak buat....

Dengan ketertibaan nya plan, jadi juga nasi dagang tanpa merendam beras dgn lamanya. Hanya sempat merendam selama 2 jam lebih je....







Bahan-bahan Untuk Nasi

4 cawan beras ( saya pakai beras basmathi moghul....hehehe, nak nampak nasi dagang panjang2..)
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair ( @ 1 1/2 cawan santan pekat + 1 1/2 cawan air) + halba + garam secukupnya + 1 sudu kecil gula
1 - 1 1/2 cawan santan pekat + 1 sudu kecil garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia

Cara memasak Nasi

1. Beras dan beras pulut di rendam 4 jam ( sy rendam 2 jam lebih je..., sebab plan tergesa2...)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dgn separuh dulu santan cair. Kaup balikkan dgn rata, biar seketika hingga semua air meresap. Tambahkan lagi dan lihat jika semua air telah meresap. Tunggu sebentar dan kalau perlu habiskan santan cair tersebut.
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dgn santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan....

Beras yang baru diangkat drp kukusan dan diarun dgn santan...

Bahan-bahan Untuk Gulai

1 ekor ikan tongkol ( saya gantikan dgn 1/2 ekor ayam dipotong kecil)

Bahan untuk dimesin halus

1 sudu ketumbar biji
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
2 hiris lengkuas
1 hiris halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

3 sudu cili mesin
1 paket rempah cap bunga Ros ( kalau tak ade, gandakan aje bahan-bahan rempah utk mesin di atas)
1 - 1/2 liter santan drp 1 biji kelapa.
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
10 biji cili padi

Cara-cara Memasak

1. Santan di masak hingga naik minyak.
2. Dalam periuk lain, ayam di rebus dgn sedikit air dan ditambah asam keping lebih kurang 10 minit.
3. Bila santan dah tinggal separuh, tambahkan bahan mesin dan bahan2 lain.
4. Biarkan mendidih, sesuaikan rasanya dan masukkan air rebusan ayam sekali.
5. Masukkan ayam dan cili padi.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Kuah mesti agak pekat....


Acar Timun

Timun, Carrot, Cili Merah dan Bawang - dihiris memanjang

+ 1 sudu gula, 1 sudu garam dan 1 sudu cuka. Gaul sebati dan dihidang.

NASI DAGANG TRENGGANU ( CHOSEN RECIPE)

Nasi Dagang Terengganu

Semua orang  tahu nasi dagang merupakan satu masakan yang sangat terkenal di Terengganu dan Kelantan.  Ianya sangatlah istimewa dan sangatlah enak.  Namun terdapat berbezaan di antara kedua-dua nasi ini. 

Saya lebih suka yang versi Terengganu yang hanya mengguna beras pulut and beras biasa yang dikukus dengan santan yang senang didapati.  Kalau versi Kelantan tu, kena le cari beras nasi dagang Kelantan yang kadang2 susah nak dapat tapi sekarang macam dah berlambak kat pasaran.  So, no problem la.  But whatever, I still prefer the Terengganu version.

Kali ni, saya nak share resipi nasi dagang Terengganu ini kat blog saya kerana pagi tadi macam rajin je, masak nasi dagang for breakfast.   You all boleh le try buat kat rumah because it’s a very simple dish to make, try ya! Pasti you all tak menyesal coz ianya sangatlah terribly delicious…

Bahan2 untuk nasi:-
1 cawan beras pulut
2 cawan beras biasa
1 biji kelapa (saiz agak besar)
7 ulas bawang merah
1 ruas jari halia
1 camca halba
2 sudu besar gula
Garam sedikit rasa.
Cara memasak nasi:
1.   Terlebih dahulu, beras pulut dan beras biasa hendaklah dicampurkan bersama, dan direndam dengan air sejuk selama 6-8 jam.  Kemudian basuh bersih dan ditoskan.
2.   Bawang merah,  halia yang telah dihiris halus, halba, gula dan garam dimasukkan ke dalam santan pekat (Kelapa hendaklah di ambil dan diasingkan santan pekat dan santan cair).
2.   Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih. Kukus beras sehingga 3/4 masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Gaul beras dengan santan cair hingga rata. Kemudian kukus sekali lagi hingga masak.
3.   Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Kali ini gaul dengan santan pekat yang bercampur dengan bahan-bahan yang telah dihiris tadi dan perasa hingga rata dan sebati.
4.   Nasi tidak perlu dikukus lagi tapi kalau hendak boleh juga dikukus lagi sekejap.

Bahan-bahan untuk kuahnye :-

1 ekor ikan aya/tongkol/kayu hitam
15 biji cili kering-kalau nak pedas, lebihkan sikit  (digunting kecil dan direbus sebelum dikisar)
10 ulas bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
3 inci halia - dikisar
lengkuas - dikisar
3 batang serai - dipotong dan dikisar
2 sudu biji ketumbar - dikisar
1 sudu jintan manis & putih - dikisar
Satu paket kerisek
1 biji kelapa diambik santan secukupnya
Beberapa biji belimbing buluh hijau atau asam gelugor
Cili hijau & merah (dibelah dua)
Sedikit cili api (biar tangkalnye)
Garam & gula merah untuk rasa

Cara-cara membuatnya :-

1.  Ikan yang telah dipotong sekeping2 tebal dan dibasuh hendaklah direbus (dengan sedikit air) bersama dengan lengkuas dan halia.  Kemudian, ianya hendaklah diperap beberapa jam atau lebih elok sekiranya diperap semalaman.

2.  Sementara itu, panaskan minyak di dalam periok atau kuali dan tumis kesemua bahan2 yang telah dikisar tadi hingga wangi dan garing.  Kemudian masukkan santan tadi dan biarkan ia mengelegak, masukkan ikan dan kacau.

3.  Masukkan pula belimbing atau asam gelugor, cili2 tadi dan kerisek.  Kacau lagi sehingga sebati dan pekat (terpulang, ada setengah orang tak suka pekat) Akhir sekali, masukkan garam dan gula (mengikut rasa masing2, samada suka sedikit manis, boleh lebihkan gula).



Nasi dagang ini juga sedap dimakan dengan acar yang dibuat daripada sayor kobis & carrot yang dihiris halus, bawang besar & cili merah hijau yang jugak dihiris halus. Kesemua bahan ini kemudian digaul dengan sedikit cuka dan garam serta gula.  Boleh juga dimakan dengan telor rebus dan keropok ikan.


Memang sedap dan amat lazat!