Tuesday, 5 March 2013

NASI LEMAK KUKUS




Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )

5 cawan beras
2 biji pati santan
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Cara-cara

Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.


SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-bahan ( cukup untuk makan 5 orang )

semangkuk ikan bilis yang telah dibersihkan. (pastikan guna ikan bilis yang sedap utk m'dapatkan sambal yg sedap =))
10-15 biji lada kering (rebus)
5 ulas cili padi untuk tambah rasa pedas kalau suka pedas la=)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 keping asam keping saiz sederhana
garam dan gula secukup rasa
air secukupnye
setengah cawan santan atau susu cair
minyak untuk menumis
Cara-cara

ambil separuh bahagian ikan bilis, sebiji bawang besar, bawang putih, cili kering yg telah direbus, dan cili padi, dan air separas separuh bahan2 tadi (Kisar dalam blender hingga betul2 hancur)
tumbuk lebihan ikan bilis hingga separuh hancur
potong bulat bawang besar yang lagi sebiji tadi
panaskan minyak dalam kuali. pastikan minyak betul2 panas k. masukkan bahan kisar tadi. kacau2 dan masak hingga pecah minyak dan sambal garing.
masukkan ikan bilis yang ditumbuk tadi bersama bawang besar hiris. masukkan secawan air. masak dalam 5 minit.
masukkan santan atau susu cair tadi. kacau2 seketika. kecilkan api. masak seketika dan perasakan dgn garam dan gula....jangan lupa asam keping
masak lagi dalam 8-10 minit dan bolehla di hidangkan =)



No comments:

Post a Comment