Bahan2
2 sudu besar asam jawa ~ larutkan dlm sikit/secukupnya air (untuk rendam ikan yu)
secekak daun kesum
1 ½ cawan santan pekat
2 ½ cawan air (atau gunakan 4 cawan santan sederhana pekat)
1 sudu besar asam jawa ~ larutkan dlm ½ cawan air di atas ambil jus
3 sudu besar rempah kari ikan ~ campur sikit air jadikan pes
beberapa biji bendi (ikut suka nak letak sayur apa)
minyak untuk menumis
Garam & aji secukup rasa
Bahan kisar
1 cm halia
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2~3 biji cili kering (rendam air panas) /1 sudu besar cili kering kisar
Bahan tumis
1 sudu kecil halba campur
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1 cm halia dimayang
Cara menyediakan
1. Ikan yu dibersihkan & rendam dengan air asam jawa selama 15 - 20 minit. Cuci bersih & tos.
2. Dalam periuk panaskan minyak masak lalu tumiskan halba campur hingga wangi. Terus masukkan bahan2 tumisan yg lain. Bila bawang2 dah agak layu, masukkan bahan2 kisar. Tumis lagi hingga wangi & terbit minyak. Masukkan pes kari & kacau rata.
3. Bila bahan dah cukup masak/terbit minyak.. masukkan santan & air. Biarkan ia mendidih sambil sentiasa dikacau. Masukkan ikan, air asam jawa, garam & perasa. Masak dengan pi sederhana hingga nampak pecah minyak sambil sentiasa dikacau. (kacau pelan2). Masukkan daun kesum & kacang bendi. Bila bendi nampak lembut & kuah secukup rasa bolehlah padamkan api & dihidang.
No comments:
Post a Comment