Wednesday 4 July 2012

PUDING ROTI SOS KASTARD



PUDING ROTI SOS KASTAD

Sumber :  MyResepi
Sumber : Azita Zain

Bahan-bahan Puding Roti :
  • 6 keping roti slice
  • 2 sudu besar marjerin / mentega - dicairkan
  • 4 biji telur Gred B
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 475ml susu segar
  • Segenggam kismis 

Cara-cara :
  1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
  2. Curahkan marjerin / mentega cair ke atas roti tersebut.
  3. Taburkan pula kismis di atasnya.
  4. Dalam mangkuk lain, pukul telur sedikit. Masukkan gula, esen dan susu segar. Kacau rata.
  5. Tapiskan adunan ke dalam loyang yang mengandungi roti tadi. Tekan roti supaya tenggelam ke dalam adunan susu / telur tadi.
  6. Panaskan ketuhar pada 170C selama 10 minit. Masukkan loyang dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan dan sejukkan sebelum disejukkan di dalam petiais.

Puding roti sos kastard

Img_0051


Bahan-bahan ( 1 happy family )

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
  • Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala *(optional)
  • Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang. 



uding Roti Sos Kastard

Selamat mengundi untuk mereka di Bumi Sarawak! =0).
Mari, jamu puding roti sambil menunggu keputusan undian...

 By: Mrs.Nurulazmi
Source: http://penjankayu.blogspot.com/

BAHAN-BAHAN:
Bahan A (untuk puding)
  • Roti secukupnya (saya guna roti untuk buat mini roti John/roti hotdog)
  • 400 ml susu cair
  • 15 gram kismis hitam atau kuning
  • 3 biji telur
  • 4 sudu makan gula (saya kisar gula tersebut hingga halus)
  • 3 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan tepung kastard.
Bahan B (untuk sos kastad)
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar gula (saya kisar gula tersebut)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • Air secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Sapukan sedikit mentega pada loyang pembakar.
  2. Kemudian, susun roti di dalam loyang (Sebelum menyusun roti di dalam loyang, saya potong kemas memanjang dan sapukan sedikit mentega di setiap permukaan roti tersebut).
  3. Setelah selesai menyusun roti untuk lapisan pertama, taburkan kismis kemudian tutup dengan roti kembali iaitu membentuk lapisan seterusnya. Lakukan secara bertindan satu demi satu sehingga menjadi berlapis (jangan lupa taburkan kismis untuk setiap lapisan dan sapukan sedikit mentega pada permukaan roti).
  4. Seterusnya, dalam bekas berasingan satukan susu cair, tepung kastad, mentega, telur dan gula di dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kembang. (Teknik saya- jika masih terdapat mentega yang berketul-ketul dan belum sekata, saya kisarkan bahan- bahan tersebut hingga nampak tekstur halus).
  5. Setelah itu, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang pembakar berisi roti. Bakar hingga masak (Oven saya cepat panas, jadi saya hanya membakar selama 40 minit sahaja).
Untuk sos kastad:
  1. satukan gula, susu cair dan tepung kastad. Gaul secara rata.
  2. Kemudian, panaskan dengan api dapur yang kecil. Kacau dan kacau sekata.
  3. Jika terlalu pekat, tuangkan sedikit air dan kacau (sebab saya kurang minat sos yang terlalu pekat..=0)).
Selamat Mencuba!

    No comments:

    Post a Comment