Saturday 25 October 2014

NASI MADGHOUT

 Nasi ni dimasak menggunakan periuk tekanan (presure cooker)... nasi madgout ni lembap dan masih menggunakan rempah nasi kabsa cuma ditambah tomato paste...antara banyak2 nasi arab ..nasi ni rasanya mmg secukup rasa tak payah lauk pauk dan mmg menjadi pilihan no 1 suami dan anak2...
sekiranya takde periuk tekanan boleh aje guna periuk nasi biasa masak mcm biasalah ye...tp kalau ada periuk tekanan boleh guna cara dibawah
NASI MADGHOUT (nasi yang menggunakan periuk tekanan)
2 1/2 cawan beras basmathi@ egyption rice
1 kg daging kambing (guna pressure cooker 15 minit
4cawan air utk merebus daging (bergantung pada beras digunakan)
2 biji saiz sederhana bawang besar (dicincang/didadu)
3 ulas bawang putih (dicincang/didadu)
sedikit halia
2 biji lada hijau
3 sudu besar pes tomato
1 1/2sudu besar rempah kabsa
1sudu kecik lada hitam tumbuk
2 biji tomato dicincang /didadukan
1 biji limau kering, 5 biji buah pelaga, 2 biji bunga cengkih,1 batang kulit k/manis dan 2 helai daun bay
garam
2 sudu besar butter atau 1/2 cawan minyak jagung (mana2 yang ada kat umah)
mula2 skali perap dahulu daging atau ayam dgn 1 1/2sudu besar rempah kabsa dlm 2 @ 3 jam
dan
basuh bersih dan rendam beras basmathi/egyption rice dlm 2 jam nanti time nak masak baru toskan air nya ye
cara masak
dlm periuk tekanan kalau takde periuk tekanan guna periuk nasi pun boleh
1. Panaskan minyak ... tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan
masukkan bawang merah dan halia ketuk dan lada hitam... tumis hingga
agak2 layu sahaja
2. kemudian masukkan tomato paste dan bawang putih dan air, daun bay,
limau kering dan tomato cincang... kacau dan masukkan daging perapan
rempah kabsa tadi.. dan masukkan garam
3. tutup periuk tekanan dan masak dlm 15 minit utk daging kambing
4. buka balik penutup periuk tekanan...dan masukkan beras dan lada hijau
..masak mcm masak nasi tu.. agak2 dah kering tp masih basah nasi tu kacau sebentar dan baru tutup dgn penutup periuk tekanan dan slowkan api utk elak hangit dlm 5-10 minit..siap..
boleh dihidang dgn salatah dan satah
PENYEDIAAN SALATAH
* 2 biji tomato dipotong dadu
* 2 cili hijau dipotong
* 2 biji timun - dipotong dadu
* sedikit daun ketumbar - potongkecik2
* lemon - utk diperah
* garam secukup rasa
-campurkan semua bahan ni dan perah ngan lemon
satah
* 2 biji tomato
* 2 biji cili hijau
* sedikit batang daun ketumbar
* garam dan secukup rasa
potong kecik2 tomato, cili hijau, batang daun ketumbar - kisar kasar bahan2 ni dan tambah garam/perisa
— with Arishah Bakar and 4 others.