Sunday 5 August 2012

Nasi Kerabu Kelantan





Saya memang belajar buat nasi kerabu ni sejak dari remaja dan kebetulan sekarang Nana pula memang suka makan nasi kerabu. Bagi memastikan kuah tumis yang sedap, saya sms my  cousin Cik gu Wan Faizah bertanyakan cara cara beliau menyediakan kuah tumis yang sangat sedap. Beliau memang handal dalam bab masak memasak terutama masakan Kelantan seperti juga emaknya, yang saya panggil Kak Nik Bidah. 

Kuah tumis ni saya buat malam tadi kerana ianya lebih sedap jika disediakan at least semalaman. Tapi frust sikit sebab kejadiannya tak berapa mengancam kerana walaupun memasak berjam lamanya, macam tak berapa naik minyak. Saya rasa santan yang diguna telah dicampur dengan tepung kot. Zaman sekarang ramai orang suka mengaut untung dengan cara begini.  Zaman dulu saya tak tumis pun bahan kisar. Semuanya dimasak lama lama sehingga pecah minyak. Tapi kini kita perlu menjimatkan masa dan kos juga.

Ulam ulaman ni kalau di zaman dulu, kami masuk hutan untuk mencari ulaman dibuat nasi kerabu seperti daun penna, pucuk gajus dan macam macam lagi lah. Tapi zaman sekarang susah nak mendapatkan ulam macam tu, jadi sayur kubis digunakan sebagai ulam utama.  



Kelapa parut pun telah digoreng malam tadi. Begitu juga ikan rebus. Pagi ini tinggal menyiapkannya sahaja serta memasak nasi dan menghiris ulam ulaman. Saya memang suka meratah sambal kelapa ini. Masa kecik dulu, sambil menumbuk sambal kelapa, sambil masuk mulut juga.


 
Walaupun nasi kerabu biru tapi saya sediakan juga kuah tumis. Kiranya nasi kerabu ni dah kawin kedua dua versi nasi kerabu lah. Sebab saya memang suka nasi kerabu original yang menggunakan kuah tumis. Sebab tak ada bunga telang, letak jer sikit pewarna biru. Tak nak letak warna pun tak apa, biarkan putih. Jom layan lah resepinya dulu...




Nasi Kerabu Kelantan

Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 



Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula
Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. 

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.

Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.


Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.

Lauk pauk
Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa apa jer yang disukai


Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.

Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.



RESEPI NASI KERABU KELANTAN

NASI :

2 cawan nasi
3 helai daun limau purut@daun pandan
10 kuntum bunga nasi kerabu @ pewarna

CARA:

basuh beras seperti biasa.
kemudian masukkan bunga nasi kerabu.
anda juga boleh gantikan bunga nasi kerabu
dengan perwarna. untuk perwarna, anda hanya
perlu guna 2 titik perwarna untuk 2 cawan nasi.
jangan guna perwarna terlalu banyak kerana ia boleh
merosakkan warna nasi.

untuk menambahkan sedikit haruman
pada nasi, anda boleh letakkan daun limau
purut atau daun pandan. pastikan daun limau
purut atau daun pandan di koyak dengan menggunakan
tangan. jika daun limau purut atau daun pandan
dihiris dengan pisau, aroma baunya tidak
semerbak seperti dikoyak.

TUMIS BUDU :
budu secukup rasa
2 cawan santan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering(direndam dengan air panas)

cara :
kisar bawang putih, bawang merah, cili kering, santan
dan juga budu. kemudian panaskan dia atas api sehingga
santan hampir pecah minyak.

KELAPA GORENG :

2 cawan kelapa goreng (di goreng sekejap)
2 ekor ikan kembung @ selar (di rebus)
1 biji bawang besar (hiris dadu)
garam dan gula secukup rasa

cara :
buang tulang ikan yang di rebus.
kemudian campurkan ikan tadi ke dalam
kelapa yang telah di goreng. kemudian
masukkan bawang besar yang telah di hiris tadi
bersama garam dan gula secukup rasa.
kemudian goreng semua bahan tadi sehingga warna kekuningan.

KERABU :
untuk bahan kerabu,
anda boleh gunakan pelbagai ulaman seperti

kubis
bunga kantang
taugeh
kacang panjang
timun batang
etc

bahan2 ini kemudiannya di hiris halus
untuk di hidangkan bersama nasi kerabu.

untuk menambahkan selera,
makan nasi kerabu bersama daging bakar
atau ayam koreng kunyit. boleh juga ditambah keropok
keping.









No comments:

Post a Comment