Kuih lepat pisang
Balik keje semalam, ajak Mamoru gi pasar. Beli ikan kembung peveret dia dan beli barang-barang untuk buat kuih. Semangat nak masak sampai tak sedar diri nih badan masih sakit-sakit lagi.
Sampai rumah, baru terasa sakit. Bila dah jadi camtu, memang rasa malaassss sangat nak masak. Rehat kejap teman Mamoru tengok tv sambil makan durian. Mamoru memang 'hantu' durian. Dia suka sangat makan durian jenis 'udang merah' / 'raja kunyit' (camtu kut nama dia). Tapi semalam dia beli sebiji je. Aku tak bagi beli bebanyak. Durian jenis tu mahal ok. Sekilo je dah belas-belas ringgit. Sebiji je dah berapa kilo??
Taim makan durian, kesian pulak tengok Mamoru. Durian sebijik, share gegamai. Adik-adik aku pun hantu durian. Mana lah cukup. Nyesal pulak aku tak bagi dia beli lebih. Iskk.
Nak suruh Mamoru makan nasi, adik ipar aku (SIL) tak masak pulak. Selalu kat dalam rumah tu, kalau aku tak masak, SIL akan take over ganti aku kat dapur. Tapi semenjak dua menjak nih, SIL sakan berdiet pulak. Tanak sentuh nasik taim malam katanya.
Mamoru pulak memang tak kisah kalau aku tanak masak. Prihatin betul suami aku nih kan?. Dia siap suruh simpan ikan dalam fridge - suruh aku rehat. Esok- esok lah masak, katanya.
Mana boleh camtu. Takkan aku nak biarkan dia kelaparan kan. Aku keluarkan balik ikan dari fridge. Gigih aku memasak dalam keadaan badan sakit-sakit. Tak larat berdiri, aku siang sambil duduk. Apa lah sangat bersusah payah sikit untuk orang tersayang kan. Cadang nak masak lauk sayur sekali (ada hati nih nak masak bebanyak) Tapi tak larat pulak. Sudahya, aku masak lauk asam pedas ikan kembung dgn sayur bendi.. hah amik, kombinasi lauk ikan dan sayur sekaligus. Sonangg.
Siap masak lauk, aku buat kuih lepat pisang pulak (eh eh rajin pulak tu) Pisang yg bapak bagi aritu dah terlalu masak. Kalau biarkan sehari lagi, konpem lembik. Daripada terbuang dalam tong sampah, baik aku buat kuih cecepat. Masa tengah leka buat kuih, Mamoru dah siap tambah nasik untuk kali kedua. Waahh.. berselera sungguh dia makan. Sampai banjir-banjir pinggan dia dgn lauk yg aku masak. Aku suka! Pandai nih amik hati aku.. hehe.
Sementara nak tunggu kuih masak, aku pegi mandi. Pasang air panas kekuat. Biar air tu mengalir kat belakang aku yg sakit-sakit nih. Berasap-asap bilik air tu jadinya. Tapi alhamdullilah, rasa lega pulak bila buat camtu. Lama jugak aku mandi. Sampai kuih lepat aku masak lah.. hehe.
Habis mandi, aku suruh Mamoru sapu minyak angin kat belakang badan. Dia siap urut-urut sekali. Legaa..
Lepas hidang kan Mamoru kuih lepat, aku terus menyelit bawah quilt. ZzZZzzz.
Pagi nih, alhamdullilah. Badan rasa ok sikit. Cuma lelangit masih luka. Masih tak dapat makan dgn betul. Aku rasa, berat aku turun lagi. Bertambah kerempeng la jadinya :(
Oh, aku ada amik gambar step by step cecara nak buat kuih lepat pisang. Resepi nenek aku. Dulu taim aku kekecik, aku sangat suka makan lepat pisang yg nenek buat. Ok, ready? Sediakan pen dan kertas.. mari kita mulakan:
Okeh, dalam resepi kali nih, aku (ops, kejap, nak ubah kata ganti nama). Dalam resepi kali nih, akak guna sebanyak 15 biji pisang. Nih hidangan untuk 6 - 8 orang ok. Maklum lah rumah akak kan ramai orang. Kalau korang nak buat sikit je, pepandai lah kurang kan jumlah pisang yg diguna. Sebelum tu, akak nak cerita sikit, bukan semua jenis pisang boleh dibuat lepat ok. Kalau korang guna pisang yg buat goreng tu (lupa lah apa nama dia), konpem kelat. Pisang yg boleh diguna adalah pisang yg boleh dimakan begitu sahajor (pepandai lah korang cari nama pisang yg boleh dimakan.. akak tak ingat lah, sory). Lepas buang kulit pisang nih, sila lenyek sampai hancur. Akak guna garfu je. Kalau nenek akak, dia guna tempat buat burger tu. Ala, yg untuk tekan-tekan daging burger tu. Tataw? Abaikan. Sila kosentret untuk resepi akak sahajer
Nih la rupanya pisang yg di lenyek tadi. Sila bubuh dalam bekas yg besar yer. Senang nak campur dgn bebahan seterusnya.
Ok, memula, masukkan tepung gandum. Gaul sampai sebati. Akak tak sukat lah berapa banyak
tepung yg akak guna. Tapi takper, korang agak-agak je lah nahh. Jangan terlampau banyak atau terlampau sikit. Kalau terlalu banyak, takdo lah rasa pisangnya (macam yg dijual kat kedai tu - kemut sangat nak bubuh pisang lebih). Kalau sikit sangat tepungnya, lembik pulak. Paham?
Pastu, masukkan secubit garam. Akak tak pasti lah naper kena bubuh garam. Lupa nak tanya nenek. Tapi korang buat je lah. Jangan banyak soal.. hehe
Kendian, masukkan gula merah / gula melaka secukupnya. Akak prefer guna gula merah yg dah dihancurkan. Kalau nak guna gula yg berketul tu, pengsan akak nak mengetuknya tau. Kuasa! Again (cakap omputeh lak), ikut suka korang nak bubuh banyak mana. Akak bubuh satu cawan kecik. Cawan yg budak kecik buat minum tu. Adik ipar akak pelik tau bila tengok akak bubuh gula merah nih. Katanya orang perak just bubuh gula pasir je. Ok, reason kita bubuh gula nih hanyalah nak tambah perisa dan nak kuih lepat tu nampak berwarna sikit. Takdo lah pucat lesi warna dia nanti.
Jangan lupa bubuh gula pasir sikit. Bergantung pada korang yg suka manis atau tak. Akak suka kuih nih manis-manis buah je. Baru sedap dimakan dan takde lah cepat muak. Masa akak bubuh gula pasir nih, SIL jerit-jerit cakap.. "Along, tak manis ke bubuh memacam jenis gula?".. Hishh, suka tau dia buat akak terkejut camtu. Jentik jejauh kang. Takkan terlebih manis punya lah. Akak kan pro (cewahh, berlagak nih)
Sesudah tu masukkan kelapa muda yg diparut bahagian putihnya sahaja. Ingat, yang putih je tau. Ada orang guna santan (tataw orang mana) Dunno lah camner orang buat kuih lepat guna santan. Tak ke cair nanti adunan tu. Aku lebih suka stick dgn resepi nenek nih. Bubuh kelapa muda yg diparut / dikukur. Sedap y'all. Lemak-lemak rasa dia.
Lepas siap adunan tadi, kita tepek kan atas daun pisang macam dalam gambar nih. Pastu pepandai lah korang lipat yer. Akak tak kuasa nak amik gambar step by step cara nak lipat kuih nih. Dengan badan sesakitnya, tak larat ok. Oh sebelum korang hentam cara melipat kuih nih, jangan lupa layur kan dulu daun pisang nih. Akak layurkan atas api dapur gas je. Tujuan nya supaya daun yang dilipat tak patah atau terkoyak. Berhati-hati masa layurkan daun pisang ok. Jangan sampai terbakar dapur. Adik-adik yg di bawah umur tu, sila minta bantuan mak bapak korang yer
Habis sesi melipat, korang panaskan periuk loyang nih dan kukus selama setengah jam. Kuih nih sekejap je masaknya. Nak tau dah masak ke belum, cucuk bahagian tengah kuih nih dgn garfu. Kalau tak melekat tu maknanya dah masak lah tu.
Nih lah rupanya kuih lepat yg dah dimasak. Selamat mencuba!Jom lah buat! rasa belebat pisang ni sangat sedap! tak terlalu manis sedap aje dimakan... bertambah2 lagi dgn keharuman bau daun pisang yg digunakan untuk membungkus... lemak dari santan dan kelapa juga membangkitkan rasanyer ditambah pula dgn manis pisang dan gula merah yg ita gunakan... tip top!... ita percaya kepada pengemar2 kuih belebat macam ita, pasti akan menyukainyer....
Terima ksih kepada yatie yg sudi berkongsi resepi kuih kesukaan ita ni... Ita minta izin untuk dikongsikan disini pula... untuk rujukan2 dan panduan teman2 yg sama2 meminati kuih tradisional yg tak lapuk di panas dan tak lekang di hujan ni...
MyKitchen's Recepi
BELEBAT / LEPAT PISANG
By: Yatie
- Daun pisang secukupnya- di layurkan dan di lapkan bersih
- 30 biji pisang kapas- dilenyek halus (lebih kurang 3 cawan pisang yg telah di lenyek)
- 1/2 cawan gula pasir
- 5 sudu besar gula melaka- di racik halus (gula merah pun boleh)
- 1 1/2 cawan tpng gandum
- 4 sudu besar tepung beras
- 1/2 cawan santan pekat
- secubit garam
- Layurkan daun pisang secukupnya- utk resepi ni saya dpt dlm 25 keping kuih.
- Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula melaka/ gula merah dan gaul sebati.
- Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
- Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.
- Daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak.
- Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
- Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment