Tips
- Jangan ada walau sedikit pun kuning telur
- Jangan ada walau setitis pun air dalam adunan.
- Jangan guna telur yang dikeluarkan dari peti sejuk kerana walaupun telah sejuk dengan suhu bilik, masih ada wap air
- Masa buat cream, bekas, heavy cream dan pemukul cream mestilah dimasukkan dalam peti ais 30 minit terlebih dahulu. Lagi lama lagi bagus.
- Panaskan oven pada 150 ' C selama 15 min. Bila dah bakar maringe selama 15 minit, turunkan suhu oven ke 140'C
- Masak selama 1 jam. Buka pintu oven dan biarkan terbuka hingga meringue betul-betul sejuk.
- Masa tunggu meringue masak, buat whip cream dan masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam freez.
- Bila nak makan barulah bubuh cream atas meringue.
CADANGAN RESEPI MERINGUE
4 biji putih telor besar
Hampir 1/3 cawan telur halus
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila
3 sudu makan tepung jagung
CADANGAN RESEPI WHIPING CREAM
PAPLOVA 1
Ingredients:
-4 large (59g/ size A) eggs at room temperature, separated (asingkan the yolk from the white)
-1 cup caster sugar (gula halus)- kalau tak nak manis boleh kurang kan to 3/4 cup
-3 teaspoons cornflour
-1 tbsp (20 mls) white vinegar (cuka masak biasa tu)
-With Pavlova and meringue in general, perkara yang paling penting is to make sure masa you asingkan putih and kuning telur tu, the mixing bowl is completely clean and dry. Kalau ada setitik air pun dalam mixing bowl tu, the egg whites takkan become fluffy masa kita pukul nanti. And also, make sure takde sikit pun kuning telur yang tercampur dalam egg whites tu or else it wont aerate. So, banyak jugak lah pantang larang nya, hehehehe....
-Then beat the egg whites using electric mixer (Kalau you ada lengan macam Popeye then you can use hand whisk) until soft peaks formed.
-Then add the caster sugar 1 tablespoon at a time and beat until sugar's dissolved and the mixture looks white and glossy and the egg white mixture has formed firm peaks.
Ini rupa the mixture after half of the sugar's been added to the egg white.
Ini rupa after all the sugar's been added and dissolved and firm peaks formed. Kalau terlangkupkan the bowl masa ni, the egg white mixture takkan tertumpah keluar (memang betul tak tipu cos I've tried, hahahaha).
-Then add the corflour and the vinegar to the egg white mixture.
- Then fold the cornflour and the vinegar gently into the mix.
- Then put the mixture on a tray lined with baking paper. Ratakan jadi cantik and gunakan butter knife to make the grooves along the sides.The reason for this is supaya the sides tak pecah2 after baking.
- Then bake it in an 140- 150 C oven. Temperature dia tak boleh tinggi sangat or else the outside will be burnt but the inside tak masak lagi. Bake it for about 50 minutes. Then turn off the oven but leave the pavlova inside the oven with the oven door ajar until the oven is really cool. This helps the outside layer to become crispy and the inside to stay moist.
This is how it looks like after dah sejuk.
- Then you can decorate it with whipped cream and whatever soft fruits you like.
This is what's left of our pavlova after the Little Misses and the other half had a 'bite' of it :-).
PAVLOVA 2
Resepi Pavlova.
Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla
Tip sebelum membakar :
1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.
Cara-cara :
1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.?
2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)
5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.
7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)
Masa membakar :
1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)
Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.
3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.
Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.
Sedia untuk dimakan.
kasi close-up skit......................opsss ternampak blueberry yg kecut la pulak hahaha
PAVLOVA
sapa nak yang ni sila angkat jari????????? hehehe
Kalau sape2 nak try buat bleh ikut resepi ni. Ala sama jer sebenarnya dengan resepi kat blog2 lain tu. Yang ni cikgu amik kat youtube.
Bahan-bahan:
4 biji telur ayam - amik putihnya sahaja
3/4 cawan gula putih
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla
Buah-buahan yang masam
Caranya :
Pukul telur putih sampai berbuih dengan mixer dan masukkan gula. Putar lagi selama 8-10 minit (sila ikut arahan ni) sampai la dah jadi meringue bertanduk. Kalau tuang pun gerenti tak tumpah.
Lepas tu masukkan tepung jagung,cuka dan esen vanilla.Putar lagi selama 4 minit (sila ikut arahan ni). Masa ni, adunan meringue tu nampak macam berkilat2 dan lebih berat. Kalau masih cair, maknanya kena putar lagi. tapi kalau betul2 ikut time yg cikgu bagi tu, insyaAllah jadi.
Sesambil duk putar tu, panaskan oven suhu 150 darjah celcius. Bila adunan meringue dah siap, tuangkan atas dulang pembakar yg dialas dengan kertas minyak.
Ubah suhu oven kepada 120 darjah celcius. Bakar selama 1jam, guna api atas bawah dan letak ditengah2 oven. Lepas satu jam, sila check dulu pavlova tu dah mengeras ke belum. cucuk skit dengan pisau.kalau masih lembut sila tambah masa oven 30-45 minit lagi. Ni oven cikgu tau. Oven korang, cikgu tak sure la plak. Memang amik masa lama cikit sebab guna suhu rendah. Kalau guna suhu tinggi, ada kemungkinan pavlova belum keras, tapi kulitnya dah hitam. Nak selamat, guna suhu rendah tapi masa bakarnya lama.
Bila dah puas hati, tinggalkan saja pavlova tu dalam oven dengan pintu oven dibuka sedikit saja. Selalunya permukaan pavlova akan retak. Tok sah sedihla.....benda biasa pada pavlova sebab tu kena tutup plak dengan whipping cream.
Bila pavlova dah betul2 sejuk baru susun buah atas cream tu.Buah2 masam tu plak nak kurangkan rasa manis pavlova.
Siap!