WEDNESDAY, 26 JUNE 2013
Rempah kari homemade
REMPAH GARAM MASALA...
( Sumber CMG )
BAHAN2:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh biji sajira (optional)
1/2 camca teh lada hitam
4 cm kulit kayu manis, dipatah2
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
REMPAH KARI KURMA....
( Sumber CMG )
BAHAN2:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah2kan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 camca teh serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA :-)
REMPAH KARI DAGING/AYAM.....
( Sumber CMG )
BAHAN2:
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah2
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA :-)
REMPAH KARI IKAN.....
( Sumber CMG )
BAHAN2:
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA :-)
Resepi Rempah Mamak Haji untuk Kari Ikan 1/2 kg
GARAM MASALA ( Resepi Mamak Haji )
( Sumber CMG )
BAHAN2:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh biji sajira (optional)
1/2 camca teh lada hitam
4 cm kulit kayu manis, dipatah2
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
- Cuci semua rempah2 diatas, keringkan dan jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak semua sekali hingga harum. Masukkan dalam alat pengisar kering dan kisar hingga halus. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
- SAJIRA - Sejenis rempah bentuk seperti jintan tapi bewarna hitam, rasa seakan2 daun pudina. Agak sukar juga nak dapat, tapi boleh cuba cari dikedai2 india menjual rempah ratus...
REMPAH KARI KURMA....
( Sumber CMG )
BAHAN2:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah2kan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 camca teh serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA :-)
- Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit, keringkan dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus. Tambah, serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..
REMPAH KARI DAGING/AYAM.....
( Sumber CMG )
BAHAN2:
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah2
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA :-)
- Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit. Kemudian jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar hingga halus. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..
REMPAH KARI IKAN.....
( Sumber CMG )
BAHAN2:
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA :-)
- Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit. Jemur hingga kering, goreng tanpa minyak hingga harum. Kemudian kisar halus. Tambah serbuk kunyit dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian
Resepi Rempah Mamak Haji untuk Kari Ikan 1/2 kg
- Dua sudu besar (tbsp) Serbuk Cili.
- 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
- 2 sudu besar Serbuk Biji Rempah (corriander powder)
- 1/2 sudu kecil serbuk halba (Fenugreek powder).
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
GARAM MASALA ( Resepi Mamak Haji )
Bahan2:
4 sudu besar (tbsp) biji rempah/corriander seed.
1 sudu besar biji jintan putih/cummin seed.
1 sudu besar lada hitam.
1 1/2 sudu besar halia kering/salai (senang boleh didapati di kedai rempah.
3/4 sudu besar buah pelaga.
3/4 sudu besar cengkih.
3 kuntum bunga lawang.
5 biji cili kering.
3/4 sudu besar kulit kayu manis yg telah dihancurkan.
3/4 sudu besar daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).
CARA-CARA:
1. Goreng kering semua rempah ini dengan api dapur sederhana. Jangan hanguskan.
2. Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.
3. Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Boleh juga adunkan dengan serbuk buah pelaga 1/4 sudu kecil. Simpan dibotol yang kedap udara. Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 bulan.
************************************************************************************************
Rempah-Rempah yang biasa digunakan dalam rempah kari ialah:
1. Serbuk Cili (kering) 2. Serbuk Kunyit 3. Serbuk Jintan Manis 4. Serbuk Jintan Putih 5. Serbuk biji rempah (corriander) 6. Serbuk lada putih 7. serbuk biji halba (fenugreek seeds) 8. Serbuk cengkih 9. serbuk halia 10. serbuk buah pelaga. 11. serbuk kulit kayu manis. (kalau tak kenal rempah baca dulu posting mamak diblog ini berkenaan Rahsia Repmah). Halia , bawang putih dengan bawang merah seperti biasa perlu digunakan juga dalam resipi kari anda nanti. Rempah-rempah anda boleh beli dari dikedai-kedai rempah. kalau tidak dapat beli anda boleh kisar sendiri dengan biji-biji rempah (raw) ini dengan masukkan dalam ketuhar dalam suhu 350 darjah F selama 7 minit atau pun salai di panas terik di luar rumah. Anda juga boleh giling dengan sedikit air bersama dengan bawang putih, bawang merah kecil dan halia sekali. Cili kering perlu pemula dalam proses giling. Jadilah rempah giling basah. Yang Mamak jual rempah giling yang berlonggok itu bukan giling rempah asli cuma serbuk rempah dibasahkan dengan air. Jangan teruja dengan rempah giling asli…hmmm tanggal lengan anda kalau giling sebegitu banyak rempah seharian kecuali mengunakan mesin giling import yang bodoh. Masalah rempah serbuk pula yang kita beli telah ditambah tepung beras dan kualiti rempah yang digunakan tidak memuaskan. Maka hasilnya tidak akan sama dengan rempah giling yang menggunakan rempah berkualiti dan tanpa campuran dengan bahan lain. Masa Mamak kanak-kanak dulu selalu ikut Ibu (mami) hantar rempah yang telah disalai ke Kilang (kecil) kisar rempah. Mami suka gunakan rempah yang telah dikisar untuk masak, masakan lauk nasi kandar. Mamak kurang tahu pulak masih ada lagi kah kilang (kecil) pengisar rempah yang boleh ambil upah untuk mengisar rempah yang kita sediakan?. Kalau ada sila gunakan perkhidmatan mereka. Boleh jadi taukeh rempah.
Resepi Rempah untuk resepi 1/2 kg. Ikan masak kari:
- Dua sudu besar (tbsp) Serbuk Cili.
- 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
- 2 sudu besar Serbuk Biji Rempah (corriander powder)
- 1/2 sudu kecil serbuk halba (Fenugreek powder).
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
- Nota: Perhatikan sekiranya penyediaan rempah untuk ikan, garam masala tidak digunakan. Garam masala?. apa benda itu?….cari sendiri. Sekiranya masak daging atau ayam perlu gunakan serbuk garam masala.
Anda boleh bermula dengan adun rempah dari jumlah kecil hingga ke jumlah yang besar sekiranya sudah dapat formula yang terbaik. Ciptalah resepi anda sendiri lebih hebat dari resepi rempah Mamak di atas untuk selera anda dan keluarga anda. Rempah serbuk kari Daging dan kari Ayam belajar adunan rempah sendiri yea….hahaha!. Bukan apa, nanti taukeh Kilang kat Bukit Mertajam, Seberang Prai mengamok pulak dah dengan mamak nanti..wassalam.