Saturday, 26 January 2013

DALCA AYAM ALA JOHOR






Dalca Ayam Ala Johor





BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, dipotong kecil (agak2 lah yea, tapi jgn kecik sgt), cuci dan toskan
3 biji kentang, kupas, belah 8 setiap satu, rendam
1 batang lobak merah, dipotong baji, rendam
10 tangkai kacang panjang, kerat pendek
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
1 biji terung bulat, buang sedikit kulit dan dadu besar, rendam
5 biji pisang muda, buang sedikit kulit luarnya, hiris sederhana tebal, rendam
1 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk, tos dan asingkan airnya
2 biji cili merah, belah dua
2 biji cili hijau, belah dua
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
2 camca besar cili kisar
4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 pelepah daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan pes rempah kari dan terus memasak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
Masukkan ayam, kentang, pisang dan lobak merah. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (juga air rebusan kacang dhal). Kacau rata dan masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
Tambah kacang dhal, kacang panjang, terung dan santan. Kacau dan biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan cili merah/hijau yang dibelah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi kegemaran anda atau roti canai, lempeng dan sebagainya..

Saturday, 19 January 2013

ACAR TIMUN BEREMPAH





Resepi : Acar Timun Berempah
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono

Bahan A:
2 biji timun - buang biji, potong kecil memanjang 2 inci
1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 inci
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar minyak

Bahan B: kisar
5 tangkai lada kering
1 sudu besar udang kering
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Bahan C:
2 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar biji sawi
rempah penumis: bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis

Cara:
1. Rendam timun dan lobak merah bersama air kapur dan garam. Kemudian cuci hingga bersih.
2. Perap timun dan lobak merah tadi dengan garam dan gula. Kemudian toskan.
3. Tumis kesemua Bahan B hingga terbit minyak.
4. Masukkan rempah kari dan gaul rata.
5. Masukkan kesemua Bahan C, dan kacau hingga pekat.
6. Masukkan timun dan lobak merah. Gaul hingga timun dan lobak merah mesra dengan rempah.


AYAM MASAK MERAH




Resepi : Ayam Masak Merah
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono

Bahan A:
1 ekor ayam - potong 12
2 mangkuk minyak
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
2 helai daun limau purut

Bahan B : kisar
1 batang serai
4cm lengkuas
15 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4cm halia
2 cm kunyit

Bahan C:
3 sudu besar madu atau gula merah
2 sudu besar gula
1 mangkuk sos tomato
1 sudu besar garam
1/2 mangkuk air

Cara:
1. Gaulkan daging ayam dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak.
2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi dan tumis kesemua Bahan B sehingga terbit minyak atau sehingga masak.
3. Masukkan kesemua Bahan C. Kacau rata sehingga kuat pekat.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut.




Resepi : Acar Timun Berempah
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono

Bahan A:
2 biji timun - buang biji, potong kecil memanjang 2 inci
1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 inci
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar minyak

Bahan B: kisar
5 tangkai lada kering
1 sudu besar udang kering
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Bahan C:
2 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar biji sawi
rempah penumis: bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis

Cara:
1. Rendam timun dan lobak merah bersama air kapur dan garam. Kemudian cuci hingga bersih.
2. Perap timun dan lobak merah tadi dengan garam dan gula. Kemudian toskan.
3. Tumis kesemua Bahan B hingga terbit minyak.
4. Masukkan rempah kari dan gaul rata.
5. Masukkan kesemua Bahan C, dan kacau hingga pekat.
6. Masukkan timun dan lobak merah. Gaul hingga timun dan lobak merah mesra dengan rempah.

NASI MINYAK



Rabu, 30 Mei 2012

Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Acar Timun Berempah

Buku Resepi Masakan Tradisi Melayu Johor oleh Noraini Margono memang tidak pernah mengecewakan! Amie telah mencuba pelbagai resepi antaranya Nasi Beriani dan Daging Beriani. Dan hari ini biarlah orang kata Amie masuk bakul angkat sendiri kerana sesungguhnya resepi Nasi Minyak serta lauk-pauk pilihan yang Amie cuba masak sungguh lazat! 


Semasa Amie masak di dapur, entah berapa kali anak-anak silih berganti menjengok, menghidu aroma masakan dan bertanya bilakah akan siap? Bilalah kami boleh makan? Hai... tiba-tiba saja perut anak-anak jadi lapar! Amie hidangkan Nasi Minyak dengan lauk Ayam Masak Merah dan juga Acar Timun Berempah.


Resepi: Nasi Minyak
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono

Bahan A:
3 mangkuk beras 

Bahan B:
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan
3 1/2 mangkuk air

Bahan C:
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
rempah penumis: kayu manis, cengkih, bunga lawang
4cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
2 sudu besar rempah beriani

Bahan D:
2 sudu besar air mawar
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
garam secukup rasa
1 biji limau nipis

Cara:
1. Rebus Bahan B di dalam periuk nsi
2. Panaskan minyak sapi dan marjerin. kemudian tumis kesemua Bahan C hingga kekuningan.
3. Masukkn rempah beriani dan beras. Gaul beras sehingga berkilat dan kemudian matikan api.
4. Masukkan kesemua Bahan D ke dalam air rebusan Bahan B tadi.
5. Setelah air mendidih semula, masukkan beras dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan ir limau nipis, kacau lagi dan tutup periuk.
6. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air di dalam periuk kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk dan perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul masak dan bolehlah dihidang.
7. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreg di atasnya.

Seperti kebiasaannya, Amie masak Nasi Minyak cara kukus. Dan untuk resepi Nasi Minyak ini, Amie tambah herba saffron.

TOM YAM ASLI THAI



Dsc00277




Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • ***PERENCAH TOMYAM***
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 biji cili merah
  • 15 biji cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 2 sudu udang kering
  • 7 helai daun limau purut
  • 2 inci belacan (dibakar)
  • air asam jawa, gula & garam
  • ***SUP TOMYAM***
  • 2 ekor ayam
  • 3 biji bawang besar (potong enam)
  • 8 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 inci lengkuas (diketuk)
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 1 batang lobak merah, bunga kobis dan sebagainya
  • 10 helai daun limau purut
  • 6 biji tomato (potong empat)
  • 1 botol perencah tom yam ( peace brand thai tom yam)
  • 12 kiub tom yam 
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 3 sudu susu cair / susu sejat
  • cili padi ( ikut pedas)
  • garam
  • daun ketumbar

Cara-cara

  1. Mula-mula sediakan perencah tomyam. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga menjadi pes. 
  2. Campurkan pes tom yam peace brand dan tumis hingga garing
  3. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil dan masak hingga keluar airnya.
  4. Tambahkan air secukupnya. Masukkan kiub tom yam dan biarkan ia mesra dengan kuah yang ada.
  5. Masukkan lengkuas dan serai yang sudah di tumbuk pecah-pecah.
  6. Masukkan bawang besar dan tomato yang telah dipotong baji
  7. Bila sudah masukkan garam, gula secukup rasa, masukkan sayur-sayuran sebelum diangkat. Perah limau nipis dan daun ketumbar.

Thursday, 17 January 2013

IKAN BAKAR LEMAK PANDAN




Ikan Belanak adalah dari kelompok ikan laut, berbentuk tirus dan memanjang. Dalam bahasa Inggeris ianya di kenali sebagai Bluetail Mullet. Ikan belanak sering juga di temui di sekitar air payau atau air tawar. Ikan belanak mempunyai bibir bahagian atas lebih tebal dari bahagian bawah yang memudahkan untuk ia mencari makanan di dalam lumpur. Ciri-ciri lain ikan belanak mempunyai gigi yang sangat halus dan ada sesetengahnya tidak kelihatan lansung giginya.
Ikan belanak mempunyai sisik yang agak keras dan kulitnya agak tebal. Rasanya sangat lemak dan sedap di makan. Ikan ni agak payah juga di dapati di pasar. Kalau ada pun harganya boleh tahan juga mahalnya.


Sedapnya makan ikan belanak bakar di cicah pula dengan air asam. Kena pulak dengan nasi panas-panas. Isinya yang lemak dan lembut memang membuka selera.
Satu ekor ikan ni habis diratah oleh Dalili sorang. Biasa ita jumpa ikan belanak ni kecil-kecil aje, tapi kali ni alhamdulillah dapat juga merasa ikan belanak yang agak besar. Memang agak payah nak jumpa ikan belanak yang besar terjual di pasar.. 


Ita ambil keputusan untuk bakar aje ikan ni. Puas dapat merasa isi ikan yang lemak manis. Kali ni ita bakar lemak harum pandan. Emmmm... semerbak baunya bila keluar dari oven. Tak sabar rasanya nak merasa ikan yang sudah kuning keemasan ni..

Sedapnya bila di cicah dengan air asam. Kuah lemak meresap ke ikan menambahkan lagi rasa dan aroma pada ikan yg dah tersedia kelazatannya ni.. Apa tunggu lagi jom intai resepi yang mudah penyediannya ni.. semudah ABC 


IKAN BAKAR LEMAK PANDAN

2 ekor ikan ~ di siang dan di cuci bersih
2 helai daun pandan

Ikan yang telah di bersihkan tadi dililit dengan daun pandan dan sematkan daun pandan dengan lidi
Ketepikan

125 ml pati santan
3 ulas bawang putih ~ dikisar
8 ulas bawang merah ~ dikisar
Garam secukup rasa

Panaskan oven terlebih dahulu
Satukan bahan yang dikisar dengan santan dan garam secukup rasa
Lapiskan loyang pembakar dengan daun pisang
Susun ikan atas daun pisang
Tuangkan kuah santan atas ikan dan ratakan di kedua-dua belah
Bakar ikan dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit selama 30 minit atau sehingga ikan masak kuning keemasan
Hidangkan ikan dengan air asam




AIR ASAM HARUM RAMPAI

3 batang cili merah ~ dikisar halus
6 tangkai cili api ~ dikisar halus
Sedikit belacan bakar ~ dikisar
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 biji tomato ~ didadu 
1 kuntum bunga kantan ~ dirampai
4 tangkai daun kesum ~ dirampai
250 gm asam jawa ~ diramas bersama 6 sudu besar air tapis dan ambil airnya sahaja
2 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang besar
Tuangkan air asam
masukkan bawang hiris, tomato, bunga kantan dan daun kesum
Gaul rata
Perasakan dengan garam dan gula secukuprasa
Perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.

IKAN KELI MASAK CILI API


Nuffnang Ads

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 ekok ikan keli sederhana besar (disiang,dibersihkan dan direndam dgn air asam jawa dan garam kasar)
  • 10 biji cili api/ 5 biji cabai tanduk (boleh + klau nk pedas)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sebatang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • semangkuk santan/500ml
  • garam dan perasa secukupnya
  • sedikit garam halus dan serbuk kunyit
  • 2 keping asam keping
  • 1 biji buah tomato & daun kunyit (ikut suka tak letak pun jadi gak)

Cara-cara

  1. ikan yg telah dibersihkan,diperap dgn garam halus dan serbuk kunyit,..gorengkan ikan jgn terlalu garing dan ketepikan.
  2. tumbuk cili api + bawang merah + bawang putih + serai dan kunyit hidup.
  3. tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk hingga naik bau wangi (pecah minyak)
  4. masukkan pati santan,asam keping dan biar sampai menggelegak sekejap. perasakan dengan garam n serbuk perasa.
  5. lastly masukkanlah ikan keli yg telah digoreng tadi bersama buah tomato n daun kunyit,…da siap dah boleh makan dengan nasi panas,tapi sebelum tu sediakan air lebih sikit untuk yg x tahan pedassss….
:

Sunday, 13 January 2013

CHAR KEOW TEOW FCU





UNTUK 3 BUNGKUS KEOW TEOW

  • air secukupnya
  • 12 ulas bawang putih di ketuk (4)
  • 18 sb sos tiram (6)
  • 9 sk kicap pekat (3)
  • 9 sb kicap manis (3)
  • 3 sk petis (1)
  • 8 kiub pati ikan bilis / pati udang (3)
  • garam secukupnya
  • 3 sb gula (1)
  • 3 bungkus kuey teow (1)
  • 9 sb cili blend pekat (3)
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 15 biji telur (5)
  • 9 sudu air sotong (3)
  • 9 sudu air ikan (3)

Cara-cara

  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

Wednesday, 9 January 2013


Nasi Kabsa - Hidangan Aidil Adha hari ke 3




Assalamualaikum...baru balik kerja ke tu? Mesti sibuk kan banyak kerja yang tertangguh setelah a few days bercuti..mieza pun sama lah tu bila balik ke pejabat esok..hari ni mieza masih bercuti..jadi hari ni masak special sikit untuk hidangan keluarga...Nasi Kabsa..memula nampak resepi Nasi Kabsa ni di dalam majalah..tapi resepi nya ringkas sangat sampai mieza terkeliru kalau-kalau yang diceritakan itu nasi beriani..lalu mieza google kat internet..jumpa resepi ni kat umah Raidah..



Nasi ni memang sedap..dan mieza telah menambah rempah kurma, daun kari, susu dan kiub ayam serta sedikit halia untuk sesuaikan dengan tekak mieza


NASI KABSA
Source: Raidah
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:


1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang - mieza cuma letak bahagian kaki, tengkuk dan kepak
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
1 cawan susu - mieza tambah
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 inci halia - mayang, ni mieza tambah
2 tangkai daun kari - mieza tambah
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri - mieza guna tomato sup
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa - rujuk bawah untuk resepi
2 sudu rempah kurma - mieza tambah
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya. mieza letak lemon biasa je
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong, mieza degil jadi mieza potong juga heheheh
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)


Cara penyediaan:


1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, halia, daun kari, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.

2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa, rempah kurma dan goreng sebentar.

3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.

4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis, kiub ayam dan beras. Masukkan air panas dan susu secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.

5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul-betul masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.




REMPAH KABSA


Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:


1. Goreng tanpa minyak bahan-bahan yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.

2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.

3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah-rempah diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.



Nasi Kabsa ni mieza makan dengan Ayam Beriani..
You Might Also Like