Friday 8 June 2012

KEK SARANG SEMUT

1 -Kek Sarang Semut

Dsc01348
Senang & simple... Rajin2 la mencuba ;)

Created on : 14-03-2008



1501Share


Bahan-bahan ( 5-8 org makan )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu makan butter
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit esen ros

Cara-cara

  1. Panaskan gula dan kacau sehingga gula hangus.
  2. Perlahankan api, masukkan air sedikit demi sedikit. DIINGATKAN : Perlu berhati-hati sbb takut gula panas terkena tangan.
  3. Masukkan butter. Biarkan mendidih. Kemudian biar ia nya sejuk.
  4. Dalam bekas yg lain, pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
  5. Masukkan susu.. diikuti dengan tepung dan soda bikarbonat.. Dipukul hingga sebati.
  6. Kemudian barulah dimasukkan gula yg dihanguskan tadi.
  7. Pukul hingga rata.
  8. Masukkan sedikit esen ros. Kacau.
  9. Perap adunan 3-4 jam (bertutup) supaya kek ni bile masak, nampak berlubang2 cantik.
  10. Kukus selama 1 1/4 jam atau sehingga masak. 




2- kek gula hangus / kek sarang semut

Untitled
resepi dari jiran...now dah amik tempahan...

Created on : 11-03-2011



117Share


Bahan-bahan ( utk loyang 9X9X3 )

  • 2 cawan air
  • 2 cawan gula
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 cawan susu pekat
  • 6 biji telur - saiz B
  • 2 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu besar soda bikarbonat- diayak
  • vanila essen

Cara-cara

  1. hanguskan gula dan air- sejukan
  2. pukul mentega dan susu pekat hingga sebati
  3. masukan telur sebiji demi sebiji
  4. masukan tepung gandum dan soda bikarbonat
  5. masukan vanila essen
  6. akhir skali msukan gula yg telah dihanguskan kacau hingga sebati
  7. utk mndapatkan kek yg gebu.. perap adunan selama 1 jam atau lebih...
  8. bkar dlm oven 150 drjah celcius selama 30-45 minit
  9. boleh dihidangkan 

Kek Gula Hangus

P4250586
P4250598
P4250602

Kek Gula Hangus ni 2nd try..yg 1st dulu wat x jadik dia punya 'sarang semuat'x jadik...yg ni ok..resepi amik rumah Jo..komen kek ni..2 thumbs up! sedap bangettt!!!

wokey..resepi mai salin sini no....

Bahan2:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara2:

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan (pasai i da kena dulu u!berbekas jari i yg halus ni ahaks!). Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam (aku perap 6 jam sebab lupa2 kucing..ekekekeke). Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.Bahan senang, buat senang..makan lagi senang!! ekekekeke..




Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
sumber : Sudipkayu
Bahan-bahan:
gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 camca besar mentega

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Ini akan mengambil sedikit masa. untuk hasil yang baik, harap bersabar ya.

Apabila semua gula telah bertukar jadi karamel, masukkan air panas (masuk sekali gus, jangan teragak-agak) & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

seterusnya...

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur

Cara-cara:
Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

No comments:

Post a Comment