Monday 25 February 2013

STICKY DATE PUDDING


Sticky Date Pudding Dari Mommy Aqeel.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Mommy Aqeel  selalu beritahu Cm yang Sticky Date Pudding sangat sedap.Berkali kali dan bersungguh-sungguh :)Semasa beliau belajar di Melbourne dulu katanya dia pernah masak pudding ni.Mabless katanya hehe...Jadi hari Jumaat hari tu Cm minta dia masakkan untuk tetamu yang datang beraya.Alhamdulillah semua orang suka....tetapi kena awas!!kepada pesakit kencing manis kerana pudding agak manis.Lain kali kena kurangkan sukatan gulanya.

Kebetulan stok buah kurma semasa Ramadhan tempohari masih banyak jadi ini lah masa yang sesuai  nak cuba resipi pudding yang sedap ini.Resipi asalnya diambil dari SINI.

Bahan-bahannya:

250 gm buah kurma yang jenis lembut-buang biji dan cincang.(Timbang tanpa biji)
1 tsp Soda Bicarbonate.
1 1/2 cawan air panas yang mendidih.
125 gm butter-suhu bilik.
1 cawan gula perang.(asal 1 1/2 cawan)
1 tsp essen vanilla.
2 biji telur -grade A.
1 3/4 cawan tepung naik sendiri.

Sos karamel.

1 cawan gula perang.
300 ml thickened cream.
1/2 tsp essen vanilla.
60 gm butter.
Cara-caranya:


  • Panaskan oven 180 darjah celcius.Dan sapukan butter pada loyang 7cm x 22 cm.Alaskan dengan baking paper.
  • Satukan buah kurma dan soda bicarbonate ke dalam mangkuk yang sesuai.Tuangkan air panas keatasnya dan biarkan terendam selama 20 minit.
  • Sementara menunggu kurma direndam,pukul butter dan gula serta vanilla sehingga kental.Masukkan telur sebiji demi sebiji.Pukul hingga kembang.
  • Masukkan tepung berselang seli dengan kurma dan gaul hingga rata.
  • Tuangkan kedalam loyang dan bakar hingga masak.
Sos Karamel:

Satukan semua bahan-bahan untuk sos ke dalam periuk yang sesuai. dan  masak atas api yang perlahan sehingga karamel pekat. .Bahagikan sos kepada dua bahagian.1/2 bahagian sos dicurahkan ke atas permukaan puding... jangan lupa cucuk cucukkan permukaan pudding dengan garfu sebelum curah sos ya.

.Separuh lagi untuk  di tuangkan apabila menghidangnya nanti.Pudding Sticky date ini sedap dimakan sewaktu  masih panas.Jika telah sejuk panaskan sosnya terlebih dahulu sebelum dihidangkan.selamat mencuba:)

No comments:

Post a Comment