NASI LEMAK KUKUS
bahan2 1 kg beras AAA [basuh n toskan] 1 liter santan [5 cawan santan] 3 helai daun pandan koyakkan dan simpul] 3 keping hirisan halia 3 ulas bwg merah [mayangkan] garam secukupnya sedikit gula jika suka
Cara
1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan. 2. Pindahkan nasi kedalam kukusan berlubang dan kukuskan sehingga naik wap [30 minit] 3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Bahan
250 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala] 1 senduk cili kering mesin ] 3 labu bawang besar ] dimesin halus sket belacan ] 1 cawan air asam jawa 2 labu bawang besar..mayang kasar garam gula minyak untuk tumis
Cara 1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi. 2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar. 3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan. 4. Bila dah naik minyak baru angkat.
NASI TOMATO
Bahan-Bahan: 5 cawan beras - cuci dan toskan 3 ulas bawang putih - hiris 5 ulas bawang merah - hiris 1 inci halia - hiris 3 biji Buah pelaga 3 biji Bunga cengkih 1 inci Kulit kayu manis 2 kuntum Bunga lawang 1/2 cawan susu cair 4 biji tomato - cincang 1/2 cawan sos tomato 2s/b majerin /minyak sapi Garam secukup rasa Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak) daun pandan disimpul or daun sup cincang
Cara: 1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan merjerin hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..
NASI KERABU [Versi Pantai Timur]
Bahan-bahan: Nasi putih/nasi warna biru..kak liza masak ngan bunga warna purple [org kelantan yg bagi bunga ni..masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam...
Bahan untuk Sambal Ikan : 3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya 1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 sm halia 2 batang serai 1 sudu teh lada hitam 1 sudu teh gula 1 sudu teh garam
Sambal Ikan : Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat
Bahan untuk kuah : 4 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 20 gm belacan 10 tangkai cili kering 2 sm halia 2 cawan santan cair 1 batang serai 2 sudu teh gula 1 sudu teh garam
Cara 1. Masak santan sehingga mendidih. 2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih. 3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api. 4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.
Bahan untuk ulam : 1/2 biji timun - dipotong halus 1/4 biji kobis bulat - dipotong halus 20 gm belacan 1 ikat daun kesom - dihiris halus 2 batang serai - dihiris halus 2 kuntum bunga kantan - dimayang 5 batang kacang panjang - dipotong halus 50 gm taugeh 2 sudu besar budu 2 sudu kecil lada sulah
Cara 1, Gaulkan semua ulam-ulaman. 2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.
NOTA: Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..
NASI KERABU/ULAM [Versi Utara] Bahan-Bahan: 600 gm nasi yang telah disejukkan 1 keping ikan talang
1 s/b udang kering [gorengkan tanpa minyak]
40 gm bawang merah 3 helai daun mengkudu 1 tangkai daun selom 1 tangkai daun kesum 1 helai daun kunyit 3 helai daun kaduk 5 helai daun pegaga 5 helai daun ulam raja 3 helai daun sekentut 1 batang serai 1 sudu besar kerisik [ditumbuk halus] 1 sudu teh serbuk lada
Cara: 1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai. 2. Bakar ikan kering dan tumbuk. Tumbuk udang kering. 3. Mayang bawang merah halus-halus. 4. Ambil nasi yang sejuk. Jika ada yang berketul, pecahkan. 5. Gaul nasi dengan daun-daun, serai, serbuk lada, ikan kering, udang kering, kerisik dan bawang. 6. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat. Jika rasa kurang masin bolehlah taburkan garam.
Tambahan: Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya. Lebih banyak lebih sedap. Boleh juga sebagai tambaha sediakan asam rebus keladi.
NASI BERIANI SAYUR Bahan-Bahannya: 4 cawan beras basmati [basuh dan toskan] 1/2 cawan susu cair 1 tongkol jagung [ambil isi saja] 4 cawan air 1 batang lobak merah [diparut] 1/2 cawan kacang peas 1 cawan lada benggala merah dan kuning [dipotong dadu] 1/2 cawan kismis
Bahan tumis 1 inci kulit kayu manis 4 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 2 biji bawang besar [mayang halus] 3 ulas bawang putih[cincangkan] 2 cm halia [mayang halus] 1 s/b rempah kurma [bacuhkan sikit ngan air] 1 helai daun pandan 3 s/b minyak 3 s/b minyak sapi
untuk hiasan Hirisan telur dadar bawang goreng daun bawang [mayangkan] Cara membuatnya 1. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk rice cooker. 2. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 3. Masukkan air, garam dan susu cair. 4. Bila mendidih, masukkan beras dan semua bahan sayuran. 5. Alihkan peiruk kedalam periuk nasi dan masak saperti biasa. 6. Bila dah nampak kering gemburkan sekali dan tekan suiz semula. Biarkan kering lagi. 7. Hidangankan dalam pinggan hidang besar yg leper dan taburkan bahan hiasan. 8. Makan dengan ayam masak merah atau gulai kerutub daging dan juga daun salad.
NASI MINYAK WARNA WARNI
Bahan-bahan: 4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan] 5 cawan air 1/2 cawan susu cair 3 biji tomato buah [cincangkan] 1 batang serai [ketukkan] 2 helai daun pandan [simpulkan] 1 kiub ayam 1 s/k garam pewarna hijau merah dan kuning 1 sudu besar minyak sapi 2 sudu besar majerin
Bahan tumis: 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 1 inci kulit kayu manis 1 inci halia ] 3 ulas bawang merah ] tumbuk 1 ulas bawang putih ]
Bahan hiasan: bawang goreng daun bawang [mayang]
Cara membuat: 1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. 2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi. 3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh. 4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata. 5. Masakkan saperti nasi biasa. 6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan. 7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi. 8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.
NASI CARROT aka NASI LOBAK MERAH
Bahan 6 caw beras bathmati....basuh dan toskan 2 caw carrot [potong dadu kecil] 1 caw susu cair 8 caw air 2 kiub ayam knorr 5 ulas bawang merah.] 3 ulas bawang putih ] mayang halus 2 cm halia ] 2 s/b rempah beriani 2 biji buah tomato.....potong dadu 3 s/b minyak sapi 2 cm kulit kayu manis ] 2 kuntum bungka lawang ] 5 biji bunga cengkih ] bahan tumis 3 biji buah pelaga ] 1 tangkai daun ketumbar.....mayang daun pandan........simpulkan garam gula
Cara... 1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan. 2. Bila dah wangi masukkan rempah beriani. Biarkan naik minyak. 3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr, tomato dan susu cair. Biarkan mendideh. 4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar. 5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa. 6. Bila telah masak bolih dihidangkan bersama Ayam Masak Merah, Kari Daging dan Acar Timun.
NASI AYAM DIET Bahan: 1 ekor ayam [potong 2] 5 ulas bawang putih[ketuk] 2 inci halia[ketuk] 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga 1 s/b kicap cair 4 tin susu beras AAA 2 helai daun pandan[disimpulkan] carrot[potong dadu]
sayuran Daun salad timun tomato daun sup & daun bawang[racik] bawang goreng garam secukupnya
Sos Cili 10 biji cili merah 2 ulas bawang putih 2 s/b Apple Cider Venigar atau jus limau gula & garam secukupnya
Cara 1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga. 2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam. 3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit. 4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa. 5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi. 6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya. 7. Sayur dipotong mengikut suka. 8. Ayam dipotong kecil. 9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.
NASI GORENG USA Bahan-Bahan: 4 pinggan nasi putih 4 ulas bawang merah [cincang] 2 ulas bawang putih [cincang] 1 biji cili capsicum merah 1 biji telur ayam (digoreng hancur) 1 mankuk kecil daging ayam [dipotong nipis dan kecil] 1/2 cawan mix-vege 1 sudu kecil lada hitam [ditumbuk lumat] Garam majerin
bahan hiasan telur mata kerbau salad coleslow daun sup tomato buah
Cara: 1. Panaskan majerin, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dicincang beserta lada hitam. 2. Tumis hingga naik baunya. 3. Masukkan daging ayam dan biarkan seketika sehingga daging tersebut masak 4. Kemudian masukkan mix-vege dab telur hancur tadi. 5. Kacau hingga semuanya sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. 6. Kemudian masukkan nasi dan gaulkan hingga sebati. 7. Angkat dan masukkan dalam pinggan hidangan dan hiaskan saperti dalam gambar.
NASI GORENG NENAS
bahan: 2 mangkuk nasi putih [sejukkan] 1/2 cawn nenas dalam tin[asingkan airnya] 1 biji telur [pukul sikit] 5 ekor udang besar 100 gm isi ayam [hiris kecil dan nipis] 2 ulas bawang putih ] 3 ulas bawang merah ] hiriskan 1/2 cawan mix-vege 1 biji lada merah [cincang] 1 s/b sos ikan [sos nampla] 1 s/b sos tiram 1 s/b lada hitam 2 s/b majerin
cara: 1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang merah dan putih yg dihiris. 2. Masukkan ayam, udang. dan mix-vege . Kacau rata. 3. Masukan telur dan biarkan mask sikit baru dihancurkan. 4. Masukkan nasi, sos nampla, sos tiran dan nenas. Kacau rata. 5. Bila dah nampak agak garing boleh angkat dan masukkan dalm buah nenas yg dibelah 2 dan korek isinya. 6. Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan. 7. siapppppp
NASI GORENG IKAN MASIN
Bahan-Bahan: 2 mangkuk nasi putih 1 keping ikan tenggiri masin [ gorengkan dan pecah2kan] 2 biji telur 6 pokok kangkung [potong kecil] 1 s/b sos nampla [sos ikan] 1 pokok daun bawang [racikkan] minyak
bahan tumbuk 2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 5 biji cili api sedikit belacan sediki ikan bilis garam
Cara: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau. 2. Masukkan nasi, kangkong dan sos nampla. Gaulkan rata. 3. Masukkan telur dan biarkan agak masak sikit baru di kacau hancur. Gaulkan rata. 4. Taburkan ikan masin dan gaulkan rata. 5. Angkat dan masukkan dalam pinggan. 6. Taburkan daun bawang dan hidangkan bersama keropok keping.
NASI GORENG HAWAII
Bahan-Bahan: 3 mangkuk nasi sejuk 3 ulas bawang merah ] hiriskan 3 ulas bawang putih ] 1 biji cili capsicum ] potong dadu 2 biji cili merah ] 1 cawan mix-vege 2 batang frankfurter [potong dadu] 5 biji chicken ball [potong kecil] 1 s/b lada hitam 2 biji telur 2 s/b majerin
1 pokok daun bawang [potong kecil]...hiasan
Cara: 1. Panaskan marjerin. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan cili capsicum dan cili merah dan tumis hingga naik minyak. 3. Masukkan mix-vege, chicken ball dan frankfurter. Kacau hingga sebati. 4. Masukan nasi, lada hitam dan garam. Goreng hingga semua bahan sebati. 5. Pecahkan telur kedalam nasi. Kacau dan gaulkan sebati. 6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang. 7. Sedia untuk dimakan.
NASI GORENG TOMYAM
Bahan-Bahan: 1 mangkuk besar nasi putih 4 ulas bawang putih ] 3 ulas bawang merah ] tumbuk 100 gm udang kecil 100 gm isi ayam [ hiris nipis] 2 s/b pes tomyam [2 kiub tomyam ] 4 batang kacang panjang [potong kecil] 1 batang carrot [ potong dadu kecil] 2 keping daun kobis [ potong kecil] 1 pokok daun ketumbar [daun yg digunakan untuk tomyam] 3 biji cili merah [potong kecil] 1 s/k sos nampla 2 s/b minyak Garam
Cara: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau. 2. Masukkan kib tomyam, isi udang, ayam, cili merah. carrot, kobis dan kacang. Masakkan sehingga agak layu. 3. Masukkan nasi, sos nampla dan garam. Gaulkan rata. 4. Angkat nasi dan masukkan dlam pinggan hidangan. 5. Taburkan hirisan daun ketumbar.
NASI GORENG UDANG
bahan 2 pinggan nasi putih 1 cawan udang basah besar (buang kulitnya dan tinggal bahagian ekor sahaja] 1 cawan sayur campur [mix vege] 1 biji telur (dipukul) 2 ulas bawang putih [ketuk] 1 s/k lada hitam 1 biji laga merah [cincang] 1 pokok daun bawang [ mayang] Garam secukup rasa minyak
hiasan bawang goreng keropok telur mata kerbau
Cara: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. 2. Masukkan udang dan mix-vege dan kacau ratau. 3. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. 4. Masukkan nasi serta sedikit garam dan gaulkan rata. 5. Tutup api dan angkat. 6. Hidangkan bersama bahan hiasan.
NASI GORENG KAMPUNG Bahan-Bahan: 4 cawan nasi sejuk [hancurkan] 2 biji telur ayam [pukul sikit] 5 tangkai kacang panjang [potong 1/2 inci] minyak untuk menumis Garam secukup rasa
bahan tumbuk 2 biji bawang putih 2 biji bawang merah 6 biji cili padi 2 biji cili merah segengam ikan bilis 1 inci belacan
Cara: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya. 2. Masukkan kacang panjang dan kacau sehingga sedikit layu. 3. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan 4. Masukkan nasi, dan garam. Kacau sehingga masak. 5. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan keropok goreng.
NASI ARAB Bahan 6 cawan beras basmati 6 cawan air 4 s/b minyak sapi 4 s/ minyak jagung garam - secukup rasa
bahan tumis 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 kuntuk bunga cengkih 2 ulas buah pelaga Cara: 1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis. 2. Masukkan 3 cawan beras dan kacau sehingga rata dan garing i & perang. 3. Masukan baki beras dan gaulkan dengan beras yang telah digoreng. 4. Masukkan garam dan air perlahan-lahan agar beras yang digoreng tidak terapung tutup periuk. 5. Masukkan dlam rice cooker dan biarkan sehingga masak saperti nasi biasa.
NASI GORENG KERABU
Bahan-Bahan: 4 cawan nasi sejuk 2 ulas bawang merah-ditumbuk 2 ulas bawang putih-ditumbuk 10 biji cili api-ditumbuk 100 gm Isi ayam dipotong kecil 100 gm udang 100 gm Ikan bilis goreng 1 batang serai 1 batang bungan kantan 1 helai daun kunyit 3 helai daun limau purut 5 batang kacang panjang 5 batang kacang botol 5 putik jagung muda 1 batang lobak merah kecil- potong dadu sedikit garam minyak sos ikan/nampla
Cara: 1. Mayang halus bahan sayur. 2. Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus. 3. Apabila sudah garing masukkan ayam, udang dan biarkan seketika. 4. Kemudian masukkan nasi dan kacau. 5. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan juga bahan-bahan yang telah dimayang. 6. Kacau hingga rata dan renjiskan sos ikan. 7. Bila sayur tu nampak agak layu bolehlah diangkat dan hidangkan.
Kak liza suka masak nasi goreng ni sebab baunya wangi
NASI BERIANI JAGUNG
Bahan 6 caw beras bathmati....basuh dan toskan 2 caw jagung parut/jagung frozen 1 caw susu cair 8 caw air 5 ulas bawang merah.] 3 ulas bawang putih ] mayang halus 2 cm halia ] 2 s/b rempah beriani 2 biji buah tomato.....potong dadu 3 s/b minyak sapi 2 cm kulit kayu manis ] 2 kuntum bungka lawang ] 5 biji bunga cengkih ] bahan tumis 3 biji buah pelaga ] 1 tangkai daun ketumbar.....mayang daun pandan........simpulkan garam gula
Cara... 1. Panaskan minyak sapi dlam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan. 2. Bila dah wangi masukkan rempah beriani. Biarkan naik minyak. 3. Masukkan air, garam, gula, tomato dan susu cair. Biarkan mendideh. 4. Masukkan beras, jagung dan daun ketumbar. 5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa. 6. Bila telah masak bolih dihidangkan bersama Ayam Masak Merah, Kari Daging dan Acar Timun.
NASI MINYAK |
|
|
Bahan 1 kg beras bathmati 5 ulas bawang merah ] 3 ulas bawang putih ]-dihiris 3 cm halia ] 2 helai daun pandan..koyak & simpulkan 3 tangkai daun kari 5 gm kulit kayu manis 3 gm bunga lawang 3 gm cengkih 3 gm pelaga 1/2 cawan susu cair 2 biji tomato..cincang kecil 1 liter air 2 s/b minyak sapi bawang goreng kismis bawang-dihiris halus
Cara Membuat 1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk rice cooker. 2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan susu, daun kari, daun pandan dan air secukupnya. 4. Masukkan beras & tomato dan biarkan sehingga kering dan masak. 5. Untuk menghidang, hiaskan dengan bawang goreng, kismis dan daun bawang.
DALCA Bahan-Bahan: 600 gm daging 3 biji ubi kentang 5 batang kacang panjang 1 biji carrot 1 cawan kacang dhal.....rebus lembut 6 biji buah belimbing buluh 4 biji cili hijau 2 biji mangga muda 2 biji tomato 1 labu bawang besar 2 biji terung bulat putih atau biru 4 cawan santan 1 bungkus rempah kari daging.. dibancuhkan dgn air asam jawa 4 ulas bawang merah ] 2 ulas bawang putih ] hiriskan 3 cm halia ] 1 sudu besar minyak sapi 3 sudu besar minya Garam secukup rasa
Cara: 1. Potong daging 2.5 cm x 2.5 cm dan bersihkan. 2. Belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung. 3. Potong kecil mangga muda. 4. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm. 5. Panaskan minyak sapi & minyak . 6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi. 7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak, 8. Masukkan daging dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk. 9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong. 10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk. 11. Masukkan garam. 12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji. 13. Renehkan sehingga naik minyak lagi. 14. Siap untuk hidangan
AYAM MASAK MERAH Bahan-Bahan: 1 ekor ayam ..dipotong kecil..
bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng
Bahan untuk dikisar: 10 tangkai cili kering 5 tangkai cili merah 3 cm halia 3 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 2 btng serai 4 biji tomato 2 S/B tomato sos
kacang peas bawang besar..potong gelang minyak masak Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Cara: 1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. 2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 3. Gaulkan hingga sebati dan rata. 4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
NASI DHALL |
|
|
Kak liza selalu masakkan untuk anak2 jika mereka jemu makan nasi putih... disamping ianya rengkas..tetapi penuh ngan nutrition... sesuai ngan tumbesaran kanak2... NASI DHALL 5 cawan beras bathmati 6 cawan air biasa 1/2 cawan susu cair 3 s/b minyak sapi 2 s/b minyak
1 cawan kacang dhal [basuh dan rendam air panas] 3 helai daun pandan - disimpul daun sup - mayang kasar. garam
Bahan Kisar 2 labu bawang besar 3 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih 3 cm halia
rempah tumis
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis 2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Bahan Hiasan ½ cawan kacang gajus goring bawang goring
CARA MASAK:
1. Panaskan miyak dan minyak sapi dalam bekas periuk nasi eletrik [Rice Cooker]. Tumiskan bahan tumis dan daun pandan dan masukkan pula bahan kisar. Biarkan sehingga wangi.
2. Masukkan beras, air, susu cair, daun sup, garam dan kacang dhal. Pindahkan peiuk kedalam Rice Cooker. Masak saperti nasi biasa.
3. Bila telah kering, kacau dan hidangkan. Hiaskan dengan kacang gajus dan bawang goreng.
4. Hidang nasi dengan ayam goreng dan gulai daging + kentang...
|
NASI PILAF
Bahan: 1 kg beras bathmati..basuh dan toskan 1 liter air 1/2 tin susu cair 1 labu bawang besarr..potong dadu 3 ulas bawang putih..] 1 inci halia. ] tumbuk 6 sudu beasr minyak sapi 1 tin kacang peas 3 biji cili hijau....belah 2 1 sudu kecil kunyit 6 kumtum bunga cengkih ] 1 inci kayu kulit kayu manis ] bahan tumis 2 kuntum bunga lawang ] 1 cawan tairu 1 pokok daun sup..racik kasar 1 cawan kacang gajus sedikit kismis garam
Cara: 1. Panaskan minyak sapi dalam periuk rice cooker dan tumskan bawang besar, bawang putih, halia dan bahan tumis sehingga wangi dan garing. 2. Masukkan semua bahan kecuali kacang gajus dan masakkan nasi dalam rice cooker saperti biasa. 3..Bila nasi dah kering/masak...kacau/gemburkan. 4. Bila hidang..taburkan kacang gajus dan bawang goreng. 5. sedap dimakan dgn ayam masak merah atau rendang ayam/daging..
NASI KERABU
Bahan-bahan:
Nasi putih/nasi warna biru..kak liza masak ngan bunga warna purple [org kelantan yg bagi bunga ni.. masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam...
Bahan untuk Sambal Ikan : 3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya 1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 sm halia 2 batang serai 1 sudu teh lada hitam 1 sudu teh gula 1 sudu teh garam
Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat
Bahan untuk kuah : 4 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 20 gm belacan 10 tangkai cili kering 2 sm halia 2 cawan santan cair 1 batang serai 2 sudu teh gula 1 sudu teh garam
Masak santan sehingga mendidih. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.
SOLOK LADA
Beberapa biji cili hijau (sebaiknya warna hijau keputihan tu) dibelah dua memanjang..buangkan bijinya
Isi ikan....ikan kembung/tenggiri...anggaran 1 cawan kelapa muda (parut) ...1 cawan 3 ulas bawang merah...mayang 1 biji telur garam
Cara: 1. Semua bahan ni digaul dan masukkan dalam cili hijau tu. 2. Kukuskan cili ni selama 15 minit. 3. Hidangkan bersama nasi kerabu...
Bahan untuk ulam : 1/2 biji timun - dipotong halus 1/4 biji kobis bulat - dipotong halus 20 gm belacan 1 ikat daun kesom - dihiris halus 2 batang serai - dihiris halus 2 kuntum bunga kantan - dimayang 5 batang kacang panjang - dipotong halus 50 gm taugeh 2 sudu besar budu 2 sudu kecil lada sulah
Gaulkan semua ulam-ulaman. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng... atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..
Banyak nyer nak buat..adui..penatnya.. kak liza dah try buat sekali...pastu rasanya kalau setakat 2 atau 3 org nak makan.. baik beli jer...kat sini mudah sangat dapat nasi kerabu ni.. sedap dan agak murah tau... kalau nak buat jamuan barulah barulah berbaloi masak nasi kerabu ni...
NASI DAGING
Bahan: 1 kg. daging....potong sebesar 2 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut 6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan 8 cawan air rebusan daging 1 cawan susu cair garam & gula secukup rasa
2 labu bawang besar ] 3 ulas bawang putih ]mayang halus atau tumbuk 1 inci halia ]
2 inci kulit kayu manis ] 2 kuntum bunga lawang ] 5 kuntum bunga cengkih ] bahan tumis 3 kuntum buag pelaga ]
3 sudu besar minyak sapi 1 tin tomato sup 3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air 2 sudu besar kismis 5 helai daun pandan ..disimpulkan
Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker 2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan. 3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi. 4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh. 5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis 6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa. 7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.
NASI DAGANG
Bahan-bahan 3 cawan beras 1 cawan beras pulut sedikit halba 2 cawan santan pekat garam secukup rasa 3 helai daun pandan
Bhn utk DiMayang 10 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 4 cm halia
Cara-cara membuatnya
1.Beras dan pulut disatukan dan dibersihkan. Rendam semalaman. 2.Ambil periuk pengukus dan belah dua atau tiga daun pandan kemudian aturkan silang menyilang atas periuk pengukus. Tujuannya bagi mengelakkan beras daripada banyak jatuh kedalam lubang pengukus dan baunya yang sedap. Kukus hingga masak. 3.Apabila sudah masak masukkan pulut kedalam mangkuk besar. Gaul dengan santan yang telah dibubuh garam, bahan-bahan yang sudah dimayang serta halba sehingga samarata. 4.Kukuskan sekali lagi sehingga nasi tanak. 5.Angkat nasi dagang sudah dimasak dan hidangkan bersama gulai nasi dagang dan acar.
Gulai ikan tongkol untuk nasi dagang...
1 ekor ikan tongkol/tenggiri...] 6 kepng asam keping............] potong...bersih dan rebuskan garam secukupnya................] 3 s/b rempah kari ikan 2 s/b cili mesin 4 ulas bawang kecil....tumbuk halus lengkuas...tumbuk kasar 2 cawan santan pekat 1 s/b gula merah 1 s/b kerisik air asam jawa secukupnya minyak unyuk tumis cili api dan belimbing buluh
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah kari yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa. Biarkan garing. 2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendideh. 3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api. 4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.
Acar Timun.
Timun Lobak Merah (Carrot) Cili merah & Hijau Bawang Besar Cuka gula dan garam Air kapur
Cara. 1. Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus saperti batang macis. 2. Lobah merah, cili merah & cili hijau dimayang halus saperti timun juga. 3. Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga. 4. Rendamkan semua bahan yang dimayang dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30 minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering. 5. Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati. 6. Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata. 7. Hidangkan bersama nasi dagang.
NASI DAGANG BERAS MERAH [BROWN RICE]
Bahan
1 kilo beras nasi dagang (yg warna merah tu..brown rice) {1/2 kilo sedikit beras biasa (kalau nak campur kalu tak terpulang)} 1 biji Santan pekat garam dan gula secukup rasa bawang kecil ] halia muda ] mayang sedikit halba
Cara-caranya :
1. Rendamkan beras tersebut 2 jam 2. Kukuskan beras tersebut sehingga ½ masak dan gaulkan dengan santan. 3. Taburkan bawang merah dan halia serta halba dan ratakan. 4. Kukuskan lagi sehingga ia benar2 masak. 5. Hidangkan brsama lauk saperti nasi dagang putih/beras biasa.
|
|
|
|