Friday 24 May 2013

KERUTUP AYAM


.:Resepi Hari Ini - Kerutup Ayam:.

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam (dibelah kecil)
  • 2 sudu besar ketumbar *
  • 2 sudu besar jintan manis *
  • 4 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci kunyit *
  • 8 biji cili padi (xnak letak pun xpe) *
  • Rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, cengkih, buah pelaga)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 batang serai (dititik)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 keping asam gelugur (saiz besar)
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air
* dikisar

Cara-cara memasak:
  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Masukkan rempah tumis dan biarkan sehingga naik bau.
  3. Selepas naik bau, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar beserta ayam, serai, asam gelugur
  4. Masukkan air sehingga menutupi ayam.
  5. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Sekiranya kuah sudah pekat, masukkan santan pekat beserta garam dan gula secukup rasa.
  7. Biarkan sehingga kuah betul2 pekat dan mengering.
  8. Kalau sukakan kuah, jangan biarkan sehingga terlampau kering.
  9. Enak dinikmati bersama nasi panas :)

No comments:

Post a Comment