Resipi~ Paprik Ayam
Assalamualaikum.Hari ni bangun awal. dengan harapan dapat mengerjakan perkara memasak, laundry dan membuat kerja rumah sebelum berangkat ke tempat kerjaan. macam suri rumah separuh masa dah ku rasakan diri ini. cuma bezanya tiada suami atau anak2 untuk dientertain. #$%^&% TAPI tidak semua yang dirancang mampu dilaksanakan. kita hanya merancang.. (OK OK dila, tak payah mulakan). last-last, hanya perkara memasak sahaja sempat dikerjakan.
Hari ni memasak masakan paprik. OH ya, ada beberapa orang request untuk resipi paprik hari tu kan? cehh poyo lah pulak. bukan selalu buat paprik ni. jadi, alang2 dah buat kena la gigih sikit mengambil gambar dsb. walaupun saya bukanlah orang yang layak untuk mengajar seni masakan, seni kulinari, seni tari menari dsb, tetapi ilmu haruslah dikongsi. barulah hidup lebih bermakna. OK dah macam jurucakap produk LOREAL pulak dah daku rasa.
Marilah saya tunjukkan resipi paprik tanpa membuang masa. senang saja nak masak paprik ni sebenarnya. cuma leceh nak kene prepare bahan, potong bawang sayur semua. ehem sebenarnya, resipi paprik ni asalnya saya ambil dari internet juga. cuma saya alter je sikit2 ikut citarasa sendiri. ini kerana mak saya bukanlah seorang penggemar paprik jadi kalau nak belajar buat paprik, belajar dari internet kata emak. OK tak tak, emak tak cakap macam tu pun. itu inisiatif sendiri. HAHA.
Ok lah tak payah nak cerita sejarah asal usul resipi paprik pulak.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ayam potong kecil-kecil (kalau nak tambah sotong, daging ikut suka la)
- Halia (hiris nipis-nipis)
- Cili api (kalau suka pedas letak lah)
- Sayur mayur (lobak, kubis bunga, bawang)
- Daun limau purut
Bahan-bahan lain:
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos tiram
- Kicap
- Bawang kisar
- Cili kisar
Ni bahan basic sahaja. kalau nak tambah sayur mayur, bolehh ikut cita rasa sendiri. contoh nak tambah jagung muda, tomato tu ikut suka la. biasalah, saya ni orang bujang maka makan pun perlu ala kadar sahaja. OH ya, sepatutnya serai perlu ada. tapi stok serai di rumah sudah habis. tiada pula kerajinan nak menanam serai di tepi bibir (eh eh apa ni?). i mean, nak bercucuk tanam jauh sekali la. tak ada tanah nak menanam maklum la hidup merantau sobs3~
Apa la dila ni, nak mengajar memasak tapi bahan-bahan pun tak cukup. tampar kang!
***************************
Jangan lupa, masukkan secubit garam dan gula. OH ya, kalau nak pekatkan kuah, boleh tambah sos. tapi kalau nak guna tepung jagung pun boleh. bancuh tepung jagung dengan air kemudian masukkan dalam kuah paprik untuk pekatkan kuah.
TAPI kalau saya, tadak mempeduli pun kuah pekat ke tak sebab bukan ada juri pun nak judge berapa mililiter kepekatan kuah paprik tu (contohh)
Bagaimana?
Senang taakkk?
=.=
Apa-apa pun,
Selamat mencuba!
p/s: paprik saya buat ni sebenarnya macam pekat sikit tapi tak apa la. HAHA malas pula daku mahu menambah air. OK la tu. heh sape je nak makan? akuuu jugak.
No comments:
Post a Comment