Wednesday, 27 June 2012

ASAM PEDAS TUMIS FCU




Asam pedas tumis for a big family:


Ingredients:

3.5  labu bawang besar----diblend halus dengan air sedikit dan tapis airnya. Air tapisan itu dimasukkan ke dalam blender bersama cabai kering yang telah direbus.
5 ulas bawang putih-----ditumbuk
35 biji cabai kering di buang biji dan direbus------diblend halus( 1 mangkuk cabai yang telah direbus. Setelah dibuang biji dan direbus, cili kering ini tidaklah pedas sangat. Disamping berperanan memberi kepedasan, cili kering yang sudah di kisar akan memekatkan kuah secara natural dan sedap)
1. 5 inci halia------diblend halus bersama cili kering.
2 inci lengkuas----diblend halus bersama cili kering.
2 ketul belacan sebesar ibu jari----diblend halus bersama cili kering (bakar terlebih dahulu hingga bau harum)
15 biji cili api diblend bersama cili kering
15 biji cili api ditumbuk separa lumat dan ditambah sebelum ditutup api sekiranyan tidak cukup pedas.
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1.5 sudu makan serbuk lada hitam
1 1/2 sudu teh serbuk kari daging ( Jangan terlebih sebab akan effect rasa nanti...)
6 keping asam gelugur (masam ikut suka)
1 hingga 2 biji tomato di potong empat.
2 biji limau nipis, diambil airnya dan ditambah sebelum tutup api sekiranya masih tidak cukup masam
Air asam jawa melengkap rasa masam. Kuantitinya terpulang kepada kemasaman asam keping. 
Daun kesum (kalau bubuh daun kesum, sebaik sahaja masak terus pindahkan daun kesum ke bekas lain sebab daun akan merubah rasa asam pedas bila biar terendam dalam kuah. Rasa akan jadi sedikit pahit bila biarkan daun kesum terus berada dalam periuk. Kalau tak mahu bubuh pun tak apa dan diganti dengan beberapa tangkai daun kari)
2 batang serai sederhana besar. Serai juga perlu di pindahkan dari periuk apabila sudah siap kerana ia juga akan merubah rasa asam pedas bila dibiarkan terendam lama.
buang kantan (bunga kantan tidak akan merubah rasa kuah jika kita terlupa
kacang bendi

bahan tumis:
1 sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

1-Semua ini ditumis hingga garing bersama bawang putih. Bila sudah harum, masukkan bawang merah yang diblend. Tumis hingga warna bawang kekuning-kuningan.
2-Masukkan cili yang diblend bersama 1 1/2sudu kecil serbuk kari daging, 1 sudu besar serbuk jintan putih, 1 sudu besar jintan manis, lada hitam dan serbuk kari daging. Semua ini ditumis hingga betul-betul garing dan cabai masak .
Ambil masa lebih kurang setengah jam.
Masukkan air, asam keping, serai, daun kesum dan bungan kantan.
Masukkan tomato yang dipotong tadi.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Biarkan mendidih dan mereneh segala haruman daun kesum dan bunga kantan.
Apabila rasa dah cukup sedap barulah masukkan ikan. Lima minit kemudian, masukkan pula kacang bendi.dan terus tutup api agar bendi tidak terlalu lembik. Bendi yang rangup sangat sedap rasanya dibandingkan dengan bendi yang terlalu masak.
Jika tidak cukup pedas, masukkan cili api yang ditumbuk kasar sebelum ditutup api.

No comments:

Post a Comment