Friday 24 May 2013

SPAGETTI AYAM BERMADIU


.:Resepi Hari Ini - Spagetti Ayam Bermadu:.


Bahan-Bahan:
  • Spagetti (Direbus dengan meletakkan sedikit minyak dan garam)
  • 3 keping dada ayam (dihiris) *
  • 1 1/2 sudu besar madu *
  • 2 sudu besar kicap manis *
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 ulas bawang merah (dicincang)
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • Carrott (dihiris bunga)
  • Kobis Panjang (diris kecil2)
  • Sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
Cara-cara Memasak:
  1. Perap bahan2 bertanda * selama 1/2 jam. Selepas itu, grill kan di atas frying pan dengan sedikit minyak. Masak sehingga daging ayam keperang-perangan.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga naik bau.
  3. Masukkan sayur2 dan masak sehingga sayur lembut sedikit.
  4. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan masukkan spagetti. Gaul hingga rata.
  5. Kalau kurang masin, boleh masukkan garam.
  6. Masukkan ayam yang telah di grill dan tomato. Gaul sebentar dan boleh diangkat.
  7. Taburkan dengan daun sup dan daun bawang.
~ SELAMAT MENCUBA ~

No comments:

Post a Comment