BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A (kastard) Bahan B (sos susu)
5 sudu bumbu kastard 1/2 tin susu cair
5 cawan air 2 kotak kecil susu UHT
½ cawan gula 1 cawan gula pasir
Sedikit garam 1 biji telur n esen vanila
Bahan C (agar-agar) Bahan D
1 paket serbuk agar-agar 1 tin ’fruit cocktail’
1 liter air 5 biji strawberry (jika suka)
½ cawan gula 2 biji kiwi (jika suka)
Sedikit garam
CARA MEMBUATNYA:
1. Campurkan semua bahan A. Kecilkan api dan kacau hingga pekat dan meletup-letup. Sejukkan di dalam bekas
2. Campurkan semua bahan C. Masak hingga semuanya hancur dan sebati. Boleh juga diletakkan perisa buah-buahan atau pewarna. Sejukkan di dalam bekas
3. Masukkan semua bahan B. Kacau dulu dengan whisk hingga telur hancur. Masak diatas api dan perlu dikacau tanpa henti agar telur tidak berketul-ketul. Sejukkan.
4. Campurkan semua bahan A, B, C dan D mengikut cara di bawah.
potong kastad dan agar-agar |
tuangkan sos susu vanila |
masukkan fruit koktel dan sedikit sos masamnya |
campurkan buah-buahan lain jika suka |
nikmatinya! |
TARAA......!!!! |
**
Setiap kali ada jamuan sama ada rumah terbuka, kenduri kahwin, kenduri arwah, pasti mama dan saya akan masakkan puding ni sebab ianya sangat ringkas. Nampak macam remehkan, tapi percayalah semuanya pakai campak je..... eheheh cubalah, sekejap je. Sejukkan dalam peti ais agar rasanya bertambah segar dan sedap!
No comments:
Post a Comment