Thursday 2 August 2012

AYAM TANDOORI SPECIAL


AYAM TANDOORI, ROTI NAAN DAN DALCA (PALING BEST RECIPENYA)


Assalamualaikum.. bertemu lagi kita.. Bila masa tak kerja nie, macam-macam resepi nak dicuba. Dengan kenaikan harga minyak pemotongan subsidi baru-baru ini, ramai yang mengeluh harga makanan/barang akan naik juga seperti biasa.. Nak pula dekat dengan time puasa dan raya..
Mari kita lihat resepi hari ini.. saya ingin menunjukkan cara-cara membuat ayam tandoori, roti naan dan kuah dalca. Resepi ini untuk 6-8 orang makan.
Ayam Tandoori

+ 2 ekor ayam – belah 4
Rempah ratusnya:
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 4 sudu makan garam
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 6 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 3 sudu marjerin
+ 4 sudu sos tiram
+ pewarna merah
+ 4 madu/gula merah/gula perang
+ 2 kiub pati ayam knorr

Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.

Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke dalam pengisar. Untuk pengetahuan semua, di dalam resepi ini saya tidak menggunakan pewarna merah.. dah kehabisan stok.. nak beli kat kedai pun dah habis..

Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.

Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.

Ok, sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap ayam ini selama 5 jam sahaja.
Bahan-bahan ini habis diperap dari pukul 12  lebih tengahari dan saya biarkan ayam ini ke dalam peti ais selama 5 jam.

Kiranya pada pukul 5-6 petang saya sudah mula membakar ayam tandoori ini di dalam ketuhar dengan kepanasan 170°c selama 1 jam.
Masa ayam tengah diperap di dalam peti sejuk, kita jangan buang masa.. kita buat roti naan pula.


SOS PUDINA

+ daun pudina – ikut suka banyak mane nak
+ sedikit garam
+ campur sedikit air panas
+ sedikit cuka
+ sedikit gula

 


****sos pudina tu nama inggerisnya mint yoghurt atau cucumber mint yoghurt lah. or better known as tzatziki (in greek). atau bagi kaum india namanya raita. apada chef nizam nie…

Roti Naan

Bahan-bahannya:
+ 6 cawan tepung gandum
+ 2 cawan tepung berserbuk penaik
+ 1 cawan susu cair
+ ½ buah lemon
+ 1 sudu yis segera
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu gula castor
+ 1 sudu teh garam

Mula-mula sekali, campurkan 1 sudu yis segera dengan air suam dan biarkan ia kembang seketika.

Kemudian, perahkan ½ buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair untuk dijadikan tairu. Nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu.

Lepas  itu, masukkan kesemua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk bulat. Gaulkan tinggi-tinggi dengan tangan bahan-bahan ini sehingga sebati supaya angin dapat masuk ke dalam adunan ini.

Kemudian, letakkan adunan tadi ke atas permukaan licin seperti meja kerja dapur ataupun marble khas untuk mengulikan adunan doh. Kalau ada mixer yang boleh menguli doh pakai aje.. Saya menggunakan tangan saje… bajet tak de nak beli mixer besar :P .
Buatkan lubang ditengah bahan adunan tadi.

Masukkan yis yang sudah kembang tadi bersama-sama tairu. Sekarang mulakan proses menguli dengan tangan.

Jika adunan tadi terlalu kering, anda boleh masukkan sedikit air supaya doh ini dapat diuli dengan lancarnya.

Uli lagi… uli lagi… uli lagi sampai doh menjadi lembut. Jangan malas pula.. :P .

Bila doh sudah boleh dibentuk menjadi bulat, masukkan ke dalam mangkuk bulat dan basahkan tuala dapur dengan sedikit air dan letakkan doh ini berhampiran dengan haba panas seperti di tepi ketuhar supaya doh ini cepat naik kembang dengan jayanya.

Lihat, setelah doh ini dibiarkan selama 1 jam lebih, doh ini menjadi kembang 2 kali ganda dari saiz asal.

Lepas itu, tumbuk doh ini dengan tangan supaya udara dapat keluar.

Taburkan sedikit tepung dan letakkan semula doh yang ditumbuk tadi ke atas meja kerja. Uli sekali lagi menjadi panjang.

Potongkan doh mengikut saiz yang anda suka. Saya memotong dalam saiz agak kecil setebal 1 inci lebih kurang. Kalau suka yang besar, tambahkan beberapa inci lagi ketebalan saiz tersebut.

Kemudian, doh-doh tadi diuli menjadi bulat seperti bola.

Sekarang, canaikan doh bulat tadi sehingga leper seperti gambar di atas. Lepas itu bakar di dalam ketuhar. Dalam kes ini, ketuhar saya kecil sahaja, lagi pun tengah bakar ayam tandoori, jadi saya pun bakar di atas pan leper sahaja.
Ok ayam tandoori sudah, roti naan pun sudah.. mari kita masak kuah dalca pula.
Kuah Dalca

+ 1-2 biji bawang besar – dipotong hiris
+ 5 ulas bawang putih – dipotong hiris
+ 1 inci halia – diketuk
+ 1½ cawan kacang dal – direndam
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu biji sawi
+ 1 batang kulit kayu manis
+ 1 tangkai daun kari
+ 1 cili merah – dipotong hiris kasar
+ 1 cili hijau – dipotong hiris kasar
+ 4-6 biji terung bulat – dibelah dadu besar
+ 1 batang lobak merah besar – dipotong 4 segi panjang
+ 4-6 biji kentang – dibelah dadu besar
+ 4 biji tomato dibelah dadu besar dan dibuang biji

Gunakan pan besar ataupun periuk besar untuk merebus kacang dal yang telah direndam sebentar. Kacang dal ini tidak perlu direndam lama, kerana kacang dal ini mudah diempukkan semasa proses merebusnya.

Gunakan pan yang lebih kecil ataupun periuk kecil, tumiskan bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, biji sawi, kulit kayu manis dan daun kari. Tumis sehingga bahan-bahan tadi menjadi layu.

Bila bahan-bahan tadi sudah layu, masukkan rempah-rempah seperti serbuk cili, serbuk jintan manis dan serbuk kunyit. Tumis sehingga garing. Bila sudah garing, tutup api.

Sekarang kacang dal sudah empuk sedikit, masukkan pula sayur-sayur yang keras seperti kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk.

Bila kentang dan lobak merah sudah empuk, masukkan terung bulat, tomato, cili merah dan cili hijau ke dalam pan besar tadi.

Sekarang barulah masukkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi ke dalam bahan-bahan sayur tadi. Masukkan garam secukup rasa.

Inilah hasilnya Ayam Tandoori, Roti Naan dan Kuah Dalca. Sebelum makan perahkan jus limau nipis ke atas ayam.. Sayang takda pewarna merah. Kalau tak dah lawa dah ayam tandoori saya ini..
Serius saya katakan… resepi ayam tandoori ini lagi sedap dari restoran mamak. Ayam tandoori kat restoran mamak dah laa kering, jus ayam pun sudah kering. Berbeza dengan saya punya, bila kopek sedikit ayam tandoori ini, kita boleh nampak jus dalam ayam ini masih ada lagi… Ok lah saya cabar anda semua mencuba resepi ini.. Jimat lagi duit.. boleh buat banyak hahaa :P

AYAM TANDOORI

ASSALAMUALAIKUM.....


Alahai sejak semalam lagi dok draft resepi ni .. tapi tengah taip.. mata la pulak mengantuk plus line internet tak berapa la clear disebab kan hujan tak berhenti- henti 2 hari ni ,,,kesukaran bagi wani nak guna internet ni.. slow sangat ... tu la jadi mood nak update merudum .. lepas tu,bila line ok ... macam mood lagiiiii malas balik ... hihi.. sudah kerja lah......tapi tak boleh la ,, kena tolak ke tepi jugak mood malas tu ,  kena rajin-rajinkan diri jugak nak update.. jari - jemari tangan ni nak kena gagahkan balik jugak nak taip kat keyboard...  oklah , marilah jom kita layan ayam tandoori, wani ambil dari blog kak ayu ..tapi yang kak ayu buat versi goreng .. yang wani buat ni bakar dalam oven ..  wani akui wani tak pernah makan ayam tandoori kat kedai .... kali pertama wani makan masa dekat rumah mak su wani ..itupun yang dia beli dalam rempah dalam peket .. ambil ayam just perap je ... ..tapi yang wani makan tu ayam tandoori yang goreng punya .....memang bahan perapan tu lain dari yang lain kan ... itulah yang sedapnya .. sedap tau patut cuba .. kalau nak lebih sedap .. peraplah semalaman ya .. nanti  bahan perapan tu terasa masuk ke dalam tulang hihi ... lain kali wani nak garingkan sedikit .. gambar ambil ikut snap je .. jom layan resepi ni .... ohh satu lagi kak ayu guna chicken wings ,,wani guna ketulan- ketulan ayam je .. semua rempah-rempah tu agak-agak je ... wani guna 1/2 sudu besar untuk setiap rempah-rempah tu ....

Tag: resipi ayam tandoori ala mamak

Ayam Tandoori

Salam semua… hari ni nak entri ayam tandoori yang saya masak dengan nasi beriani hari tuh!!! Resepi dari koleksi sendiri yang saya ambil dari majalah. Cara nak buat ayam ni lebih kurang sama jer dengan ayam panggang yogurt. Rasanya pun memang sedap. Cuma ayam saya terlebih merah sebab terbubuh lebih pewarna…. next time tak letak pun tak mengapa!!! So… sesiapa yang nak cuba boleh layan resepinya kat bawah!!
Resepi Ayam Tandoori
1 ekor ayam
1 labu bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 1/2 sudu makan halia kisar
100 ml yogurt
sedikit pewarna merah ( optional)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 1/2 serbuk cili
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
garam
Cara Penyediaan
1. Kisar semua kecuali ayam hingga sebati.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama ayam dalam plastik berzip. Kemudian Perap dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang  2 jam.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 1 -1 1/2 jam. Balik2 kan ayam supaya rata masaknya.
4. Bolehlah dihidangkan dengan beriani atau roti nan serta Raita.
Bahan2:-
+ 2 ekor ayam – belah 4-(Ayu gunakan 3kg chicken wings)
Rempah ratusnya:-(Ayu  gunakan semua sudu besar except garamlah)
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 sudu teh garam +serbuk perasa-(Ayu tambah)
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 3 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu sos tiram
+ pewarna merah
Cara2:-
Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.(Ayu gunakan plain yogurt aje)
Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke dalam pengisar.
Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.
Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.
Ok, sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap ayam ini selama 5 jam sahaja.Bakar 170C selama 1 jam.
(Ayu tak bakar sebab nak cepat so goreng aje..heheh)

*Cara aku,aku kisar guna blender kering bawang2,daun pudina,halia bagai,pastu kat mangkuk yg lain aku satu kan semua rempah2 yg jnis serbuk n bhn2 lain,pastu msukkan juga yogurt,gaul2 sebati,baru campur ngan bhn kisar,pastu aku baru lumur atas ayam,Aku bakar 170 c .-(Ini cara Zaliedana)

No comments:

Post a Comment