Wednesday, 20 February 2013

AYAM PENYET


Nasi Ayam Penyet(DISYORKAN)

Lunch nasi ayam penyet hari ni. Ni kali kedua buat, yang paling sedap sambalnya tu. Ayam perap pun sedap. Setengah resepi guna nasi putih tapi ni saya guna Nasi ayam ikut kak Amie. Kremes tak sempat buat. hehe.. Terima kasih tuan asal resepi. :D. Simpan resepi untuk rujukan akan datang.

Resepi : Nasi Ayam

Bahan-bahan:
4 cawan beras biasa - cuci dan toskan
4 cawan air rebusan ayam - panas mendidih
3cm halia - hiris halus
3 biji bawang putih - hiris halus
1 helai daun pandan - siat-siat dan simpulkan
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu besar marjerin
1 sudu besar serbuk pati ayam Tumix

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Panaskan marjerin dan tumis bawang putih, halia, daun pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
3. Masukkan beras dan gaul rata.
4. Masukkan air rebusan ayam yang panas mendidih.
5. Masukkan serbuk pati ayam Tumix.
6. Kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
7. Pindahkan beras yang mengering tadi ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.
Resepi :  Nasi Ayam Penyet
Bahan-bahan:
1 ekor ayam  - potong dua dan asingkan bahagian isi dengan yang bukan isi seperti kaki, kepak, leher, tulang dada untuk di buat sup 
1 keping tempe -  dalam paket 
4  keping tauhu
tepung beras  - anggaran untuk tabur pada ayam,tempe dan tauhu goreng 
Ulam - timun, tomato, salad
Bahan kisar
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis kasar
1 sudu teh jintan putih kasar
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam 
Bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan untuk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes.
Cara Penyediaaan
1. Kisar bahan-bahan di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan.
2. Kemudian perap bahan kisar bersama bahagian ayam yang telah di cuci dan di bersihkan.
3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng.
4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa.
6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa.
Bahan Sup
Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk -  dipotong- potong
Untuk Tumisan
3 ulas bawang putih  - di tumbuk
3 ulas bawang merah -  di hiris 
1 biji bawang besar saiz kecil - ditumbuk 
1 inci halia - di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih - ditumbuk 
rempah 3 sekawan secukupnya  - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga 
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup - bahan tabur  
Cara membuatnya
1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.
2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api.
Bahan Serdak @ kremes
1 biji telur ayam
1 cawan air ( saya guna cawan kecil )
2 1/2  sudu penuh tepung beras
sedikit rempah perapan ayam tadi
sedikit garam
Cara membuatnya
1. Satukan dan kacau hingga sebati bahan-bahan diatas. Kalau bancuhan agak pekat tambah lagi sedikit air.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
3. Bila minyak dah panas… masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar kan bancuhan tepung dalam minyak.
4. Cepat2 kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing ( cruncy ).
5. Angkat menggunakan tos… dan buat hingga habis.
Bahan Sambal
5-6 biji cili merah
secekak kecil cili padi - boleh kurang jika tak suka pedas 

3 biji buah tomato – saya guna saiz besar
belacan bakar  - anggaran 1 1/2 inci 
secubit garam - 
2 sudu makan gula
1 -2 biji limau kasturi- ambil jusnya
Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan diatas bersama sedikit air masak.
2. Sesuaikan rasa garam dan gulanya – bolehlah terus dihidangkan!!

~ Resepi Ayam Penyet




Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam 

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik 
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau 
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau 
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau 
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam 
1 sudu besar Serbuk Kunyit 
½ sudu besar Serbuk Lada Putih 
3 ulas Bawang Putih 
1cm Halia 
Sedikit Air 
1 sudu kecil Garam 
Minyak masak untuk menggoreng. 
Untuk Sambal 
Sedikit minyak masak 
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) 
10 biji Cili padi 
10 biji Bawang kecil/merah, hiris 
3 biji Bawang putih, hiris 
5 biji Tomato, potong 4 
5 cm Belacan 
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit 
3 sudu gula merah/secukup rasa 

Untuk Nasi 
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan 
3 ulas bawang putih 
satu btg kayu manis 
4 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga lawang 
sedikit butter 
garam 
kiub pati ayam/daging 
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td) 

Cara-cara 
1.Untuk Ayam Penyet 
2.Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. 
3.Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best. 
4.(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat. 
5.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. 
6.Panaskan minyak dan goreng hingga garing. 

7.Untuk Sambal 
8.Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. 
9.Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. 
10.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. 
11.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. 
12.Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. 
13.Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. 
14.Masukkan gula merah dan gaul rata. 
15.Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. 

16.Untuk Sup 
17.Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade). 
18.Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. 

19.Untuk Nasi 
20.Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. 21.Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit. 
22.Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit. 23.Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

Resepi Ayam Penyet wong Solo


Ayam Penyet

Bahan A (Goreng dan kisar) — untuk merebus ayam 50 ketul
> Buah keras — 250 gram
> Ketumbar — 50 gram
> Bawang merah dan putih — 500 gram
> Kunyit — 600 gram
> Garam — 375 gram
> Air — 20 cawan



Bahan B (untuk menggoreng ayam)
> Bawang putih — 900 gram
> Kunyit — 25 gram
> Telur — lima biji
Bahan untuk sambal penyet:
> Cili padi — 10 gram
> Bawang putih — 10 gram
> Tepung maizena — secukup rasa
> Minyak masak — dua sudu makan
Cara membuat sambal penyet:
Semua bahan sambal penyet, kecuali minyak panas ditumbuk sebelum dicampur dengan minyak panas dan sedia untuk dihidangkan.
Cara membuat ayam penyet:
Semua bahan A digoreng dan digiling dengan penggiling. Ayam dan bahan A (yang siap digiling) dikukus. Bahan B kecuali telur digoreng dan dikisar bersama telur sebelum dimasukkan garam secukup rasa. Apabila ayam siap dikukus, angkat seketika dan sapukan bahan B (yang siap dicampur) kepada ayam yang dikukus. Selepas itu, goreng dan tunggu sehingga masak. Ayam kemudian dipenyetkan dan siap untuk dihidangkan.

Resepi : Sambal Ayam Penyet/Jawa

Last week cubaan pertama buat ayam penyet sendiri, memandangkan asik teringat2 ayam penyet Wong Solo yang super duper sedap nak nak lg sambal dia yg meletops tu, naseb la jauh, klu x hr2 g terjah, kehkeh.. napelah kt kuantan takde weh!!

So gugel2 cari resepi & try la, tp xnak citer ayam penyet lg, aku just nk share dulu resepi smbal dia yg sedap ni, maybe xsesedap sambal wong solo tp sesedap tekak aku jugak, boleh geng dengan sambal hitam pahang tu, tp yg ni lg senang! must try!


Bahan2 : cili merah, cili api, bilis, tomato, bawang merah + putih, belacan & perahan limau kasturi/ air asam jawa


Panaskan minyak sedikit & goreng/tumis smpai semua sedikit layu, ok dah, boley blend or tumbuk, ekceli tumbuk lg sedap kan kasar2 je terase semua bhn2 tu, tp aku malas dek non, blend smpai lumat, ini yg xsemengah je rupe smbal, sorry uols, tp uols try ler, buh cili api banyok sket, baru terangkat, hoho stok ni blh bt byk2 & simpan dlm peti, bila2 nk mkn amek, huuuuu~

No comments:

Post a Comment