Sunday, 1 September 2013

KEK RED VELVET MOIST



Assalamualaikum dan salam sejahtera.... mengejar kesempatan utk memasukkan n3.. lately nih banyak yang disibukkan dan kadang tu sajer2 menyibukkan diri makanya tak dan dan la nak update blog... pada kengkawan yang blom sempat hana blogwalking tuh insyaAllah kunjungan akan tiba bila ada kesempatan ye.. ppon tima kasih pada yang masih setia dan sudi dengan hanamemories.  pada blogger baru selamat berkenalan.... :)

  
berbalik pada kek yang sangat sedap nih.... agak berbeza sedikit dengan kek red velvet yang sblm2 nih... sebabnya yang nih agak mudah (pada aku la...) dan ianya sangat la moist... bleh la nak kategorikan the best red velvet cake.. idea resepi nih dari SINI.. nak tengok video pon ada disitu.. tapi resepi yang nih aku dah olah sedikit ... tak sampai sejam kek sedap dah siap! jom tengok resepi...


RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

 

No comments:

Post a Comment