Thursday 30 November 2017

CARROT RICE AND MASALA BEEF


RESEPI NASI KARROT:



Bahan-bahan (10-13 orang )

Bahan A - dikisar
    * 2 sudu besar lada putih
    * 3 sd besar jintan manis
    * 10 ulas bawang putih
 
Bahan utk menumis:
    * Buah pelaga, Bunga lawang
    * Bunga cengkih, Kulit kayu manis

Bahan-bahan lain:
    * 6 cawan beras (cuci & toskan)
    *2 batang carrot dipotong 1.5 inci panjang dan dipotong halus memanjang
    * 10 biji cili api (boleh kurangkan sekira tak mahu pedas)
    * 4 tomato (potong dadu & campurkan gula batu sedikit)
    * 3 biji bawang besar (di hiris)
    * 5 sd besar minyak sapi
    * 4.5 cawan air rebusan daging. Gunkan air rebusan daging untuk masak masalla
    * 1 cawan santan pekat (susu)
    * garam
    * daun pandan
    * Kismis hitam (warna lain pun boleh)
    *Daun sup untuk tabur atas nasi
    *Bawang goreng untuk tabur atas nasi

Cara-cara
1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan bahan penumis, bahan
    A, cili api, garam, dan biarkan hingga naik bau.2.2. Masukkan air rebusan daging, santan, tomato 2. Masukkan air rebusan daging, santan, kismis, tomato, daun pandan dan beras yg digaul bersama 
    carrot. 
3. Kacau kerap-kerap supaya tidak berkerak. Apabila kering, kecilkan api dan kacau kadang- kadang
    supaya nasi masak sekata.


RESEPI DAGING REMPAH GARAM MASALA:

Bahan-bahannya
2 KG daging tanpa tulang
7 sudu kecil rempah garam masala
6 biji bawang besar (2 blend and 4 dadu besar-besar)
17 ulas bawang putih
4 inci halia
4 sudu kecil jintan manis
4 sudu besar serbuk rempah kari
7 sudu besar serbuk rempah korma
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
10 tangkai cili kering
5 batang kulit kayu manis+6 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara:
1. Potong daging sederhana tebal (bentuk kiub). Rebus daging hingga mendidih. Tutup periuk dan gunakan api kecil sahaja. Biarkan hingga daging empuk betul.
TEKNIK MENGEMPUKKAN DAGING:
- Boleh masukkan seketul gula batu (saiz telur puyuh) dalam air rebusan.
- Ataupun masukkan akar daun pandan dalam air rebusan.
- Membungkus daging yang akan dimasak dengan daun betik selama beberapa jam.
- Memasukkan sendok ke dalam air rebusan daging
- Rebus air dengan sedikit beras hingga mendidih baru masukkan daging dan rebus hingga   
  empuk.
- Perapkan daging dengan parutan nenas sebelum dimasak.

2. Kisar halus bawang besar, halia, cili kering. Panaskan api dan tumis daun kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau.
3. Campurkan rempah kari, rempah korma dan garam masala, jadikan pes dan curah dalam periuk, kacau sebati, dan biarkan bahan tumisan agak garing, selepas itu masukkan daging.

4. Kemudian masukkan santan, air, kentang serta kicap pekat dan kicap manis. Masukkan garam dan gula sesuka rasa. Masak hingga daging dan kentang empuk. Angkat apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak.


RESEPI MEMBUAT GARAM MASALA DIRUMAH
BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar (tbsp) biji rempah/corriander seed.
1 sudu besar biji jintan putih/cummin seed.
1 sudu besar lada hitam.
1 1/2 sudu besar halia kering/salai (senang boleh didapati di kedai rempah.
3/4 sudu besar buah pelaga.
3/4 sudu besar cengkih.
3 kuntum bunga lawang.
5 biji cili kering.
3/4 sudu besar kulit kayu manis yg telah dihancurkan.
3/4 sudu besar daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).
CARA-CARA:
1. Goreng kering semua rempah ini dengan api dapur sedrhana. Jangan hanguskan.
2. Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.
3. Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Boleh juga adunkan dengan serbuk buah pelaga 1/4 sudu kecil. Simpan dibotol yang kedap udara. Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 bulan.
Nota: Garam masala diadunkan pada masakan anda pada akhir masakan bukan pada permulaan. Apa yang Mamak haji perhatikan ramai di antara kita suka menumis rempah dengan minyak masak yang panas. Cara seperti ini bukan saja menghilangkan bau haruman rempah tetapi bila hangit dan akan pahitkan masakan kita. Rempah yang pada awal masakan mengeluarkan bau haruman akan hilang selepas dimasak. Cuba kali ini berbeza sedikit pasti masakan kari anda mengeluarkan bau ang harum semasa dihidangkan. Ia sama seperti masakan tom yam jangan sekali masukan air perahan limau dan daun limau purut pada awal masakan dan didihkan. Rasa limau dan wangi daun limau purut akan bertukar dari rasa dan bau asli. oops! lupa nak pesan, garam masala ini bukan rempah kari yea, ia adalah bahan rempah yang mewangikan kari anda seperti anda suka guna rempah 4 serangkai dalam masakan kari.

No comments:

Post a Comment