RECIPE 1
Saya lebih gemar tau fu fah berbanding jelly atau pudding. Tapi malangnya tau fu fah susah ditemukan di tempat saya. Maka saya pun mencuba resepi yang di bawah ini:
Bahan - bahannya:
300g kacang soya
2.5 liter air
2 helai daun pandan
2 sudu tepung jagung
1 sudu teh serbuk GDL/sekko (beli di kedai kek)
Bahan untuk air gula:
Secawan gula
2 cawan air
Sehelai daun pandan
Untuk resepi tau fu fah yang lebih HEBAT, klik di sini.
Cara - Cara:
Rendam kacang soya 5 - 6 jam
Bagi yang takut kena sakit lutut dan 'gout', buang kulit dan kotiledon kacang tersebut dengan meramas - ramasnya. Kalau tak takut, teruskan ke bahagian #3.
Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan.
Tapis hasil kisaran menggunakan penapis (guna penapis teh tarik pun boleh)
Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi, lepas tu masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL. (INGAT: Sediakan 2 periuk yang berasingan, 1 untuk masak air soya, satu lagi tempat untuk mengeraskan tau fu fah)
Air soya yang banyak tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.
Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api.
Kacau bekas yang berisi air soya, serbuk GDL dan tepung jagung tadi supaya sebati.
Lepas tu, tuangkan semua air soya panas ke dalam bekas berisi campuran tu. JANGAN DIKACAU!
Lepas tu, buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi tau fu fah itu. Tunggu selama sejam untuk tau fu fah mengeras.
Sambil menunggu tau fu fah mengeras, masak air gula.
Cara masak air gula ni mudah je, macam masak mi megi. Didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air (masukkan sehelai daun pandan yang disimpul).
Untuk resepi tau fu fah yang lebih MANTAP, klik di sini.
Tips:
Kacang soya dan air tidak perlu disukat mengikut isipadu yang terlalu tepat, konsep yang anda harus faham ialah; kalau nak kisar kacang soya, air jangan terlalu banyak. Kalau
lebih, ia akan menyebabkan air soya anda cair dan membuatkan tau fu fah anda kurang mantap dan best.
'Practice does make perfect', iaitu berlatih selalu membuat tau fu fah sehingga anda mahir dengannya.
RECIPE 2
Resepi Taufu Fah mudah untuk para perantau. Hanya untuk hidangan sejuk sahaja. Resepi asal drpd bakingquinn.blogspot.com
Created on : 10-11-2011
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi sevenoctober
Bahan-bahan ( 2 orang )
UNTUK TAUFU FAH
1- 300ml air soya
2- 1tsp gelatin
3- bekas bertutup atau tupperware atau plastic container
UNTUK AIR GULA
1- 1/4 cwn gula melaka
2- air secukupnya
Cara-cara
UNTUK TAUFU FAH
Rendam 1tsp gelatin bersama 1.5tbsp air di dalam bekas hingga kembang, dalam 5 minit.
Panaskan air soya hingga suam di atas dapur. Tutupkan api.
Masukkan air soya tadi ke dalam bekas yang ada gelatin tadi.
Kacau hingga semua sebati.
sudukan keluar buih2 yang ada di permukaan bancuhan.
Tutup bekas. Simpan di dalam peti ais untuk semalaman. Letak di ruang simpanan biasa. Tak perlu letak di freezer nanti beku.
UNTUK AIR GULA
Panaskan air bersama gula melaka hingga gula melaka cair. Sesuaikan rasa. Kalau terlalu manis, tambahkan air lagi
Tutupkan api dan sejukkan air gula di dalam peti ais semalaman.
Note 1: Taufu Fah ini hanya sesuai untuk hidangan sejuk. Kalau dihidangkan dalam keadaan panas, Taufu Fah akan hancur.
Note 2: Sekiranya menggunakan pati air soya, tambahkan sedikit air kosong untuk mencairkan sedikit rasa pekat soya, dan pastikan sukatan masih 300ml selepas ditambah air. Boleh juga ditambah sedikit gula tapi biar manis dihujung2 lidah sahaja.
RECIPE 3
Saya membuat tau fu fah 4 kali seminggu untuk menghasilkan tau fu fah yang boleh dikritik keluarga dan rakan - rakan saya. Sekarang saya tidak lagi perlu menyukat isipadu kacang atau air. Saya hanya menggunakan konsep "jangan lebih air, nanti soya
tak pekat, tau fu fah pun tak menjadi".
Serbuk GDL juga perlu diberi perhatian kerana kalau terlebih, tau fu fah anda akan terasa masam.
Tepung jagung pula jangan terlalu banyak tapi, tetapi kalau lebih sedikit atau kurang sedikit, it's ok. Tidak begitu ketara sangat.
Kalau anda nak resepi yang lengkap yang juga disertakan rahsia dan tips yang lebih menarik, klik di sini.
P.S - Saya sangat syorkan anda mencuba resepi tau fu fah En. Muaz kerana beliau sudah berkecimpung membuat tau fu fah untuk perniagaan sudah lebih daripada 5 tahun.
Selamat berjaya,
TAUFU FAH
Resipi : Ilahjy (resepi sumbangan JY )
Kongsi bersama : http://embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2 3 CAWAN KACANG SOYA (RENDAM 8JAM)
1 CAWAN TEPUNG JAGUNG
18 CAWAN AIR (GUNA UNTUK MENGISAR KACANG)
1 CAWAN AIR MASAK/MINERAL
1 SUDU TEH UBAT TAHU FAH/SAIKO (KAT KEDAI UBAT CINA ADA)
AIR GULA MERAH SECUKUPNYA UNTUK DIMAKAN BERSAMA TAHU FAH NI...ATAU AIR GULA PUTIH PUN BOLEH IKUT SELERA KITA
CARA MEMBUATNYA:
1. KISAR KACANG SOYA DGN AIR 18 CAWAN TU SAMPAI HANCUR.
2. TAPIS GUNA KAIN PUTIH. JANGAN SAMPAI ADA TERMASUK SISA KACANG DLM AIR TU..NANTI TAK JADI PULA
3. PASTIKAN JUMLAH AIR KACANG SOYA CUKUP 18 CAWAN SETELAH DIMASUKAN KEDALAM PERIUK.
4. DIDIHKAN AIR TERSEBUT.
5.DALAM BEKAS YANG TAHAN PANAS..PERIUK ATAU BEKAS SIMPAN NASI TUU... YG SECUKUP BESAR DGN AIR SOYA. (BEKAS KE DUA LAH NI..)
6. BANCUHKAN 1 CWN AIR DGN 1 SUDU TEH SAIKO TADI SAMPAI SEBATI. MASUKAN KE DLM BEKAS DI ATAS.( bancuh bersama tepung jagung )
7.KEMUDIAN TUANGKAN AIR KACANG SOYA YG MENDIDIH TADI KEDALAM PERIUK BERISI BANCUHAN TUUU.. TUANG TINGGI2 TAU.
8.TUTUP DGN PENUTUP PERIUK BIAR BEKU. 15 MINIT DAH BOLEH MAKAN.! JANGAN DIUSIK2 SELEPAS TUANG KE DLM PERIUK TU NANTI TAK JADI PULA KALAU DAH 1/2 JAM TAK BEKU.. MAKSUDNYA TAK MENJADI LAH.. KENA LAH CUBA LG...
9.KACANG MESTI YG BERKUALITI BARU JADI. KACANG YG ROSAK ATAU DISIMPAN DLM PETI SEJUK TAK AKAN JADI TAHU FA KITA TU
SELAMAT MENCUBA... BANYAK DAH SAYA MENGAJAR DIKELAS SECARA PERCUMA RAMAI KAWAN2 DAH BUAT BISNES SAMBIL2LAN BW PERGI TEMPAT KERJA ....
ADA SESAPA TAK TAHU TAHU FAH NI MCMANA? ALAH KAT PASAR MALAM BYK JUAL...DLM BEKAS PLATIK DICEDUK GUNA SENDUK NIPIS TUUU DIJUAL BERSAMA AIR KACANG SOYA TUUU..
RESEPI NI PAYAH ORANG NAK KASI...(KEDEKUT ILMU).. SO SEMENTARA DAH ADA NI AMEK LAH BUAT KOLEKSI BAGI YG BERMINAT LAH...
TERIMAKASIH. . KALAU TAK MENJADI TAN! YA SAYA SEMULA...
BOLEH DIWARNAKAN SEMASA MENDIDIH TADI...PINK ATAU HIJAU.... TAPI AIR GULA PUTIH AJE LAH..MAKANNYA. .
PETUA DARI SEORANG AHLI RESPEKS * (copy n paste dari blog kak ilahjy )
kalu ikut apo yg den belajar dgn adik chef li tu ( pengarang buku jutawan senyap )
sukatan kacang soya tu 1kg nisbah dgn air 10 liter. kacang soya yg bagus dari kanada.
dio tak pahit. yg lain tu ada sikit pahit.
maso nak campurkan air soya tu ngan saiko, kono masukkan saiko dulu dlm bokeh ( yg kato cik jalilah, periuk )
tuangkan laju ( dlm kiraan 10 saat ). sobab, kalu lambat soya tu akan beku. fungsi saiko ialah membekukan
air soya tu. lopeh dah curah abih. pokap atau tutup permukaan ateh soya tu dgn kain ( selalu org guno tuala
good morning ) ini untuk merapatkan molikul2 soya tu. kalu tak dio akan memocah. tak berapo jadi la kiro
permukaan dio tu. laie satu, kalu dah buleh makan, buangkan permukaan ateh dio yg berbuih tu. bukan apa,
ko ado yg goli kang nampak buih2. pas tu maso makan tu kan, campur dgn air soya. lotak lak ais dlm 4~4 kiub,
fuhh amek2 sodap jang.
Banyak sangat dapat satu bekas nasi yg kecil tu. Taufufah ni akk simpan dlm peti ais 3 hari pun masih ok lagi. Anak2 makan sikit je, tu pun amik hati mama dia. Tapi bila hari ke3 ada yg baru nak rasa, pas tu tanya dh habis ke ?..Maknanya sedap la tu. Lain kali rasa dulu yg mama buat, ini bukan beli pasar malam huhuhu..anak2ku penghibur hati ku
RECIPE 4
http://www.rahsiataufufah.com/