Friday, 21 June 2013

DURIAN CREEP

Bahan-bahan dadar

100 gm tepung gandum. 
1/4 sudu teh garam.
3 biji telur dipukul ringan. 
250ml susu cair. 
1 sudu besar mentega cair. 
beberapa titik pewarna kuning/hijau.


Inti kastard durian
250ml susu cair. 
2 sudu besar tepung jagung. 
2 sudu besar gula pasir.
 1/4 sudu teh garam. 
1 kuning telur. 
150 isi durian.  

cara-cara
1. Satukan bahan dadar dan whisk hingga rata, kemudian tapis. Nieza masukkan semua dalam blender supaya tidak berketul.
2. Panaskan kuala non stick kecil tanpa perlu meleserkannya dgn minyak, ambil satu senduk adunan dan buat dadar yg nipis. pastikan setiap kali menuang adunan, kuali di angkat dari dapur supaya tidak hangus.
3. Biarkan bahagian bawah masak, kemudian terus angkat dan terbalikan dengan permukaan yg licin berada di bawah. buat hingga habis.
4. Letak 2 sudu kecil inti di tengah dan lipat seperti membuat lepat dengan permukaan yang licin di bahagian luar. 

Bahan inti 
1. Larutkan tepung jagung dan susu segar hingga rata. kemudian satukan dengan bahan2 yg lain di dalam periuk dan masak hingga inti menjadi kental. sejukkan dahulu sebelum di isi di dalam dadar. 




    RECIPE 2


    aiiii... tak habis-habis lagi ke.. demam crepe durian ni..
    Sedap sangat ke??
    Tentang sedap atau idak tu.. teman tak boleh lah nak khabor..
    Kena la deme tanye dengan meka-meka yang pakat-pakat suke bebenor tu..


    Sekarang ni dah musim durian barangkali..
    Sana sini dah nampak banyak orang jual durian tepi jalan..
    Kat Kip Mart pun dah berlambak-lambak dah durian.. pilih aje le.. mana yang berkenan dan Bergantung juga pada kantung poket masing-masing..

    Penangan durian ni cukup hebat..
    Kadang-kadang, kerana pokok durian yang sebatang pun boleh bergaduh adik-beradik..
    Ita selalu terfikir.. sedap sangat ke durian ni..?
    Pelik jugak bila tengok orang berebut-rebut beli durian, sampai ada yang bergaduh-gaduh kerana dusun durian.. alahaii..


    Kemarin, ita buat lagi durian crepe ni atas permintaan seseorang..
    Amirul bagi tau ita , ada seorang teman FB ita dan juga isteri kepada rakan suami ita  dan Amirul, mengidam sangat nak makan durian crepe yang ita buat..
    Dulu ita pernah bagi durian crepe ni untuk di rasa oleh suaminya..
    Entah apalah yang suaminya ceritakan pada isterinya.. teruslah isterinya mengidam sangat nak makan durian crepe ni dan meminta Amirul pujuk ita untuk buatkan untuknya..
    kata Amirul " sebijik pun jadilah mak.. kesian kakak tu.. dia mengandung.. dan nak sangat makan durian crepe yang mak buat.."

    Ita pulak memang jenis tak sampai hati.. lebih-lebih lagi bila mendengarkan yang rakan tu.. mengidam..
    Ita pun suruhlah suami ita pergi cari durian.. Alhamdulillah.. kebetulan sekarang dah musim durian, jadi taklah susah sangat nak dapatkan durian..


    Ita buat lebih sikit, sebab adik ipar ita pun dah lama nak merasa durian crepe ni. Jadi ita buatlah banyak sikit dapatlah bagi kat jiran-jiran , isteri kawan Amirul, adik ipar ita dan juga anak-anak ita Amirul dan Azrul yang belum pernah lagi merasa.

    Kali ni ita buat lain sikit..
    Hasil kombinasi pelbagai jenis tepung yang menjadi kesukaan ramai..
    Intinya pula ita gunakan teknik.. kukus.. grill.. pangang.. kukussss.. hihi lawak aje..
    Intinya ita buat 2, satu ita gunakan whipping cream sahaja bersama isi durian..
    yang lagi satu ita gunakan krim kastard filling yang kata anak-anak lebih wallahhh!! macam makan ice cream pulak!!

    Nak tau resepinya..
    Sediakan pen dan kertas..
    Kita salin resepi dahulu.. sediakan bahan-bahannya dan mula lah mengcrepe!! yok!! 


    DURIAN CREPE WITH CREAM CUSTARD FILLING

    CREPE

    40 gm tepung gandum
    40 gm tepung ubi
    20 gm tepung jagung
    20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
    1 biji telur saiz A
    1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
    130 ml susu segar
    50 ml air ~ bergantung kepekatan
    Secubit garam
    1 sudu besar gula halus
    Pewarna kuning
    Perasa durian / durian paste 

    Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
    Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
    Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
    Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
    Kemudian di tapis

    Sediakan pan untuk membuat crepe
    Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
    Kemudian perlahankan api ke sederhana
    Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
    Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
    Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
    Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
    Tak perlu di balikkan
    Buat sehingga habis
    Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
    Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
    Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

    Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.


    CREAM CUSTARD FILLING

    1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
    1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
    1/2 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 2 sudu besar
    4 biji kuning telur
    3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
    30 gm butter
    1 sudu teh esen vanilla
    Secubit garam
    Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

    Ayakkan tepung terlebih dahulu
    Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
    Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.  
    Kacau hingga adunan sebati
    Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla 
    Kacau rata
    Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
    Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
    Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
    Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
    Biarkan ia sejuk
    Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

    Adunan ni dapat agak banyak.
    Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
    Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

    Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
    Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
    Kaup balik hingga adunan sebati
    Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental. 


    CARA PENYEDIAAN

    Kepingan crepe ~ secukupnya
    Krim Kastard ~ secukupnya
    Isi durian ~ secukupnya

    Letakkan sekeping crepe
    Letakkan krim kastard di atasnya
    Kemudian letakkan isi durian
    Tutup kembali denga krim kastard
    Lipat seperti kita melipat sampul surat
    Buat sehingga habis
    Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin 











    No comments:

    Post a Comment