Nasi Dagang Terengganu
Semua orang tahu nasi dagang merupakan satu masakan yang sangat terkenal di Terengganu dan Kelantan. Ianya sangatlah istimewa dan sangatlah enak. Namun terdapat berbezaan di antara kedua-dua nasi ini.
Saya lebih suka yang versi Terengganu yang hanya mengguna beras pulut and beras biasa yang dikukus dengan santan yang senang didapati. Kalau versi Kelantan tu, kena le cari beras nasi dagang Kelantan yang kadang2 susah nak dapat tapi sekarang macam dah berlambak kat pasaran. So, no problem la. But whatever, I still prefer the Terengganu version.
Kali ni, saya nak share resipi nasi dagang Terengganu ini kat blog saya kerana pagi tadi macam rajin je, masak nasi dagang for breakfast. You all boleh le try buat kat rumah because it’s a very simple dish to make, try ya! Pasti you all tak menyesal coz ianya sangatlah terribly delicious…
Bahan2 untuk nasi:-
1 cawan beras pulut
2 cawan beras biasa
1 biji kelapa (saiz agak besar)
7 ulas bawang merah
1 ruas jari halia
1 camca halba
2 sudu besar gula
Garam sedikit rasa.
2 cawan beras biasa
1 biji kelapa (saiz agak besar)
7 ulas bawang merah
1 ruas jari halia
1 camca halba
2 sudu besar gula
Garam sedikit rasa.
Cara memasak nasi:
1. Terlebih dahulu, beras pulut dan beras biasa hendaklah dicampurkan bersama, dan direndam dengan air sejuk selama 6-8 jam. Kemudian basuh bersih dan ditoskan.
2. Bawang merah, halia yang telah dihiris halus, halba, gula dan garam dimasukkan ke dalam santan pekat (Kelapa hendaklah di ambil dan diasingkan santan pekat dan santan cair).
2. Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih. Kukus beras sehingga 3/4 masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Gaul beras dengan santan cair hingga rata. Kemudian kukus sekali lagi hingga masak.
3. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Kali ini gaul dengan santan pekat yang bercampur dengan bahan-bahan yang telah dihiris tadi dan perasa hingga rata dan sebati.
4. Nasi tidak perlu dikukus lagi tapi kalau hendak boleh juga dikukus lagi sekejap.
Bahan-bahan untuk kuahnye :-
1 ekor ikan aya/tongkol/kayu hitam
15 biji cili kering-kalau nak pedas, lebihkan sikit (digunting kecil dan direbus sebelum dikisar)
10 ulas bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
3 inci halia - dikisar
lengkuas - dikisar
3 batang serai - dipotong dan dikisar
2 sudu biji ketumbar - dikisar
1 sudu jintan manis & putih - dikisar
Satu paket kerisek
1 biji kelapa diambik santan secukupnya
Beberapa biji belimbing buluh hijau atau asam gelugor
Cili hijau & merah (dibelah dua)
Sedikit cili api (biar tangkalnye)
Garam & gula merah untuk rasa
Cara-cara membuatnya :-
1. Ikan yang telah dipotong sekeping2 tebal dan dibasuh hendaklah direbus (dengan sedikit air) bersama dengan lengkuas dan halia. Kemudian, ianya hendaklah diperap beberapa jam atau lebih elok sekiranya diperap semalaman.
2. Sementara itu, panaskan minyak di dalam periok atau kuali dan tumis kesemua bahan2 yang telah dikisar tadi hingga wangi dan garing. Kemudian masukkan santan tadi dan biarkan ia mengelegak, masukkan ikan dan kacau.
3. Masukkan pula belimbing atau asam gelugor, cili2 tadi dan kerisek. Kacau lagi sehingga sebati dan pekat (terpulang, ada setengah orang tak suka pekat) Akhir sekali, masukkan garam dan gula (mengikut rasa masing2, samada suka sedikit manis, boleh lebihkan gula).
Nasi dagang ini juga sedap dimakan dengan acar yang dibuat daripada sayor kobis & carrot yang dihiris halus, bawang besar & cili merah hijau yang jugak dihiris halus. Kesemua bahan ini kemudian digaul dengan sedikit cuka dan garam serta gula. Boleh juga dimakan dengan telor rebus dan keropok ikan.
Memang sedap dan amat lazat!
No comments:
Post a Comment