Sunday, 29 July 2012

=NASI AYAM PENYET SEDAP

Ayam Penyet 
nak cuba Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap hasil tangan sendiri boleh lah cuba resepi ni

Resepi Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Untuk Ayam
  • 2 ekor ayam – setiap seekor potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit bersama setengah labu bawang putih dan seinci halia yang di tumbuk kasar. Masukkan sedikit garam agar ayam itu rasa lebih sedap. Toskan. Simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan masak nasi.
  • 1 sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 6 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 2 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 2 sudu besar Serbuk Kunyit
  • 6 ulas Bawang Putih
  • 2 cm Halia
  • Sedikit Air
  • 2 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.























  • Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

  1. Ayampenyet
    Untuk Ayam Penyet
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
  7. Sambal_ayam_penyet
    Untuk Sambal
  8. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  9. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  10. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  11. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  12. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  13. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  14. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  15. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
  16. Untuk Sup
  17. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  18. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
  19. Nasiayampenyet
    Untuk Nasi
  20. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  21. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  22. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  23. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.




RESEPI INDONESIA 2: 

RESEPI AYAM PENYET.


RESEPI AYAM PENYEK:
hidangan : 6 orang.
Jangan terkejut dengan resepi ini dengan perkataan “penyek” atau dalam bahasa kita, “Lenyek”. Ayam ini tak dilenyek atau dipenyek…hahaha!. Cuma namanya saja. Sebenarnya ayam ini lebih sesuai dibakar (grill) dalam ketuhar (oven) bersuhu tinggi 250 darjah celsius. Bagi mudah ia boleh juga digoreng di kuali leper tidak lekat (non-stickable pan) dengan kurangkan minyak atau lagi mudah boleh digoreng saja seperti ayam goreng biasa dengan menggunakan tepung beras. Masakan Ayam Penyek juga boleh digunakan dalam menu Nasi Ayam sekiranya ingin diperagamkan resepi Nasi Ayam. Nasi dan sup seperti biasa tetapi sos cili kita ubah menjadi sambal ayam penyet yang sangat lazat. Mamak Haji masukkan sekali resepi sambal ayam penyet ini untuk penggemar Nasi ayam. Kepada peniaga-peniaga nasi ayam boleh tambahkan resepi ini sebagai menu tambahan Dalam Jualan Nasi Ayam Hainan yang tersedia ada.
BAHAN-BAHAN:
  • 18 ketul daging ayam. Gunakan sebelah atas peha ayam atau isi yang tebal.  Kalau masak dan makan di rumah elok beli peha ayam penuh dan dibuang tulang seperti chicken chop. Bagi berniaga takat nak jual berharga dua atau tiga ringgit seketul, biarkan tulangnya. Ia nampak besar sedikit.
  • 9 sudu besar (tbsp) santan pekat.
  • 6  batang serai diketuk memanjang supaya masa gorengan ia akan terurai dan cantik dalam hidangan.
  • 6  helai daun salam atau bay leaf tempatan. Boleh dapati di pasar malam atau pasar tani. Daun yang terlebih, keringkan dan simpan. Boleh digunakan untuk masakan akan datang. Daun Salam dalam masakan akan mewangi lauk kepada rasa kemanisan.
  • 9 sudu besar serbuk ketumbar. serbuk ketumbar atau biji rempah boleh dibeli dikedai mamak, seringgit sudah perolehi banyak. Goreng kering dikuali sehingga keharumannya naik. biarkan dia sejuk dan kisar dalam pengisar kering (kecil) dan simpan serbuknya didalam bekas kedap udara. Kalau kita ada hobi masak, perlu ada serbuk-serbuk rempah yang buat sendiri seperti jintan manis, jintan putih, lada hitam, lada putih. Kalau disimpan dalam  bekas kedap udara boleh digunakan berbulan-bulan lamanya. Rempah-rempah ini adalah asli dan sangat wangi dalam masakan dari berbedza dengan serbuk rempah yang dibeli dalam bungkusan yang biasanya dicampur dengan tepung beras dan rempah yang sangat berkualiti rendah (dasar perniagaan kaut untung). Serbuk rempah yang dibeli itu biasanya perlu digoreng semasa masakan atau pun perlu masukan dalam minyak panas semasa tumis,  ini akan menyebabkan rempah ini mudah  hangus dan berasa pahit. Untuk elakan ini, sediakan rempah yang telah digoreng kering dan kisar dan masukkan terus dalam masakan masakan.
  • 3 sudu kecil (tsp) jintan putih. Ramai salah faham kenali jintan putih dan jintan manis. Jintan putih dalam bahasa Inggeris digelar “cummin seed”. Jintan Putih digelar “Fennel seed”. Gelaran jintan putih disebabkan ada “Jintan Hitam” atau disabdakan Nabi s.a.w ” ibu bagi segala ubat”, “Habastussauda”. Jintan Putih berbentuk halus dan Jintan manis gemok dan pendek. Jangan silap.
  • 3 sudu besar gula merah. Gula pasir jangan digunakan dalam gorengan ia akan jadi Karbon bila digoereng menjadi hitam disebabkan bahan kimia dalam proses menjadikan gula pasir.
BAHAN UNTUK PERENCAH (KISAR ATAU TUMBUK).
  • 15 ulas bawang putih  telah dikopek kulit.
  • 6 cili merah.
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci lengkuas saiz ibu jari dihiris.
  • 3 inci halia dihiris.
  • 9 biji buah keras dihancurkan.
Nota: Anda perhatikan bahan-bahan yang digunakan kebiasaannya untuk membakar ayam dalam oven gunakan minyak masak dalam perencah tetapi resepi Indonesia ini gunakan buah keras atau buah kemiri. Buah kemiri punyai kandungan minyak yang sangat harum. Dengan sebab inilah mamak haji terpikat dengan resepi-resepi Indonesia yang asli.
CARA-CARA MEMASAK:
1. masukkan semua bahan-bahan di atas  ia itu jintan putih, serbuk ketumbar yang telah disediakan, garam, santan, serai, gula merah bersama ketulan ayam peramkan sekurang-kurangnya 30 minit atau sebaiknya semalaman.
2. Sekiranya ingin gorengkan atau seperti grill di kuali pan, masukan minyak masak 1/4 dari paras ketulan ayam dengan api perlahan. Koyak-Koyakan daun salam dan taburkan diatas ketulan ayam. Hasil Grill yang baik ialah masa meletakan ketulan ayam itu menghadapakan permukaan tulang ayam permukaan bawah dan isinya Kulit) ke atas. Kuali perlu ditutup untuk wap memasak ketulan ayam. Bila agak masak, terbalikan ketulan ayam. Permukaan ayam yang  isinya berkulit itu perlu hangus kehitaman sedikit.  Permukaan ini hanya perlu masak sekali saja supaya kulit tidak melekat pada permukaan kuali dan tertanggal. Sekiranya anda rasa lambat cara ini , apabila kulit dan isi ayam mula bertukar keperangan, keluarkan ketulan ayam dari kuali dan masukkan dalam ketuhar (oven) yang telah dipanaskan 250 darjah celsius selama 10 – 15 minit.
3. Ayam penyet anda telah siap hidangkan bersama sambalnya.
RESEPI SAMBAL AYAM PENYEK:
BAHAN-BAHAN:
  • 15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
  • 10 bji cili padi. Kalau nak pedas tambah saja.
  • 10 biji bawang merah atau 3 bijji bawang labu, dihiris.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 3 biji tomoto bersais besar dibelah enam.
  • 1 inci belacan.
  • 1 gengam ikan bilis.
  • 3 sudu besar (tbsp) gula merah atau gula melaka.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak masak untuk goreng ikan bilis.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Panasakan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan. Dalam minyak yang sama goreng Belacan dan asingkan.
2. Masukkan Cili merah dan cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu, masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih. Goreng sehinnga layu.
3. masukkan tomato dan goreng sehingga layu.
4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan  sejuk dan mula kisarkan semua bahan-bahan tadi dengan separuh halus.
5. keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.


Friday, 27 July 2012

KERABU KACANG BOTOL


\
Bahan
20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
1 cawan kobis [hiriskan]
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar [hiriskan]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
garam
gula

Bahan Mesin
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara.
1. Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali. Kacau sehingga agak kering.
2. Tutup api.
3. Masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Kacau rata.
4. Hidangkan.

KERABU PERUT


\
 Bahan 
500 gm perut [rebus sehingga lembut dan hiris nipis kecil]
5 biji jus limau linpis
1 cawan taugeh [buangkan kakinya]
1 s/b sos ikan
garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiris 
1 labu bawang besar
2 kuntum bunga kantan
5 tangkai kacang panjang
1 biji cili merah

Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 ulas bawang merah

Cara 
1. Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya.
2. Hidangkan ngan nasi putih. 

ACAR RAMPAI


\
 Bahan
1 batang timun
1 batang carrot
2 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1/2 cawan cuka tiruan
1 s/b gula
1 s/b biji sawi
garam
kunyit
1 s/k kapur [dibancuh ngan 1 liter air]

Bahan tumis [mayang]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
minyak

Cara
1. Semua sayur dipotong kecil dan panjang.
2. Rendamkan dlam air kapur [supaya rangup].
3. Toskan sayuran supaya kering
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan biji sawi sehingga layu.
5. Masukkan cuka tiruan, garam, serbuk kunyit dan gula.
6. Bila mendideh masukkan sayuran dan kacau rata.
7. Bila nampak pekat boleh angkat dan hidangkan
.

KERABU PUCUK PAKU


\
Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

NOTA:
Taugeh tidak perlu direbus/celur supaya mendapatkan kerangupan sayur itu.

KERABU SAYURAN

\
 Bahan
10 tangkai kacang botol ]
2 kuntum bunga kantan ]
3 tangkai daun kesum ] hiris/mayang halus
10 pokok daun selom ]
5 tangkai cili merah ]
1 labu bawang besar ]
1 cawan taugeh
1/2 cawan kelapa [goreng ]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isinya]
garam
gula

Bahan Sambal
5 tangkai cil merah ]
5 tangkai cili api ] tumbuk halus
sedikit belacan ]
5 biji limau kasturi [ambil jus]

Cara
1. Gaulkan semua bahan sambal dengan kelapa, isi ikan, garam dan gula.
2. Masukkan sayuran s dan kacau supaya semua rata.
3. Rasakan masam dan masinnya.
4. Hidangkan.

SAYUR BENDI MASAK TAUCU


\
Bahan
300 gm bendi [kecil - besar jari telunjuk]
2 sudu besar minyak
3 ulas bawang putih [mayang]
6 ulas bawang merah [mayang]
2 cm halia [mayang]
3 biji lada merah [mayang]
2 biji lada hijau [mayang]
1 labu bawang besar [mayang]
2 biji tomato [belah4]
1/2 cawan taucu manis
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
Secubit gula

Cara:
1. Basuh bendi dan potong kedua hujung.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang. Biarkan sehingga wangi.
3. Masukkan taucu, air asam jawa, tomato & gula. Biarkan mendideh dan masukkan bendir.
4. Biarkan mendideh sekali lagi dan tutup api.
5. Hidangkan dengan nasi putih dan ikan goreng.

Wednesday, 25 July 2012

DAGING MASAK MASALLA




.
Bahan-bahanya
3 KG daging tanpa tulang
10 sudu kecil rempah garam masala
7 biji bawang besar (3 blend and 4 dadu besar-besar)
21 ulas bawang putih
5 inci halia
5 sudu kecil jintan manis
6 sudu besar serbuk rempah kari
10 sudu besar serbuk rempah korma
3 cawan santan pekat


1 cawan air
15 tangkai cili kering
3 batang kulit kayu manis+6 kuntum bunga lawang
6 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap pekat

Monday, 9 July 2012

CUCUR PENERAM



DSC_6892
Bahan-bahan ( kalau buat kecil2 dapat 400 biji )
Bahan A
1 kilo tepung beras (cap gajah)
50 gm @ segenggam tepung gandum
Bahan B
800 gm gula merah
Air
Langkah Pertama (Bahan B)
Cara-cara cara masak air gula: masukkan gula merah dalam periuk dan
letakkan air sama paras dgn gula tadi.masak hingga mendidih dan agak
pekat sedikit. Angkat dan tapis air gula tadi.
Langkah Kedua (Bahan A + B)
campurkan tepung beras dan tepung gandum dlm satu bekas.curahkan air
gula yg masih panas sambil di kacau dgn sudip.Jgn curah sekali
gus,curah sedikit2 sambil dikacau hingga rata.
adunan tadi perlu diperap semalaman
Langkah Ketiga
4 @ 5 jam check adunan..adunan akan keras sedikit,cuma tambahkan 1/2 @
1 cwn air panas dan uli hingga lembut. perap semula.
Langkah Keempat - cara menggoreng
ambil adunan sebesar guli dan letakkan atas sekeping
plastik,leperkan sedikit.guna lidi atau chopstik utk bulatkan di bhgn
tengahnya.  angkat dan goreng dgn api perlahan. (minyak dipanaskan terlebih dahulu, kemudian api diperlahan)

semasa menggoreng kuih ini akan kembang sedikit dan timbul di
permukaaan minyak.setelah masak angkat dan toskan minyak.
sesuai di hidang utk seisi keluarga dan pada hari raya.

BERGEDIL AYAM SEDAP


Assalamualaikum dan bersua kembali... Nie nak kongsikan resipi Bergedil Ayam yang Diana ambil dari resipi Bergedil Daging yang sesangat sedap tu... Memang sedap sangat .. Sebenarnya memang dah lama tergoda oleh bergedil daging nie.. Tapi nak makan ngan soto ... Diana nie bab buat soto memang kurang minat sebenarnya.. Heeheee :D.. Nak makan macam nie jer pun sedap... Irfan suka makan cicah sos.. sedap katanya.. Ermm.. Dah ramai dah buat Bergedil Daging nie kan... Terima kasih kepada empunya resipi kerana berkongsi resipi yang sedap nie.. Dan kat Mas  juga kerana mengetengahkan resipi nie... Izinkan Diana kongsikannya d sini pula yer..



Semalam kita minta ler jiran tolong buatkan soto.. Kita beli barang jer.. Heeheee... Alhamdulillah dapat juga makan semalam.. Dia buat Soto Makasar.. Sedap... Nie Diana nak keluar jap.. Jadi Diana tinggalkan dapur nie dengan resipi Bergedil Ayam nie yer.. Jumpa lagi nanti tau.. ;)


~ Bergedil Daging / Ayam...

:: Resipi oleh ~ DianaA @ My Resipi ( TQ )
:: Sumber dari ~ Mas @ Duniaku ( TQ )

Bhn²  ( 30 biji bergedil )
1 kilo kentang - dikupas kulitnya dan dipotong bulat - Mas potong dadu sederhana besar
300 gram daging cincang _ ( Diana guna ayam )
2 biji telur, asingkan kuning dan putih
3/4 cawan bawang goreng
Secekak daun sup -  dicincang
2 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk lada putih
Sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah _ ( Diana pun bubuh )
Garam secukup rasa

Cara²
  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat. Mas lenyek dengan garfu masa kentang masih panas².
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.
  5. Apabila bergedil garing, angkat dan toskan...sedap dimakan dengan soto atau dicicah ngan sos..makan gitu jerk pun sedappp...

::  Semalam makan dengan Soto Makasar.. Resipi Soto Makasar memang tak dapat ler Diana letak .. Heehee.. Jiran yang tolong masakkan.. :D .Terima kasih kat dia.. :)  ::





RESEPI BEGEDIL AYAM

Posted by: Mohammad Roslan on: November 19, 2009
 
 
 
 
 
 
1 Votes

BEGEDIL AYAM
Begedil Ayam atau ” Chicken Cutlet ” adalah makanan ringan yang amat sedap dimakan bersama dengan sebarang menu utama. Di Johor Bahru mamak pernah dihidangkan begedil daging bersama dengan soto. Maka mamak rasa begedil ini boleh juga dimakan bersama hidangan mee . Walau pun begedil ini disediakan berbagai cara; mamak pilih ayam kerana daging ayam adalah putih dan ia boleh dikategorikan makanan sihat. Begedil adalah masakan yang paling mudah disediakan, kos dan bahan masakan yang paling minima, dan sedap untuk dimakan. Pengusaha Kantin dan Restoren boleh mencuba resepi ini sebagai menu sampingan tambahan kepada resipi-resipi harian yang sedia ada.
Bahan-bahan.
1.   Daging Ayam 1/2 kg. (3 ketul bahagian dada yang standard). Dibersihkan.
2.  3 bji kentang sederhana besar.
3.  1 biji bawang besar dicincang.
4.  2 batang daun sup dicincang.
5.  3 cili hijau atau cili merah dipotong halus.
6.  1″  halia dicincang.
7.  1/2 sudu garam.
8.  1/2 sudu kecil sebuk jintan manis.
9.  1/2 sudu kecil serbuk lada putih.
10. 2 biji telur dipukul rata untuk digoreng.
11. 1/2 sudu kecil garam.
12. Minyak untuk goreng.
13. Dua biji telur dipukul rata.
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ketulan ayam dan rebus. Setelah isi daging ayam cukup masak, keluarkan dan carikan isi ayam. Tulang daging ayam perlu dihindarkan.
2. Bersihkan ubi kentang dan rebus sehingga lembut. Sebelum keluarkanubi kentang yang sedang rebus; periksa ubi kentang yag sedang masak itu dengan mencucuk lidi satay atau pun dengan garpu. Sekiranya ubi kentang telah cukup masak,  lidi akan menembus dengan senang. Hindarkan ubi kentang itu masak terlalu lama. Keluarkan ubi dan toskan supaya air berlebihan tidak diperangkap dalam ubi itu. Air ini akan menyebabkan hasil begedil anda akan terlalu lembik dan penyek. (ada juga cara mengelakan begedil lembik , ubi kentang ini dipotong kiub kecil dan digoreng dengan minyak. Kaedah ini mamak tak galakan kerana kegunaan minyak dalam masakan perlu dikurangkan untuk kesihatan).
3. Kupaskan kulit ubi kentang ini dan lenyekan. Adalah syorkan lakukan lenyekan ubi kentang ini semasa ia masih panas lagi untuk mengelak dari  penyerapan wap air udara (moisture traping).
4. Masukan daun sup, bawang, cili hijau, isi ayam yang telah dicarik, lada putih, Jintan putih dan garam.
5. Gaulkan sehingga sebati bahan-bahan tadi dan bulatkan dengan saiz yang anda memerlukan.
6. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Minyak perlu lepasi paras ketebalan begedil. Untuk goreng begedil perlu diingat minyak perlu panas. Jika tidak begedil anda akan bertaburan  dalam kuali. Tentukan kepanasan minyak dengan masuk dua tiga titik telur yang dipukul yang disediakan.
7. Setelah minyak panas, leperkan sedikit bebola begedil, celurkan dalam  telur dan masukkan terus dalam kuali. Jangan masukan terlalu banyak begedil untuk digoreng  dalam satu masa kerana ia akan menurunkan suhu panas minyak. Untuk pengunjung yang kurang mahir dan ingin cuba pertama sekali goreng satu persatu. Apabila dimasukan begedil kecilkan api dapur supaya begedil anda tidak hangus. Ingat! Kita bukan masak begedil ini tetapi cuma salutan telur yang perlu masak bukan isinya.  Terbalikan sedang goreng itu dengan cermat apabila begedil itu telah mula bertukar warna.  Apabila begedil anda bertukar warna kepada kuning keemasan di dua-dua belah bolehlah begedil itu dikeluarkan dari kuali dan letakan diatas tuala kertas  dapur (kitchen towel) untuk menyerap minyak yang berlebihan. Hidangkan.



Sunday, 8 July 2012

NASI DAGING BEST






Bahan-bahan :

-1 kilo daging (pilih yang ada urat dan lemak sikit-sikit lagi sedap terutamanya bila kita cicah
   dengan air asam.
-1 kilo beras basmathi (direndam terlebih dahulu dan air sukatannya sama dengan sukatan
   air daging. Boleh juga guna beras biasa)
-1 tin susu cair
-1/2 cawan minyak masak
-3 s/b minyak sapi/butter/margerin
-1 tin tomato sup Kimball
-6 s/b rempah serbuk kurma ( 4 sudu  besar untuk tumis nasi dan 2 sudu besar untuk tumis daging)
-1 sudu kecil rempah sajira (optional, ada dijual dikedai rempah India)
-4 s/b serbuk rempah nasi daging buatan sendiri
-sedikit kismis hitam dan bawang goreng untuk taburan
-daun ketumbar yang dihiris halus untuk ditabur atas nasi dan yang dipotong kasar untuk
  dimasukkan kedalam nasi
-buah kurma yang dipotong memanjang sebagai hiasan.


Bahan tumis :-

4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
3 helai daun pandan atau daun bay (bay leav
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – ditumbuk lumat (kalau dikisar, hasilnya kurang sedap)
3 ulas bawang putih – dimayang nipis
8 ulas bawang merah - dimayang nipis ( 5 ulas untuk tumis dalam nasi dan 3 ulas untuk tumis dalam daging)
1 inci halia – ditumbuk halus atau dicincang hingga halus
** Daging yang telah betul-betul lembut (jangan sampai relai pula) dipotong dadu bersaiz
      1.5 inci. Tumis 3 ulas bawang merah dan masukkan 2 sudu besar serbuk kurma. Bila
       garing, masukkan daging yang telah didadu. Kacau daging hingga sebati dengan rempah.
       Taburkan sedikit garam. Tujuannya adalah untuk beri rasa yang lebih sedap pada daging.

Cara :

1. Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi/butter/marjerin
2. Tumis 4 sekawan , bawang putih, bawang merah dan halia. Bila dah harum, masukkan daun ketumbar dan daun pandan. Tumis dalam hingga agak layu daun-daun itu.
3. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis hingga agak garing.
4. Masukkan rempah serbuk kurma dan rempah homemade yang dibancuh dgn sedikit air…kacau biar wangi
5. Masukkan air rebusan daging yg telah disukat, tomato puree.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata. Bila nasi hampir masak baru masukkan daging dan kismis. Dengan ini, rasa rempah yang sebati dengan daging tidak hilang kenasi dan juga untuk mengelak daging itu relai. Kismis akan kembang dan tidak hancur.
8. Apabila nasi sudah masak, gemburkan nasi. Bila hidang, pastikan daging-daging itu diletak bahagian ats nasi agar senang untuk dicicah dengan air asam waktu makan.
Hias nasi dengan bawang goreng (buatan sendiri lebih sedap dan sihat), kurma dan daun ketumbar.

HOMEMADE REMPAH NASI DAGING:


Bahan-bahan
    2.5 sudu besar biji ketumbar
    1.5 sudu besar lada hitam
    1.5  sudu besar jintan manis
    1 sudu kecil jintan putih
    1 batang kulit kayu manis
    3 kuntum bunga lawang,
    6 kuntum bunga cengkih
    7 biji buah pelaga
    1 sudu besar halba
     5 biji lada kering (tak payah buang biji)
    3-4  biji buah keras-ditumbuk kasar
    2-3 biji badam-ditumbuk kasar

Semua bahan-bahan ini digoreng tanpa minyak dengan api yang perlahan. Jangan sampai hangus sebab akan menyebabkan rempah rasa pahit. Goreng hingga  biji ketumbar rapuh bila dipicit dengan tangan. Blend kering ketika masih panas dengan sedikit garam. Proses ini akan mempercepatkan rempah hancur halus. Lebihan rempah disimpan dalam bekas kedap udara untuk diguna kemudian hari.



Saturday, 7 July 2012

TOMYAM ASLI THAI

Dsc00277

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • ***PERENCAH TOMYAM***
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili kering
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu udang kering
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan (dibakar)
  • air asam jawa, gula & garam
  • ***SUP TOMYAM***
  • 1/4 ekor ayam
  • 5 ekor udang
  • 2 ekor sotong
  • 1 biji bawang besar (potong enam)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 batang lobak merah, bunga kobis dan sebagainya
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato (potong empat)
  • 1 sudu besar perencah tomyam buatan sendiri
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 3 sudu susu cair / susu sejat
  • cili padi
  • garam
  • daun ketumbar

Cara-cara

  1. Mula-mula sediakan perencah tomyam. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga menjadi pes. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nk guna boleh ambik..
  2. Untuk tomyam, rebus ayam beberapa minit bersama air. Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas. Kemudian masukkan sotong, udang, sayur-sayuran seperti lobak merah, bunga kobis, tomato dan sebagainya.
  3. Masukkan pes tomyam, sos ikan, perahan limau nipis dan sedikit garam.
  4. Padamkan api. Masukkan susu cair dan daun ketumbar.
  5. Tomyam sedia dihidang.


Thursday, 5 July 2012

TEMPURA SAUCE






TEMPURA RECIPE:

1 cup rice flour or all-purpose
1/4 cup cornstarch or tapioca
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
3/4 cup -1 cold water


TEMPURA SAUCE:

1  tsp ginger (minced)
2 to 3 tbsp soy sauce
2   tbsp sugar
2  tbs[ venigar
1/4  cup coconut milk


~sotong goreng tempura~


sedapnya sotong goreng nie,rangup sgt..
tempura nie boleh buat goreng macam-macam,seafood boleh sayur-sayuran pon boleh.nak buat tepung tempura nie senang jer

resepi:sotong goreng tempura

bahan-bahan
  • 500g sotong-dipotong ikut size yg anda suka
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan air sejuk
  • 1/8 sudu teh baking soda
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan tepung beras
  • minyak untukmengoreng
cara-cara

  1. panaskan minyak
  2. pukul kuning telur
  3. masukkan air sejuk tadi ke dalam kuning telur
  4. masukkan bancuhan telur ke dalam campuran tepung
  5. masukkan sotong gaul rata
  6. sedia untuk digoreng

Wednesday, 4 July 2012

MY SECRET SALSA REVEALED






HOW TO MAKE GREEN SAUCE





26 THINGS TO DO WITH HOT SAUCE


Serious Heat: 25 Things To Do with Hot Sauce




20100106-hotsauces.jpg
To say we're obsessed with hot sauce at Chile Pepper magazine is putting it mildly. However, it's around this time of year when we gather an insane amount of sauces for our March feature, the "Hot Sauce issue," and become absolutely giddy over the stuff (which could just be from the high of sipping so many).
For weeks our lives revolve around creatively tasting and testing the variety. A little dash here, a mega dash there. We've done so much with them. Here's a quick list of 25 things we've found to do with hot sauce.

Bonus: Hot Sauce Giveaway

If you tell us your favorite way to use hot sauce in the comments, you'll automatically be entered to win a sampling of our favorite hot sauces. *
* The winner will be chosen at random. The contest will end and comments will close before next week's Serious Heat on Wednesday, January 13, 2010. One entry per community member. The standard Serious Eats contest rules apply.

Mmm, Spicy Time

1. Create a wicked wing sauce.
2. Fold into scrambled eggs.
3. Add a perk to your hollandaise.
4. Flavor your tartar sauce.
5. Put a dash of heat/smokiness into ribs.
6. Whisk into a vinaigrette for a salad, or alongside ketchup and mayo for a thousand island dressing.
7. Add a bit of bang to your burger.
8. Put a few drops into birdseed to keep out squirrels.
9. Swirl into soups (tortilla soup, black bean, chili, hot and sour soup)—great during cold season to ease congestion.
10. Add to ground pork to make your own breakfast sausage patties.
11. Train your dog against eating from the table (mild heat, of course).
12. Create a spicy mayonnaise as a dipping sauce or spread.
13. Make a Mexican hot chocolate to warm up with.
14. Liven up your cocktail sauce.
15. Melt with butter and douse over your movie popcorn--yum!
16. Pat on nails to kick a nail biting habit.
17. Melt in with cheese or chocolate for a sinfully hot fondue.
18. Dollop on raw oysters for fresh-out-of-the-sea heat.
19. Stir into shepherd's pie for a contemporary burn to an old classic.
20. Add to chutney for a little pep to the sweetness.
21.Take inspiration from Food Dude Kevin Roberts and just chug a bottle.
22. Caramelize onions, mix with hot sauce; top a burger.
23. Stir into mustard, pile onto a hot dog or use as a dip for pigs in a blanket.
24. Have a little extra pulled pork? Add a hefty dose of hot sauce; pile into a tortilla for a pulled pork taco.
25. Combine a few drops with simple syrup, then toss with a fruit salad.

HOT SAUCE (SALSA)







Can You Make Hot Sauce at Home?

How to take 60 arbol chiles and make hot sauce.
pc hotsauce 17
Can you make hot sauce at home that's better than stuff from the store? For years I've considered hot sauce to be something you just had to buy in those little glass bottles. I have a half-dozen of them to prove it. Open up my fridge door, and they clank around for a good 15 seconds, announcing that they are ready to be used. And you know what? I like them all. Franks, Tabasco, El Yucateco, Louisiana-Style, Texas Pete, and Sriracha: they are all good.  I'll be perfectly honest in saying I didn't have some large hot sauce hole in my life that needed to be filled.
Alas, I can't go back now to those simpler days. Like many of my food awakenings, I have Rick Bayless to blame. For the second year in a row I hosted a New Year's Eve celebration, where I made a big batch of carnitas. I knew I wanted salsa out on the table for snacks, and at the last second I decided to whip up some homemade hot sauce, figuring it would be a nice touch. I consulted Rick Bayless's Authentic Mexican because I already had the book out and the recipe looked simple.
I mindlessly whipped it up, kind of forgetting to taste it as I was going along. It was relatively easy to make, but I didn't grasp it's full power until later in the night when I noticed that people had stopped eating the salsa, and were instead drizzling straight hot sauce onto chips. They were fiends, I worried they were going to drink it straight from the bottle. You know, it was late, and I'll not lie, we had been drinking. But there is no doubting the power of this hot sauce. It is magic.
pc hotsauce 18
Let me count the ways.

It's cheap, especially if you live close to Mexican market. It's made with a bunch of pantry items like spices, nuts, chiles, and cider vinegar.

It's quick. As in, maybe 30 minutes of work for a whole bottle.

It lasts forever. With a lid on in the fridge, it will last for a long, long time, thus claims Bayless.

It makes just about everything taste better. Tacos, eggs, salsa, guacamole, sauces, etc...
pc hotsauce 10
How can it do this? It's very spicy. This is no watered down version of Tabasco. But it has way more depth than you'd expect from a hot sauce. This comes from the use of both sesame and pumpkin seeds, which both help to soften the blow of the over 50 arbol chiles, while also adding a nice creamy texture.

It's also way more fragrant and haunting than it should be. That's thanks to healthy pinch of cumin, allspice, cloves, and oregano.

This has really changed how I think about hot sauce. I've always kind of considered hot sauce to be cheating. Sure, it delivers a cheap thrill, but there is always that sinking feeling of knowing that if the food had been properly seasoned and spiced in the first place, one wouldn't need the hot sauce. Perhaps I'm prejudiced. Or perhaps I just have visions of college where friends used douse every single thing they could find, no matter if it were tacos or chicken pot pie, in Frank's Red Hot Sauce. I realize, this was a self defense mechanism, usually because the dreck we were served was so bland and boring it needed at least some kind of flavor to get down.

But this is that rare hot sauce that can save bland dishes, while also enchancing properly made ones. This isn't your normal hot sauce. Rick Bayless knows this. "It's the closest you'll get to Tabasco sauce--and it is a lot better." He's right.

Chile de Arbol Hot Sauce (Salsa Picante de Chile de Arbol)

pc hotsauce 0
  • 1 1/2 ounces dried chiles de arbol (about 50 to 60)
  • 1 1/2 tablespoons sesame seeds
  • 2 tablespons shelled pumpkin seeds
  • 1/4 teaspoon cumin seeds
  • 4 large allspice berries
  • 2 cloves
  • 1 teaspoon dried oregano
  • 1 scant teaspoon salt
  • 2 large garlic cloves, peeled and chopped
  • 3/4 cup cider vinegar
pc hotsauce 2
Remove the stems of the chiles, roll them gently between your fingers, and then shake out as many of the seeds inside as possible. You won't get everyone, but you can come close. Add the chiles to a blender and discard the seeds.
pc hotsauce 6
Place a large skillet over medium-low heat. Add the sesame seeds and let cook for a few minutes, stirring occasionally, until they are lightly browned. When done, transfer them to the blender. Then add the pumpkin seeds. Cook until they begin to pop, stirring occasionally. This should also take a few minutes. Likewise, transfer these to the blender.
pc hotsauce 7
Grind the cumin, allspice, and cloves in a mortar or spice grinder. Add these to the blender along with the oregano, salt, garlic, and vinegar.
pc hotsauce 11
Turn blender on and let process for a few minutes.
pc hotsauce 12
It'll turn dark orange, and should be relatively smooth.
pc hotsauce 13
Strain the sauce through a fine sieve. Discard the chile skins and any bits of seeds.
pc hotsauce 15
Mix in 3/4 cup water, and transfer to a container. Stash for at least 24 hours before using. It will keep in the fridge for a long time.
pc hotsauce 18

TEMPURA

Semangat giler hiris nipis terung. Hari yang cuba masak tempura, hanya guna terung n labu. Sebab lupa beli udang. Tapi it doesn't matter, labu pun labu lah. Bersam terung sahaja pun sedap!
Hasil air tanganku. Taste at home!
Walau tidak sehebat rasa dan rupa yang ada kat Akihabara, tapi the taste still sedap! Both of us really enjoy it! Sharing recipe, saya guna resipi yang Kak Hana tulis kat blog beliau. TQVM for the excellent recipe, kakak. Izinkan saya copy & paste the recipe kat sini. Eventhough Kak Hana guna udang, but the recipe still valid for making pumpkin as well as eggplant tempura. Basic still the same.

RESEPI TEMPURA
Original recipe: Kak Hana

~Recipe copy and paste from kak Hana~

Bahan-bahan
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan air sejuk + ketulan ais
  • 1 cawan tepung gandum
  • garam
  • serbuk lada sulah
  • sedikit tepung katakuriko - klu xde leh ltk tpg gandum or tpg jagung. tak ltk pong xpe
  • Udang
  • Sayur2an - labu, asparagus, keledek, terung, bendi dll
Cara-cara
  • Udang dikupas kulit. Potong tak putus bahagian bawah udang dan tarik urat hitam menggunakan pencungkil gigi. Lapkan dengan kitchen towel. Taburkan garam,serbuk lada sulah dan tepung katakuriko. Gaul. Ketepikan. Utk sayur2an, potong ikut suka.
  • Mangkuk lain, pukul telur. Masukkan air sejuk (pastikan btol2 sejuk! utk menghasilkan tempura yg rangup dan tak meresap minyak! Masukkan ice kiub seketul dua skali) . Buh garam sedikit. Masukkan setengah cawan tepung gandum. Kacau menggunakan garfu atau chopstick. Tuang baki tepung dan jangan over mix. Biarkan nmpk berketul2 aka tk sebati. Lihat contoh batter di sini.
  • Panaskan minyak. Pastikan minyak btol2 panas. Celupkan udang dan sayur2an ke dalam tepung dan goreng hingga kekuning2an. Angkat dan toskan.
  • Hidangkan dengan nasi dan juga tentsyouyu.



    http://www.videojug.com/film/how-to-make-vegetable-tempura


PUDING ROTI SOS KASTARD



PUDING ROTI SOS KASTAD

Sumber :  MyResepi
Sumber : Azita Zain

Bahan-bahan Puding Roti :
  • 6 keping roti slice
  • 2 sudu besar marjerin / mentega - dicairkan
  • 4 biji telur Gred B
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 475ml susu segar
  • Segenggam kismis 

Cara-cara :
  1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
  2. Curahkan marjerin / mentega cair ke atas roti tersebut.
  3. Taburkan pula kismis di atasnya.
  4. Dalam mangkuk lain, pukul telur sedikit. Masukkan gula, esen dan susu segar. Kacau rata.
  5. Tapiskan adunan ke dalam loyang yang mengandungi roti tadi. Tekan roti supaya tenggelam ke dalam adunan susu / telur tadi.
  6. Panaskan ketuhar pada 170C selama 10 minit. Masukkan loyang dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan dan sejukkan sebelum disejukkan di dalam petiais.

Puding roti sos kastard

Img_0051


Bahan-bahan ( 1 happy family )

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
  • Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala *(optional)
  • Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang. 



uding Roti Sos Kastard

Selamat mengundi untuk mereka di Bumi Sarawak! =0).
Mari, jamu puding roti sambil menunggu keputusan undian...

 By: Mrs.Nurulazmi
Source: http://penjankayu.blogspot.com/

BAHAN-BAHAN:
Bahan A (untuk puding)
  • Roti secukupnya (saya guna roti untuk buat mini roti John/roti hotdog)
  • 400 ml susu cair
  • 15 gram kismis hitam atau kuning
  • 3 biji telur
  • 4 sudu makan gula (saya kisar gula tersebut hingga halus)
  • 3 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan tepung kastard.
Bahan B (untuk sos kastad)
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar gula (saya kisar gula tersebut)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • Air secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Sapukan sedikit mentega pada loyang pembakar.
  2. Kemudian, susun roti di dalam loyang (Sebelum menyusun roti di dalam loyang, saya potong kemas memanjang dan sapukan sedikit mentega di setiap permukaan roti tersebut).
  3. Setelah selesai menyusun roti untuk lapisan pertama, taburkan kismis kemudian tutup dengan roti kembali iaitu membentuk lapisan seterusnya. Lakukan secara bertindan satu demi satu sehingga menjadi berlapis (jangan lupa taburkan kismis untuk setiap lapisan dan sapukan sedikit mentega pada permukaan roti).
  4. Seterusnya, dalam bekas berasingan satukan susu cair, tepung kastad, mentega, telur dan gula di dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kembang. (Teknik saya- jika masih terdapat mentega yang berketul-ketul dan belum sekata, saya kisarkan bahan- bahan tersebut hingga nampak tekstur halus).
  5. Setelah itu, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang pembakar berisi roti. Bakar hingga masak (Oven saya cepat panas, jadi saya hanya membakar selama 40 minit sahaja).
Untuk sos kastad:
  1. satukan gula, susu cair dan tepung kastad. Gaul secara rata.
  2. Kemudian, panaskan dengan api dapur yang kecil. Kacau dan kacau sekata.
  3. Jika terlalu pekat, tuangkan sedikit air dan kacau (sebab saya kurang minat sos yang terlalu pekat..=0)).
Selamat Mencuba!