Tuesday, 26 February 2013

SOTONG BEREMPAH

 

Sotong Berempah 
Sumber: Majalah SAJI 

Bahan: 

500gm sotong 
1 peket rempah kari daging 
1 sudu besar serbuk cili - haniss guna 2 sudu bsr cili blender 
2 batang serai - ketuk 
5 ulas bawang merah - kisar 
3 ulas bawang putih - kisar 
1/2" halia - kisar 
1 biji tomato 
air asam jawa - terlupa letak, kes nak cepat 
garam 

Bahan Tumis 

1" kulit kayu manis 
4 biji buah pelaga 
bunga lawang 
sedikit daun kari - tambahan 

Cara: 

1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah dan bahan kisar diikuti cili blender sehingga naik bau & naik minyak. 
2. Masukkan pula serai, kacau sebentar. 
3. Masukkan tomato dan garam dan biarkan kuah betul2 pekat 
3. Bila kuah dah agak pekat baru masukkan sotong dan biar hingga masak. 
4. Siap untuk dihidangkan. 

No comments:

Post a Comment