Nasi Pilaf Pudina & Lemon, Ayam Mandhi
Assalamualaikum dan selamat malam semuanya, haaa dapat pulak kali ini kita update blog sambil menunggu washing machine kita stop. Hari ini Nur masak Nasi Pilaf dan Ayam Bakar Nasi Mandhi. Resepi ini dah lama pernah kita tengok semasa zaman berfotopage dulu.....memang dah ramai yang mencubanya.....tapi kita pun tak ingat siapa...kalau tak salah Kak Zai pun ada mencuba resepi ini.
Tapi satu ini, Nur minta maaf lah ya....tak tau macam mana kita boleh tersalah pandang hanya melabelkan nama ayam bakar ini kepada Ayam Mandhi....dah tu kita nak perbetulkan balik rasanya malas pulak.....jangan marah ya mamasya?? Peace no war.....hehehe. Kita gabungkan nasi pilaf dengan ayam bakar ini.....rasanya pun sedap juga.....kita suka....Okay lah kita semak resepi....kita nak menyambung jemur baju pula. Selamat malam semua dan mimpi yang indah-indah.
Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber asal ;Blog Resepiraidah
Sumber: Ziela a.k.a mamasya
Sumber: Nuridah Salleh
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih - potong 4
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar - letak 1 sk
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
nota dapur mamasya
** bakar suhu 250'c selama 50 min,buka alumium foil.. balikkan ayam bakar menu grill selama 15-20 minit..balikkan lagi ayam masak api grill 15-20 min.
Sos/Sambal: - Nur tak buat....
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah+cili padi
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.
Yang ini pula Nasi Pilaf Pudina & Lemon....rasanya yang memang sedap...resepi seperti biasa dari Chef Wan...semenjak dua menjak ini....macam terpanggil untuk mencuba resepi-resepinya. Biasa resepi Chef Wan ini tidak mengecewakan....alhamdulilah menepati citarasa keluarga. Kali ini panjang sedikit entri kita!!
Yang ini adalah Acar Nenas yang simple dan senang untuk membuatnya.....nenas di potong dadu, campurkan dengan cili serbuk, bawang hiris, sedikit gula, garam dan sedikit perahan air lemon....dah mencukupi untuk dijadikan appertizer.
Nasi Pilaf Pudina Dan Lemon
Resepi: Chef Wan
Sumber: Nuridah Salleh
Bahan-Bahan
140gm mentega
1 biji bawang besar, dicincang halus
85gm atau 1/2 cawan badam
2 helai daun bay segar
1 batang serai dititik
2 tangkai daun pasli dihiris-hiris
450gm beras basmathi dicuci dan dituskan
parutan kulit 2 biji lemon
560ml air rebusan ayam atau 1 kiub pati ayam dibancuh
4 sudu besar kismis kuning
1 sudu teh garam
30gm hirisan daun pudina
1 sudu besar air lemon
1. Panaskan mentega di dalam periuk dan tumis bawang besar, badam, daun bay,
serai dan daun pasli sehingga bertukar warna.
2. Campur beras, kulit lemon dan tumis selama beberapa minit. Masukkan air rebusan
ayam, pati ayam, kismis dan garam. Tambah daun pudina dan air lemon.
3. Tutup periuk dan alih ke dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celcius
selama 20 minit. (Cara memasak ini menjadikan nasi ringan dan gebu) - Nur masak seperti
biasa dengan memasak nasi di dalam rice cooker.
No comments:
Post a Comment