Thursday, 19 April 2012

NASI GORENG SARDIN

Dalam petiais ada lauk sardin lebihan semalam…nasi pun ada lagi…buatlah nasi goreng untuk bekal anak-anak ke sekolah dan sarapan pagi tadi. Dah selalu juga masak nasi goreng sebegini….tak perlu nak explain panjang lagi….ternyata memang sedap nasi nih…dah pasti anak-anak pun suka sebab sardin kesukaan diorang.

1)NASI GORENG SARDIN
 
Bahan-Bahan:
  • 4 cawan penuh nasi putih sejuk
  • 1 tin kecil sardin (hancurkan kasar)
  • 3 biji telur (digoreng scramble)
  • 1/2 cawan kacang peas frozen
  • 1/2 biji kecil lobak merah (didadu kecil)
  • Garam secukup rasa
  • 1 sdt lada sulah
  • 3 sdb kicap manis
  • 2 sdb cili kering kisar
Bahan Tumbuk:
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
Caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masuk pula cili kering kisar, goreng lagi hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan sardin bersama sedikit sosnya, lada sulah dan kicap manis. Kacau hingga agak-agak sedikit kering.
  3. Masuk kacang peas dan lobak merah, kacau sekejap.
  4. Masukkan nasi dan gorenglah hingga nasi merata dengan bahan-bahan yang lain. Tambah garam jika perlu.
  5. Last sekali, masukkan telur scramble. Kacau lagi hingga rata.
  6. Hiaslah dengan hirisan daun bawang, sedikit ikan bilis goreng dan bawang goreng.
2) NASI GORENG SARDIN

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 pinggan nasi putih
  • 2 ketul ikan sardin (dilenyek-lenyek tanpa sos dia)
  • *2 sudu cili giling @ cili boh
  • 1 biji bawang besar (dimayang halus)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 0.5 inci halia (ditumbuk)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar kacang peas (dalam tin)
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan minyak ke dalam kuali, mula menumis apabila minyak cukup panas dengan memasuki bahan-bahan seperti bawang putih, halia dan daun kari.
  2. Apabila bawang sudah garing masukkan bawang besar, kacau sebentar sehingga layu dan masukkan cili giling @ cili boh.
  3. Agak-agak cili giling tadi sudah masak masuk sardin dan kacau sehingga agak-agak naik minyak bolehlah masukkan kacang peas dan nasi putih.
  4. Jangan lupa masukkan garam dan perasa untuk mengimbangi rasa yang dikehendaki.
  5. Kacau nasi tadi sehingga benar-benar masak dan garing (mengikut sendiri) dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment