Monday, 4 June 2012

NASI AYAM PENYET( BAHAN UNTUK SUP, GORENG AYAM DENGAN TEPUNG BERAS, NASI AYAM)

Nasi Ayam Penyet

 Nasi Ayam Penyet 

My Style My Way

Bahan A

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan utk masak nasi )
½ sudu besar Jintan Manis
½ sudu besar Jintan Putih
2 sudu besar Biji Ketumbar
2 batang serai dititik
1cm Halia - ketuk
Semua bahan ini direbus bersama ayam



Bahan perapan ayam

Bahan B
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
3 ulas Bawang Putih - tumbuk halus
Sedikit Air
2 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Bahan utk salut ayam**

1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur
Sedikit telur - kocok
Air
Adunan jgn terlalu pekat atau terlalu cair

Untuk Sambal

Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
5 batang cili hijau
10 biji cili padi ( campurkan hijau dan merah )
1 bawang merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
4 biji Tomato, potong dadu
1/2 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-optional
1 sudu kecil sos nampla
Sedikit perahan limau kasturi

Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
2 sudu besar butter
garam
1 kiub pati ayam
air rebusan ayam - ikut sukatan beras (yg disimpan td)


Cara-cara

Untuk Ayam Penyet
1. Masukkan kesemua bahan A rebus ayam 1/2 masak
    Angkat dan toskan dibawah air sejuk sebentar - ingat air rebusan jgn dibuang
    Bahan2 rebusan juga jgn dibuang

2. Lumur bahan B pada ayam dan perap semalaman.-perap semalaman lagi sedap
    atau memadai jika perap selama 1 jam

3 Setelah perap semalaman, salut ayam ke dalam tepung salut ayam**
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Lebihan bancuhan buat keriuk keriuk

Untuk Sambal
5. Panaskan minyak. Goreng cili merah, cili hijau dan cili padi
6. Goreng belacan seketika angkat dan ketepikan.
7. Masukkan bawang merah, bawang putih dan tomato.
    Masak hingga layu. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
8. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng
9. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
    Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
10. Tambahkan sos nampla dan perahkan 2 biji limau kasturi


Untuk Sup
11. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
12. Masukkan 1/2 kiub ayam
13. Boleh juga masukkan sayur pilihan anda atau fishball jika suka
14. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi
15. Panaskan butter. Tumis bawang putih dan halia sebentar
16. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
17. Angkat dan ketepikan
18. Tunggu air rebusan ayam tadi sejuk dahulu baru masak nasi.
19. Letak kiub ayam, garam dan gaul rata
Masak nasi hingga tanak dan sedia dihidang

No comments:

Post a Comment