Sunday 20 October 2013

BELOTOK

MEMORI TOK SOFI; KUIH BELOTOK KG. PONDOK

                                
   Salam ukhuwah dan salam hari jumaat yang penuh keberkatan. Cepat sungguh masa berlalu. Kali ini entri saya nak mengimbau kenangan bula puasa di kampung 1970 an di Kedah. Kuih kegemaran kita orang ialah kiuh belotok ( pak tungku pun orang sebut juga ). Saya pun tak tahu belotok tu apa, tahu makan saja.Emak saya selalu buat kuih ni. Lapisan adalah keledek dan intinya adalah daging. Memang sedap dan wangi baunya.
    Semalam saya cuba-cuba buat semula kiuh tu, ingat-ingat lupa resepi dia. Buat teman-teman yang mencuba, kalau ada yang kurang tambah, kalau lebih kurangkan, resepi ni masih dalam tempoh percubaan, apa-apa pun mari kita cuba buat.
 Resepi;Untuk bahagian badan.
 1. Ubi keledek-------------- 500gm
 2. Tepung gandum-------- 1 cawan( control tepung, kalau banyak ,keras )
 3. Garam------------ secukup rasa.
  
  Resepi;untuk inti
 1. Daging hancur( mince meat )-------------- 1 cawan
 2.Rempah kurma----------------------------- 1 sudu makan
 3. Rempah kari-------------------------------- 1 sudu teh
 4. Jintan putih biji---------------------------- 1/2 sudu teh
 5. Bawang besar------------------------------- 1 biji}potong halus dadu
 6. Daun sup------------------------------------- 1 tangkai} potong halus
 7. Lada hitam mesin--------------------------- 1/2 sudu teh
 8. Carrot----------------------------------------- 1/2 biji}potong dadu halus
 9. Garam----------------------- secukup rasa
 1o. Bawang putih---------------------------- 2ulas} mesin

 Cara membuatnya;untuk badan;
  1. Buang kulit ubi keledek, bersihkan, potong kecil dan rebus sehingga lembut,masukkan garam.
  2. Tapis ubi yang lembut hingga kering air.
  3. Lenyek ubi sehingga hancur dan halus.
  4. Masukkan tepung kedalam ubi dan uli sehingga sebati.

 Cara membuat; untuk inti;
  1. Tumis bawang putih, jintan dan bawang besar sehingga wangi.
  2. Masukkan daging dankacau sehingga masak, masukkan rempah kurma dan kari, kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan carrot, daun sup, lada hitam dan garam, kacau sebentar dan sudah masak.
        
                                                                             1

                                 Adunan yang telah di uli( keledek dan repung )
  
                                                                                 2
                                  Leperkan adunan mengikut saiz di sukai dan 
                                  inti di tengah dan cantumkan bahagian luar
                                   untuk menutup inti.

                                                                             3

                                 Goreng dan golekkan semasa menggoreng dengan api 
                                     sederhana dan dah siap. Selamat mencuba dan
                                                           selamat berbuka.





BELOTOK


Bahan-bahan untuk Belotok
Untuk Isinya:
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar – dicincang
2 ulas bawang putih -dicincang
300 gm daging ayam – dipotong dadu kecil
2 biji kuning telur
3 batang daun ketumbar
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu serbuk jintan puteh.

Untuk kulitnya:
600 gm keledek (oren) – direbus dan dilenyek
250gm tepung 
½ sudu teh garam

Minyak masak untuk mengoreng

Penyediaan Belotok 
1. Campurkan keledek, tepung dan garam dan jadikan satu adunan yang lembut tetapi tidak melekit.

2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, jintan putih, manis dan serbuk lada hitam hingga naik wangi.

3. Masukkan isi ayam dan goreng hingga agak kering. Campurkan kuning telur dan kacau hingga telur masak dan isi tersebut kering. Angkat dan ketepikan.

4. Bahagikan doh keledek tersebut dalam kira-kira 20-30g. Bulat-bulat kan. Leperkan dan isikan dengan sesudu inti ayam tersebut. Tutup adunan tersebut dan bujurkan sedikit. Ulang sehigga doh habis.

5. Panaskan minyak dalam kuali dan bila panas goreng belotok hingga garing.

1/2 kg ubi keledek oren direbus dengan sedikit garam kemudian lecek
5 - 6 sb tepung gandum
1 sb majerin

1. Keledek yang siap dilecek dibiarkan sejuk seketika kemudian baru masukkan tepung dan majerin kemudian diuli sebati serta lembut.

2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian kemudian dibentuk bulat memanjang kemudian dipotong-potong sama besar.

3. Ambil sepotong,bulat-bulatkan di tapak tangan kemudian masukkan inti dan bentukkannya menjadi lonjong....buatlah sehingga habis dan boleh digoreng.

Intinya

2 cawan daging / ayam (cincang halus atau beli je daging kisar)
3 biji ubi kentang dipotong dadu halus-halus dan direbus
1 labu bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
sedikit lobak merah (jika suka) dipotong dadu halus
sedikit daun sup dan daun bawang dihiris halus
3-4 biji cili api dicincang halus (jika mahu pedas)
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 !/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
air secukupnya
sedikit minyak

1. Panaskan minyak ,masukkan bawang besar dan bawang putih,kemudian masukkan rempah-ratus tadi.

2. Masukkan daging dan sedikit air,kacau-kacau supaya tidak berketul,bila daging dah kelihatan masak masukkan kentang,carrot, garam,daun bawang dan daun sup.

3.Bila kelihatan kering dan dah sebati semuanya tutupkan api dan biarkan sejuk dan boleh digunakan. 

No comments:

Post a Comment