1) Kelas Masak Nasi Hadramaut
bahan2 utk ayam dan nasi
10 ekor ayam saiz sed tidak terlalu besar - bersih dan potong 2 atau 4 sahaja
5 kg beras basmati khas utk nasi hadramaut - 1 kg anggaran dlm 5 @5.4 cwn (bergantung pd saiz cwn yg digunakan). beras ni kuning sikit dan asal dari Pakistan,dari Indiapun boleh, mungkin di Msia boleh guna beras basmati Pusa atau Kashmir.
air secukupnya - 1 cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cwn air bergantung kpd jenis beras
1 biji tomato yg masak - potong
2 labu bawang besar - potong bulat
1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas
Rempah 2 bhg -
1. utk masukkan terus dalam air rebusan ayam
2.utk ditumis kemudian.
Sukatan untuk merebus seekor ayam
- 1/2 sb ketumbar(debu)
- 1/2 sb jintan putih(debu)
- 1/2 sk lada hitam (boleh tambah kalau nak pedas),
- anggaran 5 biji buah pelaga
- beberapa helai bay leaf
- 3 btg kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1 batang kulit kayu manis )
6 biji bunga cengkih )
3 biji buah pelaga ) bahan penumis
2 helai daun bay )
3 kuntum bunga lawang )
1 biji bawang besar - potong dadu kecil
1 inci halia - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1 biji tomato - potong dadu kecil
2 sudu minyak sapi
3 sudu minyak zaiton
2 sudu rempah kabsa**
2 sudu kismis
1 biji lemon hitam/kering - boleh dapati di kedai arab
1 batang karot - hiris halus
1/2 ekor ayam or 600 grm kambing (ikut suka)
Rempah Kabsa
2 sudu jintan manis**
3 sudu biji ketumbar**
2 sudu jintan putih**
10 kuntum bunga lawang**
2 sudu bunga cengkih**
2 sudu buah pelaga**
1/2 sudu lada hitam**
1 sudu serbuk cili
1 sudu kunyit serbuk
utk tumis pula sukatan kena agak2 sbb tak dinyatakan.
1 sb serbuk za'afaran - warna kuning mcm serbuk kunyit
2 sb serbuk mellah farolah - warna merah. kedai rempah cadangkan boleh juga guna babrik
1/3 liter minyak masak - guna minyak jagung
Gambar-gambar rempah
rempah yg digunakan ialah
-bay leaf,
-buah pelaga,
-kulit kayu manis,
-cengkih, jintan putih (debu),
-ketumbar (debu),
-lada hitam serbuk .
Guna beras basmati utk masak nasi hadramaut.
Sukatan 1 kg beras(sukat utk mudah tentukan airnya, dlm 5@5.4 cwn beras).
Air 2 atau 1 1/2 cwn utk 1 cwn beras.
1 kilo beras guna 2 ekor ayam
1 kilo beras = 5 hingga 5.4 cawan
Cara-cara masak nasi dan ayam
1. Air disukat dlm periuk dan direbus terlebih dahulu.sukatan air dg beras 1 cwn beras bersamaan 2 cwn air atau 1 1/2 cwn air bergantung kpd jenis beras yg digunakan. bila mendidih barulah dimasukkan ayam.
(Ayam yg byk direbus buat air stok rebusan lagi sedap,kalau masak utk sekeluarga sukatannya; 1 kg beras dgn 2 ekor ayam. )
2. 1 labu bwg besar dipotong bulat dan sebiji buah tomato dimasukkan dlm ayam utk masak ekor ayam.
3. Masukkan rempah2 ke dlm periuk
4.Kacau sedikit rempah yg telah dicampurkan dlm air rebusan. Tutup periuk dg tudung.Rebus ayam dalam 1/2 jam.
5.Selepas 1/2 jam, keluarkan ayam dr periuk.
6.susun ayam dlm bekas.ketepikan dulu.
7. Masukkan rempah2 yg digunakan (sukatan rempah dlm gambar utk masak 5kg beras), 1 labu bawang besar dan cili hijau(ni ikut kepedasan) dlm periuk. Jenis rempah sama dg bahan2 yg dimasukkan dlm air rebusan ayam sebelum ni(langkah 3).
8.Kemudian barulah diisikan 1/3 liter minyak masak dan goreng rempah sampai bawang kekuningan.Kemudian masukkan bahan gorengan ke dalam periuk air rebusan ayam tadi.
9.Masukkkan bahan2 yg ditumis dlm periuk air rebusan tadi.masukkan garam secukupnya.kacau.
10. Cuci beras sampai bersih.
11.Biarkan air mendidih. Masukkan beras dlm periuk air stok/rebusan ayam tadi.
12. Masukkan 1/3 sb serbuk za'afaran...tak perlu byk, sukatan ni utk seperiuk besar. kalau buat sikit kena agakkan sukatannya.
13. masukkan pula sedikit mellah farolah/pewarna merah.
14. kacau rata sekejap.biarkan mendidih.tudung periuk dan perlahankan api, nasi dimasak dg api sederhana sahaja sampai hampir masak.Bila nasi hampir kering. kacau sekali lagi nasi.
15. Campurkan secawan air dg baki serbuk za'afaran.tuangkan air bercampur perwarna kuning ke atas nasi
16. pewarna diletakkan bersilang secara X atas nasi.biarkan seketika.tak perlu tutup tudung periuk.
17. kemudian baru dikacau rata nasi
18. Nasi diratakan .biarkan sekejap.
19. Nasi dikacau lagi. nasi dah hampir masak.boleh tutup api.biarkan seketika.wpun nasi dikacau byk kali tp tak pecah butiran nasinya.
20. nasi siap terhidang
Cara-cara masak ayam
1. Ayam disusun dlm dulang utk bakar. Percikkan atas ayam dg sedikit air sejuk. panaskan oven/grill api atas - suhu kena agak sbb tak dinyatakan.
2.Lumurkan ayam dg sikit garam yg telah bercampur mellah farolah.Lumurkan juga bhg bawah,keseluruhannya.
3.Ayam siap diletak garam dan mellah farolah. masukkan dlm oven, grill sekejap sbb ayam sudah masak,ayam dibalikkan...guna api atas dlm 20-30 utk bagi kuning.
5. Ayam bakar hadramaut siap utk dihidangkan
Cara untuk sos salatah dan zabadi
Bahan2 utk salatoh : buah tomato masak, cili hijau(ikut kepedasan masing2) dan sedikit bawang putih. tambahkan air, garam. Kemudian blender sekejap.
salatoh siap terhidang
zabadi; campurkan yogurt dgn timun yg dicincang halus, campurkan dg potongan karot.dihidangkan bersama potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.
semua dah siap masak...bolehlah menjamu selera.....
2) Nasi Arab Hadramaut
Saya ada mencadangkan sahabat saya, mamasya supaya belajar resepi masakan Arab dari orang orang Arab sementara beliau sekarang berada di Mesir. Kemudiannya beliau memberitahu saya berkenaan resepi Nasi Arab Hadramaut yang memang diajar oleh orang Arab. Saya pun terus menyalin resepi dan meminta hubby membeli ayam. Rasa macam lama betul saya tak memasak nasi arab. Sebelum ini saya memasak Nasi Kabsah juga mengikut step by step video yang dimasak oleh orang Arab juga. Lihat di SINI untuk resepi Nasi Kabsah Arab tersebut.
Nasi ini saya sediakan untuk makan tengahari hari Ahad. Kalau hari Sabtu, saya tak memasak, hanya menyediakan Pai Ayam Melbourne di SINI yang diidam idamkan oleh Aween sejak sejak kami balik dari States. Hari hari dia meminta saya membuatnya, siap merajuk lagi bila dia bangun pagi Sabtu melihatkan pai belum dibuat. Anak anak umur macam ni memang kuat makan sikit. Maklum umur tengah meningkat remaja.
Berbalik pada resepi ini, memang sedap nasi hadramaut ni. Tapi saya tak punya serbuk pewarna merah tu. Jadi ayam kami hanya berwarna kuning sahaja. Tidak seperti nasi Arab yang ada sedikit kemerahan. Saya juga mengasapkan nasi ini kerana sedap nasi yang diasap seolah kita membakarnya dengan arang. Sebab nak memudahkan, saya hanya memasak menggunakan rice cooker jer.
Kalau nak tahu macam mana sedap nyer, kena lah cuba sendiri. Terima kasih pada mamasya kerana telah berkongsi ilmu dengan kita semua. Tengok resepi dan step by step blog Mamasya di SINI. Di sini saya kongsikan pulak dengan kawan kawan yang lain....
Nasi Arab Hadramaut
Sumber: mamasya
Olahan: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ekor ayam - potong 2 atau 4
5 cawan beras basmathi - basuh dan tos
Air secukupnya (1 1/2 - 2 cawan bagi setiap cawan beras)
1 biji tomato masak - potong
2 labu bawang besar - potong bulat
2 biji lada hijau - potong 2-3
Rempah rempah (bahagi 2 bahagian - rebus & tumis):
5 biji buah pelaga
2 helai bay leave
3 batang kulit kayu manis
5 bunga cengkih
1/2 sb serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sb serbuk jintan putih
1/2 sb serbuk zaffaran (kuning)
2 sb serbuk mellah farolah ( tak letak)
Minyak masak/minyak jagung/olive
Cara cara Nasi:
Sukat air dan rebus sehingga mendidih. Masukkan ayam, 1 labu bawang besar, tomato, separuh dari rempah rempah di atas. Kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1/2 jam.
Keluarkan ayam dan susun dalam bekas. Ketepikan air rebusan dan keluarkan rempah dari air rebusan.
Masukkan rempah yang digunakan dan baki rempah yang selebihnya ke dalam periuk. Masukkan 1 labu bawang besar dan cili hijau.
Kemudian tuangkan minyak ke dalamnya dan goreng sampai bawang menjadi kekuningan.
Tuangkan bahan yang digoreng ke dalam air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukupnya dan biar sehingga air mendidih.
Masukkan beras ke dalam air rebusan dan pindahkan ke dalam rice cooker.
Masukkan sedikit saffron yang dikacau dengan sedikit air dan masak lah seperti biasa.
Bila nasi hampir masak, titiskan lagi saffron yang dikacau dengan sedikit air secara bentuk X. Biarkan seketika sebelum dikacau nasi rata rata. Saya letakkan juga beberapa titis pewarna kuning.
Siap untuk dihidangkan.
Nota: saya asapkan nasi dengan cara meletakkan aluminium foil ke dalam rice cooker semasa nasi telah masak. Tuang sedikit minyak olive ke dalam foil dan letakkan arang yang telah menjadi bara supaya mengeluarkan asap. Cepat cepat tutup permukaan periuk dengan sekeping lagi aluminium foil dan tutup periuk)
Cara cara Menyediakan Ayam:
Renjiskan ayam dengan sedikit air sejuk.
Lumur keseluruhan permukaan ayam dengan pewarna mellah farolah/saffron yang dicampur dengan garam. Saya letakkan juga sedikit olive oil.
Lumur keseluruhan permukaan ayam dengan pewarna mellah farolah/saffron yang dicampur dengan garam. Saya letakkan juga sedikit olive oil.
Bakar dalam 20-30 minit dengan dibalikkan permukaan ayam dengan menggunakan api atas sahaja.
Salatah:
3 biji buah t omato masak
3 biji cili hijau
3 bawang putih
Garam
Sedikit air
Blender semua bahan di atas dan siap untuk dihidangkan.
Zabadi:
Yoghurt
Timun - cincang halus
Hirisan karot
Satukan semua bahan di atas. Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.
Hidangkan nasi dengan ayam dan salatah serta Zabadi ke dalam pinggan hidangan.
Selamat menjamu selera...
3) RESEPI NASI ARAB
Bahan-bahan untuk nasi: > 2 ekor ayam / 2 kg daging kambing > 1 kg beras basmati - 1 kg anggaran dlm 5 @ 5.4 cwn (bergantung pada saiz cawan yang digunakan). > air secukupnya - 1 cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cawan air bergantung kepada jenis beras > 1 biji tomato yg masak - potong > 2 labu bawang besar - potong bulat > 1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas > minyak masak -minyak jagung > Rempah ratus > serbuk za'faran Bahan-bahan untuk rempah(utk masukkan terus dalam air rebusan ayam/daging kambing + utk ditumiskemudian). > 10 biji buah pelaga > 3 helai bay leaf > 5 batang kulit kayu manis> 10 kuntum bunga cengkih > 1 sb ketumbar serbuk > 1 sk lada hitam serbuk >1 sb jintan putih serbuk p/s: rempah ratus untuk ditumis tue agak-agak jer. Cara-cara masak air rebusan + nasi: 1. Air disukat dlm periuk dan direbus terlebih dahulu.sukatan air dg beras 1 cwn beras bersamaan 2 cwn air atau 1 1/2 cwn air bergantung kpd jenis beras yg digunakan. bila mendidih barulah dimasukkan ayam/daging kambing \
2. 1 labu bwg besar dipotong bulat dan sebiji buah tomato dimasukkan dlm air rebusan
ayam/daging kambing 3. Masukkan rempah2 ke dlm periuk 4. Kacau sedikit rempah yg telah dicampurkan dlm air rebusan. Tutup periuk dg tudung.Rebus ayam dalam 1/2 jam. Daging kambing + tulang direbus lama sedikit sehingga daging empuk. 5. Selepas 1/2 jam @ 1 jam, keluarkan ayam@ daging kambing dr periuk. 6. susun ayam@ daging kambing dlm bekas.ketepikan dulu 7. Masukkan rempah2 yg digunakan, 1 labu bawang besar dan cili hijau(ni ikut kepedasan) dlm periuk. Jenis rempah sama dg bahan2 yg dimasukkan dlm air rebusan ayam sebelum ni(langkah 3). 8. Kemudian barulah diisikan minyak masak dan goreng rempah sampai bawang kekuningan. Kemudian masukkan bahan gorengan ke dalam periuk air rebusan ayam @ daging kambing tadi. 9. Masukkkan bahan2 yg ditumis dlm periuk air rebusan tadi.masukkan garam secukupnya.kacau. 10. Cuci beras sampai bersih.(rendam beras dengan air sebelum dimasak) 11. Biarkan air mendidih. Masukkan beras dlm periuk air stok/rebusan ayam @ daging kambing tadi. 12. Masukkan sedikit serbuk za'faran (jika ada). 13. kacau rata sekejap.biarkan mendidih.tudung periuk dan perlahankan api, nasi dimasak dg api sederhanasahaja sampai hampir masak. 14. Nasi hampir kering. kacau sekali lagi nasi. 15. Nasi dikacau lagi. nasi dah hampir masak.boleh tutup api.biarkan seketika.wpun nasi dikacau byk kali tp tak pecah butiran nasinya. OK siap bab nasi...seterusnya Cara-cara masak ayam bakar: 1. Ayam disusun dlm dulang utk bakar. Percikkan atas ayam dg sedikit air sejuk. panaskan oven/grill api atas. 2. Lumurkan ayam dengan sedikit garam & rempah. 3. OK. ayam & nasi dah siap. Next step plak.... Cara untuk sos salatah dan zabadi 1. Sos salatah: buah tomato masak, cili hijau(ikut kepedasan masing2) dan sedikit bawang putih. tambahkan air, garam. Kemudian blender sekejap. 2. Zabadi; campurkan yogurt dgn timun yg dicincang halus, campurkan dg potongan karot.dihidangkan bersama potongan timun, bawangbesar, tomato dan limau nipis. Inilah hasilnyer... Selamat menjamu selera. Terima kasih Chef Wani & Dapur Mamasya atas perkongsianresepi yang sangat menyelerakan ini. Rujukan: http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/01/kelas-masak-nasi-hadramaut-step-by-step.html
No comments:
Post a Comment