inilah rupa acar buah mak milah yg menjadi buah mulut peserta yg dapat merasa semasa kelas. jadi mana yg dah merasa dan nak buat sendiri apalagi resepi dah diberi .... |
ACAR BUAH MAK MERTUAKU
BAHAN-BAHAN ( Byk ni boleh buat kenduri 50org makan)
*Ketumbar ( biji Rempah) 30gm
*Jintan Manis 30gm
*Jintan Putih 30gm
*Cili Kering 100gm
(* Goreng tanpa minyak(sangai) sampai garing, kisar hingga halus dan ayak.
(* Goreng tanpa minyak(sangai) sampai garing, kisar hingga halus dan ayak.
Sos Cili (Mak guna Kimball) 1 1/2kg
Bawang putih(biarkan sebiji2) >15 biji
Bawang merah(biarkan sebiji2) >15 biji
Halia (hiris 1/2inci) >5 inci
Gula >dlm 2sudu besar(ikut kemanisan sendiri)
Buah –buahan Jeruk(Ikut Pilihan sendiri) >5kg
(klu buahan jeruk ni ada halwa yg manis cth halwa kundur jgn bubuh gula)
Minyak masak 1 1/2kg-mmg banyak
CARA MEMBUATNYA
1.Tumis Bawang putih, bawang merah, halia,cili kering sehingga mendidih.
2.Kemudian masukan sos cili, jintan manis, jintan putih dan ketumbar(yg siap diayak) dan masak lagi selama lebih kurang 1/2 jam.
3.Masukan halia kundur kemudian kacau sehingga sebati,
4.Masukan buah-buah jeruk yang keras.dan kacau sehingga empuk,
5.Akhir sekali masukan buah-buah yang lembut dan kacau sehingga sebati. Tutup api.KLu rasa minyak banyak bertakung, boleh diasingkan minyaknya Simpan 2-3 malam dulu sehingga mesra kesemua buah dan rasa barulah boleh di makan.(tp klu tak sabar lepas masak tu dah boleh makan.
Bolehlah di hidang.
No comments:
Post a Comment